Radio Televisyen Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Radio Televisyen Brunei (RTB) ialah stesen penyiaran kerajaan Brunei. Radio Brunei memulakan siarannya pada 2 Mei 1957, kemudian penyiaran televisyen bermula pada tahun 1975.

[sunting] Televisyen

  • RTB 1 - Berita, sukan secara langsung dan rancangan ilmiah
  • RTB 2 - Aneka hiburan sensasi
  • RTB 3-HD - Saluran definisi tinggi
  • RTB 4-International - Penyiaran antarabangsa
  • RTB 5 - Rancangan-rancangan berunsurkan Islam (Dilancarkan pada 1 Januari 2010)

[sunting] Radio

Selain televisyen, RTB menguruskan 5 saluran radio. Untuk menyambut ulang tahun ke-50 penyiaran Radio pada Mei 2007, saluran radio menukar nama mereka:

  • Nasional FM (92.3FM/93.8FM/594AM) - Maklumat kerajaan berkenaan isu politik, agama dan hal semasa dan budaya. Mula bersiaran pada 1957, pada awalnya dikenali sebagai khidmat Melayu (Malay service) sejak 1 Januari 1996.
  • Pilihan FM (95.9FM/96.9FM) - bahasa Inggeris dan Mandarin merangkumi maklumat mengenai hal semasa, termasuk muzik semasa. Program pra-rekod bagi masyarakat Nepal juga disiarkan di saluran ini pada setiap hari. Memulakan siaran pada 1965.
  • Pelangi FM (91.4FM/91.00FM) - Mensasarkan golongan muda dan remaja, dengan maklumat mengenai pendidikan dan agama, termasuk muzik dan hiburan. Memulakan siaran pada 1995.
  • Harmoni FM (94.1FM) - Rancangan keluarga, dengan agama, litupan sukan tempatan dan muzik. Memulakan siaran pada 15 Julai1996.
  • Nur Islam Network (93.3FM/94.9FM) - Sepenuhnya dikhaskan bagi pengajaran Islam. Memulakan siaran pada 1997.

[sunting] Pautan luar


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain