Ragnarok the Animation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ragnarok the Animation
Logo siri animasi.
GenrePengembaraan, Drama, Komedi
Diciptakan olehGravity, Inc.
Anime
PengarahSeiji Kishi
StudioG&G Entertainment
Gonzo
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo (dalam Bahasa Jepun)
Korea SBS
Indonesia Indosiar
Filipina ABS-CBN, HERO TV, and Studio 23 (dalam Bahasa Tagalog)
Malaysia ntv7
Brazil Cartoon Network
Dikeluarkan pada20042005
23x15px|border |alt=Filipina|link=Filipina 20 September 2004 —
23x15px|border |alt=Malaysia|link=Malaysia 11 September 2005 — 5 Mac, 2006
Portal Anime dan Manga

Ragnarok the Animation merupakan siri anime berasaskan permainan MMORPG Ragnarok Online, yang diterbit pada suku pertama 2004 dan disiarkan di TV Tokyo, Jepun. Pada 2005, siri ini disiarkan di SBS di Korea. Ragnarok the Animation mengandungi 26 episod, dan ini bakal dituruti musim kedua. Siri ini pernah disiarkan di Malaysia melalui saluran ntv7 dari 11 September 2005 hingga 5 Mac 2006. Disusul oleh Indonesia, penyiaran siri anime ini disiarkan oleh Indosiar, pada tahun 2004 hingga 2005. Pada 22 Januari 2007, FUNimation Entertainment mengumumkan perlesenan A.S. bagi anime Ragnarok dalam laman web Kickoff 07.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Cerita ini berlatarkan dunia Rune-Midgard yang kelihatan ceria dan cergas, namun makin larut jalan ceritanya, makin gelap suasananya. Penjahat bernama Dark Lord ingin menghuru-harakan dunia dengan menggunakan tujuh butir kristal yang melambangkan tujuh impian (atau tujuh kekuatan) yang telah mengurungnya dari dunia luar sejak bertahun lama.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Roanswordsman (pemedang) dalam cerita yang hendak mengumpul tenaga demi melindungi rakan karibnya Yuufa.
  • Yufaacolyte (penyembuh) dan sahabat karib Roan yang masih terkenang pemergian abangnya Keough.
  • Takiusmage (ahli sihir) yang dilitup matanya oleh gurunya Zephyr, kononnya untuk membantunya mencari "kebenaran" di dunia.
  • Maayamerchant (saudagar) yang bersikap suka mengambil kesempatan dan mengamalkan cara niaga yang meragukan. Diiringi Poring peliharaannya bernama Poy-Poy.
  • Irugaassasin (pembunuh) yang pernah berkawan dengan Keough sewaktu muda yang melindungi Roan dan Yufa dalam perjalananna kerana terkenang kematian Keough.
  • Judiahunter (pemburu) yang mahir menggunakan panah dan berhubungan rapat dengan Iruga.

Watak jahat utama[sunting | sunting sumber]

  • Dark Lord—lambang kejahatan terulung di Rune-Midgard yang mampu menggugat keamanan dunia meskipun dikurung oleh Tujuh Impian.
  • Keough—abang kepada Yufa yang terkorban dalam pertembungan dengan raksasa Abysmal Knight di Glast Heim tetapi dibangkitkan semula dan dijadikan hamba oleh Dark Lord.
  • Zephyr—guru Takius yang kaya dengan ilmu sihir tetapi jiwanya dipenuhi ketidaksiumanan lalu memberi laluan kepada Dark Lord untuk memanipulasinya.
  • Zealotus—baka separuh raksasa, separuh manusia yang mengalami perjudis dari komuniti manusia lalu mengembangkan rasa benci terhadap manusia.

Templat:Endspoiler