TV1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RTM 1)
Lompat ke: pandu arah, cari
TV 1
TV 1(Malaysia)baru.png
Tarikh pelancaran 28 Disember 1963
Pemilik Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia
Format gambar VHF Gelombang III, UHF
Cogan kata Saluran Komunikasi Anda (Your Communication Channel)
(1978-1989)
Saluran Perdana (The Prime Channel)
(1990-2004)
Saluran Infotainment Anda (Your Infotainment Channel)
(Ogos 2004-Mac 2006)
Saluran Inforia (Inforia Channel)
(April 2006-Disember 2008)
Saluran Informasi (Information Channel)
(2009-sekarang)
Negara Malaysia Malaysia
Cakupan siaran Malaysia Malaysia
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Pernah dikenali Rangkaian Pertama
(1969-1987)
Menggantikan Malaysia Televisyen
(1963-1969)
Saluran kembar TV2, Muzik Aktif
Laman web www.rtm.gov.my
Ketersediaan
Satelit
Malaysia Astro Saluran 101

RTM TV1 atau Radio Televisyen Malaysia 1 atau RTM1 pada 3 April 2006 merupakan stesen televisyen di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV1 dilancarkan pada 28 Disember 1963. TV1 menawarkan program pendidikan, informasi tempatan, buletin berita, dan rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ia merupakan saluran televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia.

TV 1 sebuah stesen televisyen popular RTM telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan nama baru kepada Saluran Inforia (dahulu Saluran Perdana) oleh Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1 April 2006 yang bertindak sebagai medium kepada kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan seperti drama, rancangan muzik, dan sebagainya kepada rakyat Malaysia.

Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV 1 yang baru ini. Selain itu, TV2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 1 Januari 2005.

Pada 1 Januari 2006, saluran ini mempunyai perubahan nama slogan iaitu "Saluran Inforia" dan ditukar kepada RTM1. Perubahan slogan dibuat iaitu "Saluran Inforia" daripada "Saluran Infortainmen Anda" yang mana mengikut polisi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin. "Infortainmen" (perkataannya diambil daripada gabungan perkataan "Informasi"(perkataan Melayu) dan "Entertainment"(perkataan Inggeris).

Ia merupakan jabatan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan dan tiada subjek dalam siaran komersial, TV1 menunjukkan ia selesa ditonton untuk paparan sekeluarga.

Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 2:00am. Siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja.

TV1, TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Buat masa ini, TV1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III dan UHF. Walau bagaimana pun, TV1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Di Lembah Kelang, saluran VHF ialah 5. Di Singapura pula, saluran UHF ialah 55.

RTM1 juga boleh didapati melalui Astro di Saluran 101 (sebelum ini saluran 5, kemudian saluran 1).

Isi kandungan

[sunting] Intisari

Bual Bicara berwarna kuning, Program Tempatan berwarna putih, Drama Bersiri berwarna hijau dan Berita berwarna emas.

[sunting] Intisari Siang Hari

7:00 AM 7:30 AM 8:00 AM 8:30 AM 9:00 AM 9:30 AM 10:00 AM 10:30 AM 11:00 AM 11:30 AM 12:00 PM 12:30 PM 1:00 PM 1:30 PM 2:00 PM 2:30 PM 3:00 PM 3:30 PM 4:00 PM 4:30 PM 5:00 PM 5:30 PM 6:00 PM 6:30 PM
Berita Pagi Selamat Pagi 1Malaysia Program Tempatan Drama Bersiri Program Tempatan Berita Siang Program Tempatan Animasi Drama Berita Wilayah/Biz Malaysia Keagamaan

[sunting] Intisari Perdana

PM 20.00 21.00 21.30 22.00 22.30 23.00 23.30 24.00 00.30
Rancangan Berita Nasional Drama Bersiri Dokumentari Program Tempatan Dunia Dalam Berita Dokumentari Berita Terakhir

[sunting] Intisari Pagi Sabtu

7 AM 7:30 8:00 8:30 9:00 9:30 10:00 10:30 11:00 11:30 12 PM 12:30
Berita Pagi Selamat Pagi 1Malaysia Katun Hiburan Drama Berita Siang

[sunting] Rancangan

[sunting] Ranking

Biarpun RTM1 adalah saluran TV kedua paling bawah dalam senarai namun RTM1 tidak putus-putus menyiarkan rancangan menarik terutama cerita bersiri seperti Storm Hawks yang masih bersiaran pada setiap Sabtu jam 7.30 malam seiringan dengan kehendak penonton RTM1 sendiri.

[sunting] Galeri

Logo ketiga RTM 1  
Logo kelima RTM 1(2006-2008)  
Logo keenam RTM 1 (2009-2010)  

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain