Rafael Benítez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rafael Benítez Maudes (dilahirkan 16 April 1960 di Madrid, Sepanyol) ialah seorang pengurus bola sepak berbangsa Sepanyol. Biasanya dia dipanggil Rafa Benitez sahaja. Rafael Benítez menjadi pengurus Liverpool sejak tahun 2004. Beliau adalah orang Sepanyol yang pertama menjadi pengurus Liverpool

Biografi[sunting | sunting sumber]

Rafael Benítez

Sebelum menjadi pengurus Liverpool, beliau menjadi pengurus di Valencia CF, CD Tenerife, CF Extremadura, CA Osasuna, Real Valladolid dan juga pengurus pasukan B di Real Madrid C.F.

Rafa Benitez menjadi pengurus Valencia CF paling berjaya walaupun hanya menjadi pengurus selama 3 musim. Dalam tahun 2002, beliau memimpin Valencia CF menuju kejuaraan La Liga buat kali pertama sejak tahun 1971. Dalam tahun 2004, Rafael Benítez memimpin Valencia CF ke kejuaraan berganda apabila menjadi juara La Liga dan menang Piala UEFA.

Dalam tahun 2005, beliau memimpin Liverpool ke kejuaraan Piala Eropah dan juga untuk memenangi Piala European Supercup. Dalam tahun 2006, Rafael Benítez membawa Liverpool kejuaraan Piala F.A. setelah menewaskan West Ham dengan sepakan penalti.

Bentitez menjadi pengurus ketiga, selepas Bob Paisley dan Jose Mourinho yang memenangi Piala UEFA dan Piala Eropah dalam musim berturut-turut [1]. Beliau adalah pengurus pertama mencapai kejayaan ini dengan dua kelab yang berlainan. Beliau adalah pengurus Liverpool yang kedua, selepas Joe Fagan, yang menang Piala Eropah dalam musim pertamanya.

Musim 2005-2006[sunting | sunting sumber]

Untuk musim 2005/06, Benitez terus menguatkan pasukannya. Beliau membawa masuk Peter Crouch, "Bolo" Zenden, Mohamed Sissoko dan Pepe Reina. Bulan Januari 2006 melihat beliau membuat kejutan dengan membawa pulang Robbie Fowler ke Anfield. Pemain yang bermasalah ataupun tidak konsisten seperti El Hadji Diouf dilepaskan. lain-lain pemain yang dilepaskan termasuk Milan Baros ke Aston Villa, Igor Biscan ke Olympiakos, Antonio Nunez, Vladimir Smicer, Stephan Henchoz, Gregory Vignal, Mauricio Pellegrino, Josemi dan Alou Diarra.

Kesannya, Liverpool menjadi lebih konsisten, dan berjaya mengurangkan jurang mata dengan Chelsea. Liverpool menamatkan musim di tangga ketiga Liga Perdana, satu mata di belakang Manchester United dan berjaya melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara.

Liverpool juga berjaya ke perlawanan akhir Piala F.A. setelah mengenepikan Manchester United dan juga Chelsea. Di perlawanan akhir, Liverpool seri 3-3 dengan West Ham, walaupun ketinggalan 2-0 pada satu masa, dan akhirnya menang dengan sepakan penalti di mana Pepe Reina menjadi wira setelah menyelamatkan 3 penalti.

Benitez juga membawa masuk pemain-pemin muda untuk dijadikan pelapis untuk skuad masa depannya. Antara yang dibawa masuka dalah Paul Anderson, Besian Idrizaj, Godwin Antwi dan Miki Roque. Mark Gonzalez yang hendak dibawa masuk tidak kesampaian kerana tidak diberikan permit kerja oleh pihak berkuasa British. Mark Gonzalez kemudiannya dipinjamkan kepada Real Sociedad hingga akhir musim. [2]

Musim 2006-2007[sunting | sunting sumber]

Untuk musim 2006-2007, Benitez membawa masuk pemain pertahanan Gabriel Paletta daripada kelab Banfield di Argentina, Jermaine Penannt dari Birmingham City, Craig Bellamy dari Blackburn Rovers dan Fabio Aurelio daripada Valencia C.F.. Setelah tertangguh selama 1 tahun, akhir Mark Gonzalez diberikan permit kerja untuk beraksi untuk Liverpool. [3] Benitez menyatakan hasratnya untuk membawa seorang lagi striker ke Liverpool dan berusaha untuk membawa Dirk Kuyt dari Feyenood, tetapi harga yang diletak oleh Feyenood terlalu tinggi. Benitez juga ingin membawa Daniel Alves ke liverpool, tetapi harga untuk pemain itu terlalu mahal, dan Benitez memilih untuk membeli Jermaine Pennant sebagi alternatif.

Peamin-pemain yang dilepaskan Benitez termasuk Fernando Morientes yang dijualkan kepada Valencia C.F. Djibril Cisse (pinjaman ke Marseilles), Bruno Cheyrou (undisc.), Dietmar Hamann ke Manchester City melalui Bolton Wanderers, Chris Kirkland (pinjaman ke Wigan Athletic) dan Djimi Traore (ke Charlton Athletic £2m)

Latihan pra-musim dijalankan di Switzerland. Perlawanan persahabatan pra musim melihat Liverpool mengalahkan Wrexham 2-0 dan Crewe Alexandra dengan 1-0, tetapi tewas kepada FC Kaiserslautern 2-3, tewas kepada Grasshopper Zurich 2-0 sebelum tewas teruk kepada FSV Mainz 5-0. Kekalahan disebabkan oleh kesilapan individu pemain-pemain muda pertahanan, seperti Jack Hobbs dan Gabriel Paletta. Benitez menyatakan keyakinan beliau bahawa Liverpool akan bangkit semula apabila bertemu Maccabi Haifa dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara pada 9 Ogos. Bentitez juga menyatakan kekalahan dalam perlawanan pesahabatan tidak perlu diambil serius. [4] pendapat beliau dikukuhkan apabila Liverpool menang 2-1 hasil jaringan Craig Bellamy dan Mark Gonzalez.

Persaingan Dengan Jose Mourinho[sunting | sunting sumber]

Liverpool dan Chelsea bukan musuh tradisi, musuh tradisi Liverpool adalah Manchester United dan Everton F.C.. Tetapi sejak kemunculan Rafael benitez dan Jose Mourinho, Liverpool dan Chelsea telah menjadi musuh, disebabkan oleh "perbalahan" di antara Jose Mourinho dan Rafael Benítez. Walaupun Jose Mourinho menyatakan tiada perbalahan di antara dirinya dan Benitez. [5]

Liverpool dua kali mengalahkan Chelsea dalam perlawanan Separuh akhir - perlawanan Piala Eropah tahun 2005 dan pertandingan Piala F.A. musim 2005-2006. Liverpool juga dimasukkan dalam kumpulan Chelsea semasa pertandingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim 2005-2006, dan Liverpool berjaya menguasi kumpulan tersebut. Pada perlawanan akhir Piala Liga tahun 2005, selepas Chelsea menyamakan kedudukan, Jose Mourinho membuat gerak isyarat supaya penonton Liverpool berdiam. Ini menimbulkan kemarahan peminat Liverpool. Jose Mourinho kemudian menyatakan bahawa beliau memberikan isyarat tersebut kepada wakil media dan bukannya terhadap penonton Liverpool.

Persaingan mereka berterusan. Liverpool menguasai permainan dalam perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 2006 di Old Trafford, dan Liverpool menang 2-1. Jose Mourinho terlalu marah sehingga enggan berjabat salam dengan Benitez selepas perlawanan. Jose Mourinho seperti biasa menyalahkan pengadil dan bukannya kesilapan taktikal beliau sebagai punca kekalahan. Selepas permainan itu, Jose Mourinho ditanya sama ada Liverpool akan mencabar kejuaraan musim 2006-2007. mourinho menjawab bahawa Liverpool tidak ada peluang. Kata beliau , "I think in the Premiership they have no chance. Not over 40 matches. But maybe they surprise me."

Sebelum bermula musim 2006-2007, Jose Mourinho mengulas bahawa chelsea akan dicaabr oleh Arsenal dan Manchester United dan bukannya Liverpool. Beliau menuduh Liverpoolbermain corak yang membosankan, dan bermain cara defensif. Rafa benitez sekali lagi enggan mengulas banyak dan berkata I know him and I know how he likes to play these kind of games, but I like the games you play for 90 minutes, not the games before and after..

Selang beberapa hari kemudian, Jose Mourinho berkata beliau tidak ada masalah dengan Benitez, tetapi dia tidak tahun sama Benitez mempunyai masalah dengan beliau. [6] Beliau juga berkata Liverpool akan menghadapi masalah keyakinan kalau tewas kepada pasukannya dalam perlawanan Charity Shield 2006 kerana Chelsea akan bermain hanya pada tahap 50%. [7] [8] [9]

Lanjutan Kontrak[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Jun 2006, Benitez menandatangani perlanjutan kontraknya dengan Liverpool FC untuk 4 tahun lagi. Rafael Benitez kini popular dengan penyokong-penyokong Liverpool. Ini mententeramkan desas desus yang Real Madrid C.F. mahu melantik beliau sebagai Pengurus.

Sikapnya yang merendah diri dan bersederhana berlainan dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Jose Mourinho. dengan pemain pula, beliau berterus terang. Menurut Jamie Carragher, Benitez tidak mengucapkan syabas kepadanya selepas Liverpool menewaskan Juventus, sebaliknya Benitez menegur Jamie Carragher kerana mainan pertahanan Liverpool malam itu tidak seperti yang diharapkan. [10] Benitez juga tidak segan silu membetulkan kesilapan beliau - Fernando Morientes, Josemi, Antonio Nunez dam Mauricio Pellegrino semuanya dilepaskan oleh Benitez setelah gagal menyesuaikan diri dengan permainan Liverpool.

Beliau diterima ramai, sama ada menyertai penyokong-penyokong Liverpool di sebuah pub di Cologne, Jerman [11] pada malam sebelum perlawanan menentang Bayer Leverkusen [12], ataupun perarakan poster "Rafatollah" di luar Stadium Millennium di Cardiff, Rafael Benitez akan menjadi satu lagenda di Liverpool. Jikalau beliau belum lagi jadi lagenda.

Didahului oleh
Gerard Houllier
Pengurus Liverpool F.C.
2004–sekarang
Diikuti oleh:
'
Didahului oleh
Hector Cuper
Pengurus Valencia C.F.
2001-2004
Diikuti oleh:
Claudio Ranieri