Ragbi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rugby tackle cropped.jpg

Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

Sejarah ragbi[sunting | sunting sumber]

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.

Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang.

Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.

1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di Amerika Syarikat.

Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.

Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.

Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!

Pemain[sunting | sunting sumber]

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Posisi pemain ragbi

Pengenalan kepada permainan ragbi[sunting | sunting sumber]

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.

Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan.

Pakaian[sunting | sunting sumber]

Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas,Nike,Canterburry,Hasbro dan banyak lagi. Tetapi kini, terdapat jenama lain seperti Gilbert,Kooga,Puma.Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stad di tapak seperti kasut bola.Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 6 stad untuk bahagian forward dan 8 stad untuk backline. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stoking, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.Ragbi juga terkenal dengan body armor atau body tight sejenis baju nipis yang ketat dipakai sebelum menyarung jersey.Tujuannya ialah untuk mngelakkan dari kulit badan calar akibat jatuh atau terseret di atas padang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]