RINA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Royal Institution of Naval Architects (RINA) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mewakili para arkitek kapal di seluruh dunia. Ia merupakan sebuah institut profesional antarabangsa yang mana para ahlinya di seluruh dunia terlibat dalam pelbagai peringkat dalam reka bentuk, pembinaan, baik-pulih dan operasi kapal, bot dan juga struktur marin.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Royal Institution of Naval Architects telah diasaskan di Britain pada tahun 1860 sebagai Institute of Naval Architects dan telah diserap melalui piagam diraja pada tahun 1910 and 1960.

Pengasas-pengasas asal termasuklah Edward James Reed, Rev Joseph Woolley dan John Penn.

Peranan masa kini[sunting | sunting sumber]

Royal Institution of Naval Architects adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempunyai ibu pejabat di UK, mewakili para arkitek kapal di semua negara maritim di seluruh dunia. Ia adalah sebuah institut profesional dan sebuah pertubuhan akademik bertaraf antarabangsa, yang mana ahlinya di seluruh dunia terlibat dalam pelbagai peringkat dalam reka bentuk, pembinaan, baik-pulih dan operasi kapal, bot dan juga struktur marin. Melalui keahlian, terbitan dan juga persidangan antarabangsa, Royal Institution of Naval Architects menyediakan jaringan hubungan antara industri, universiti-universiti dan organisasi-organisasi maritim di seluruh dunia.

Sebagai sebuah pertubuhan professional, adalah menjadi matlamatnya untuk menyediakan piawaian untuk tatacara profesional, dan membantu para ahlinya untuk mencapai dan mengekalkan piawaian tersebut. Keahlian untuk Royal Institution of Naval Architects memberikan kelayakan profesional yang diiktiraf antarabangsa sebagai salah satu cara untuk mendemonstrasi pencapaian piawaian kompetensi profesional dan integriti yang tinggi.

Sebagai pertubuhan akademik, Royal Institution of Naval Architects menyediakan forum untuk pertukaran maklumat, pandangan dan juga perbincangan. Capaian kepada maklumat teknikal terkini amatlah penting kepada perkembangan dan pembangunan profesional seorang arkitek kapal, dan RINA menyediakan kemudahan ini melalui siri-siri jurnal teknikal, buku-buku, kertas-kertas kajian dan juga melalui persidangan-persidangan dan kursus latihan yang merangkumi semua aspek seni bina kapal dan teknologi maritim.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]