Radang kulit alahan pinjal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Radang kulit atau dermatitis alahan pinjal ialah satu penyakit kulit bergatal berekzema bagi anjing dan kucing.

Anjing dengan radang kulit alahan pinjal dan radang folikel sekunder.

Untuk kedua-dua spesies bela jinak ini radang kulit alahan pinjal ialah sebab penyakit kulut paling am. Haiwan terjejas mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia di dalam liur pinjal. Gejala tindak ini termasuk eritema (kemerahan), papul (bonggol), pustul (bonggol berisi nanah), keruping juga jika teruk, keguguran bulu akan berlaku di kawasan terjejas.[1] Anjing dengan radang kulit alahan pinjal kerap menunjukkan keguguran bulu dan ruam berekzema di belakang bawah, ekor atas, leher dan di bawah belakang tungkai. Kucing dengan radang kulit alahan pinjal boleh mengalami pelbagai masalah kulit, termasuk granuloma eosinofili kucing, radang kulit miliari atau kebotakan sengaja daripada penjagaan bulu berlebihan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ FreeFree Allergy Dermatitis. http://www.dr-dan.com/flea.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pautan RP