RM1,000,000 Money Drop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

RM1,000,000 Money Drop (Melayu: RM1,000,000 Durian Runtuh) ialah sebuah rancangan berbentuk permainan yang disiarkan oleh saluran Astro Ria. Ia diambil daripada format Million Pound Money Drop dari UK. Musim pertama program ini bersiaran sejak 3 Disember 2011 dan berakhir pada 4 Mac 2012. Bersiaran setiap Sabtu dan Ahad jam 10.00 malam, kemudiannya diubah ke jam 9.00 malam bermula 14 Januari 2012.

Permainan RM1,000,000 Money Drop Play Along boleh dimainkan secara dalam talian ketika rancangan Money Drop sedang bersiaran di Astro. Penonton yang berada di rumah boleh bersama-sama menjadi sebahagian daripada persembahan langsung di kaca TV. Penonton di rumah akan bersaing dengan peserta di kaca TV untuk menjawab setiap soalan yang diberikan kepada mereka pada masa yang sama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]