Racun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol tradisional untuk melabel bahan beracun
Simbol toksik piawai EU

Dari segi biologi, racun ialah bahan yang menyebabkan kecederaan, kesakitan, kemudaratan, atau kematian kepada sesuatu organisma, biasanya melalui tindak balas kimia atau aktiviti lain pada tahap molekul, sekiranya mencapai tahap kuantiti yang tertentu.

Sesetengah racun juga merupakan toksin, dan perbezaan antara keduanya tidak selalu dibezakan, walaupun di kalangan pakar sains. Perkataan "toksik" atau "beracun" saling digunakan. Selain itu, racun juga kadangkala dibezakan dengan bisa. Bila dibezakan, toksin biasanya bermaksud racun yang dihasilkan melalui proses biologi, manakala bisa khusus kepada toksin yang disuntik atau disengat.

Dalam bidang kimia dan fizik, racun merupakan bahan yang menghalang tindak balas, sebagai contoh dengan bergabung pada pemangkin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]