Rahim Maarof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rahim Maarof
Latar belakang
Nama lahirAbdul Rahim bin Maaruf
Juga dikenali sebagai
Rahim Maarof
Kelahiran (1955-09-24) 24 September 1955 (umur 68)
Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenreRock
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penerbit, pencari bakat, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1975 - kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
M. Nasir, Rahim Maarof & Whitesteel
Anak-anak3

Rahim Maarof (lahir Abdul Rahim Maaruf; 24 September 1955) merupakan penyanyi rock, komposer, pelakon, produser dan ahli muzik yang berpengaruh di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Beliau mendominasi industri muzik pada awal 1980-an menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Kini Aku sendiri, Hanya dalam mimpi, Syakila, Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal, Falsafah Cinta dan banyak lagi lagu lagu terbaik dari beliau malah digelar antara penyanyi rock terbaik dengan gelaran oleh peminat peminat dan pengemar nya sebagai 'The Godfather of Rock' Rahim memulakan kariernya menerusi pembabitan secara underground pada era muzik rock di Malaysia pada awal tahun 70an. Beliau seterusnya mengecapi populariti setelah membuat persembahan bersama kugirannya yang dibentuk pada tahun 1985 iaitu Whitesteel yang juga menyertai siri Battle of the Bands. Kemuncak popularitinya bermula satelah kembali semula ke dunia industri rakaman album penuh dengan lagu Cinta Kristal dari album Kristal meledak di pasaran pada tahun 1988. Kerjaya muzik beliau melebih 40 tahun hingga ke hari ini serta meninggalkan impak yang cukup besar kepada industri hiburan tanah air.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Rahim Maarof atau nama sebenarnya Abdul Rahim bin Maaruf dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan merupakan anak keenam dari sebelas orang adik-beradik. Di zaman alam remaja beliau tinggal bersama bapa saudaranya Allahyarham Tan Sri Ibrahim Salleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia di era pentadbiran Perdana Menteri Tun Hussien Onn dan ibu saudaranya ialah YM Tengku Zaharah binti Tengku Muhammad Petra adinda kepada Raja Perempuan Zainab II. Rahim membesar di Petaling Jaya, Selangor. Sebelum bergelar artis rakaman beliau pernah menimba pengalaman pertama bekerja di bahagian pemasangan kereta di Shah Alam, Selangor, di pusat peranginan dan juga pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.[perlu rujukan] Semua itu dilakukan pada pertengahan tahun 70'an selepas tamat persekolahan. Dengan minat mendalam terhadap muzik ketika remaja beliau bersama rakan rakan menubuhkan kumpulan rock Meets (band pertama selepas sekolah) dan menyertai kumpulan Friends dan band Upsetters. Di awal kemunculannya beliau membuat persembahan di majlis keramaian, music house dan klub di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang menjadi titik mula peralihan dari zaman indie dan kelab ke dunia rakaman.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pembabitan awal (1981 - 1984)[sunting | sunting sumber]

Rahim Maarof bermula dalam usia yang agak lewat dalam industri muzik arus perdana. Komposer terkenal Indonesia, Ben Supranto adalah orang pertama yang memberikan peluang merakamkan album pada tahun 1981 menerusi debut Kini Aku Sendiri (More Than I Can Say) Vol. 1 ketika beliau berusia 25 tahun. Mengimbas semula peristiwa itu, Beliau pernah menceritakan dia terbaca disebuah iklan bahawa syarikat rakaman Life Record (ketika itu Hup Hup Music) memerlukan penyanyi baru untuk bahagian melayu di syarikat itu. Selama Ini syarikat ini hanya merakamkan lagu lagu dalam bahasa cina untuk artis nya dan lagu ingeris untuk Kumpulan terbaik Malaysia dalam bahasa ingris popular ketika itu The Strollers.

Walaupun iklan itu meminta artis yang berminat menghantar demo tape tetapi beliau bertindak berani dengan menemui sendiri Ben. Melihat kesungguhan Rahim yang sanggup mengorbankan seketika minatnya terhadap muzik rock ketika itu demi memenuhi cita cita nya menjadi Artis rakaman dan permintaan pasaran pada masa itu. Ben memintanya menjalani juga uji bakat dan akhirnya diterima. Kerjasama Ben dan Rahim berjalan menerusi empat album terawal penyanyi ini bersama syarikat Ini.

Gelombang Battle of the Band (1986)[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai beberapa kumpulan muzik dan membuat persembahan di pub, lounge, dan hotel hotel selama hampir lima tahun di pertengahan tahun 80'an. Di tahun 86' beliau menubuhkan kumpulan Whitesteel dan ada merakamkan lagu dalam dua buah album dengan beberapa kumpulan lain di dalam siri Battle of the Bands I & II dengan Warnada Records.

Era Battle of The Band menjelmakan sisi sebenar penyanyi ini apabila beliau menentukan arah tuju muzik yang benar-benar dikehendakinya. Muzik kumpulan Whitesteel ketika itu lebih terarah kepada speed metal, hard rock dan power rock ballad. Populariti Rahim di pentas rock semakin menjadi apatah lagi beliau terkenal dengan pesona bertenaga di pentas yang dibawanya ketika itu hingga mencetuskan kontroversi isu 'zip seluarnya terbuka ketika persembahan di Stadium Negara.

Era Cinta Kristal (1987-1990)[sunting | sunting sumber]

Rahim Maarof bergabung bersama komposer dan penyanyi yang semakin meningkat naik ketika itu M. Nasir. Kemuncak kerjayanya datang pada tahun 1988 apabila muncul dalam album Kristal yang mempertaruhkan hits Cinta Kristal dan Jangan Kau Rayu yang cukup popular. Album ini disifatkan sebagai antara album solo rock terbaik pada era 80an. Album ini juga merupakan album fizikal Malaysia terakhir yang dipasarkan dalam bentuk piring hitam sebelum beralih ke era CD kompak dan kaset pita. Ketika ini beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang penyanyi popular di Malaysia dengan album jualan platinum , malah dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular. Lagu-lagu daripada album Kristal mempunyai legasi tersendiri apabila ramai di kalangan penyanyi muda dan penyanyi penyanyi popular turut merasai aura penyanyi ini dengan merakam kan semula lagu lagu hits nya dalam bentuk versi kover lagu lagu saperti Cinta Kristal, Istana Menanti, Usang dan Jangan Kau Rayu, menjadi pilihan mereka, dengan tone suara yang unik dan penghayatan di dalam lagu lagu nyanyian nya menjadi ikutan. Satu penghormatan buat Rahim Maarof sabagai seorang penyanyi senior.

Kerjasama ikonik antara Rahim dan M. Nasir dimuatkan dalam album studio komposer itu Falsafah Cinta pada 1989 sebelum formula Rahim - M. Nasir kembali meledak menerusi album susulan berjudul Sensitif pada tahun 1990 setelah Konsert Kotaraya Rahim Maarof menggegar ibukota. Album ini sekali lagi mencecah jualan platinum malah menghasilkan hits paling popular ketika itu seperti Istana Menanti, Sensitif, Layang-layang dan Hutan Batu Kosmopolitan, Hutan Hantu Metropolitan. Lagu ini secara satirikal mengkritik sosio budaya dan eknomi Malaysia di samping meluah lagu-lagu cinta berunsur ketuhanan dan kendiri. Album ini menyaksikan gabungan penerbit hebat seperti M.Nasir, Bob Lokman dan beliau sendiri malah diakui sebagai salah sebuah album terhebat di era 1990an. Ketika itu beliau dijulang sebagai pemenang Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1990 menewaskan penyanyi seangkatan seperti Jamal Abdillah dan M. Nasir sendiri. Tidak sekadar di dalam negara, beliau juga terkenal di rantau Nusantara malah dipelawa untuk merakamkan album dan berlakon filem bersama penyanyi remaja popular Indonesia waktu itu Nike Ardilla di sana. Namun beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ingin menumpukan perhatian terhadap pembikinan album studio seterusnya. Kemunculan beliau di kaca TV negara tersebut pernah mencetuskan histeria yang tersendiri kerana auranya. Beliau ketika itu berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi filem box-office Mira Edora bersama aktres Julia Rais.

Kontroversi dengan syarikat rakaman[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1992, Rahim telah mencetuskan kontroversi yang menyebabkan putaran kerjaya muziknya beralih secara total apabila bertindak menamatkan kontrak dengan syarikat rakaman BMG dengan memulangkan wang pembelian kontrak beliau pada 1992 berjumlah RM 15,000 tunai di dalam tiga buah tong berisi syiling RM1. Beliau juga melunaskan RM 7,000 dengan sekeping cek untuk melepaskan diri daripada kontrak rakaman yang disifatkan tidak berlaku adil kepadanya. Hal ini menimbulkan kontroversi hangat di antara beliau dan A&R di syarikat itu yang juga seorang pengurus kepada sebuah band rock di syarikat yang sama.

Kerjaya beliau kelihatan lebih selamat dan berjaya salepas bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI untuk album seterusnya. Syarikat rakaman EMI juga menyediakan beliau dengan satu kontrak yang lumayan berserta lima video clip bertaraf MTV dimana beliau tidak pernah merasai nya semasa di syarikat rakaman terdahulu. Beliau sempat muncul dengan filem Syakila dan album khas untuk allahyarham Sudirman yang memuatkan hits Dir. Album Rahim Maarof usaha kerjasama beliau bersama komposer terkenal Fauzi Marzuki pada 1994 menjadi kesinambungan kerjaya beliau apabila album tersebut juga meraih sambutan yang memberansangkan. Selepas dua bulan pertama dipasarkan, album ini mencatat jualan 60,000 unit dan meningkat kepada 500,000 unit menjelang hujung tahun 1994. Lagu-lagu popular seperti Usang, Buka Minda, Bebaskan lah dan Cinta Di Bawah Sedar menjadi bukti beliau masih menerima sokongan peminat peminat seni suara. Lagu Usang dan Dir berjaya mara ke peringkat Juara Lagu Kategori Balada di Anugerah Juara Lagu 1993 & 1994, pertandingan yang tidak pernah disertainya ketika era Album Kristal dan Sensitif.

Era pertengahan 90-an[sunting | sunting sumber]

Album Cermin yang diterbitkan pada tahun 1996 gagal mencipta impak yang setara dengan album-album sebelumnya disamping keadaan Rahim sendiri yang begitu patah hati kerana kematian ibu yang disayanginya. Beberapa lagu pop beliau seperti Redha yang ditujukan buat ibu serta lagu Abadikan tetap popular biarpun tidak seberjaya saperti lagu-lagu nya yang terdahulu namun mencatat jualan emas. Beliau mengakui album 'Cermin' tidak berrjaya saperti album album nya yang terdahulu. Pada tahun 1998 tampil dengan album terbarunya yang mengumpulkan semua lagu popularnya daripada album-album lamanya. Dalam album yang bertajuk Generasi itu, telah memuatkan sepuluh buah lagu lama dan empat buah lagu terbaru yang diadunkan dengan pelbagai rentak mengikut era. Beliau memasarkan lagu eksperimentasinya berjudul Gigit dan Terima lah masing-masing bergenre metal dan pop rock.

Bergelar legenda rock (2000 - kini)[sunting | sunting sumber]

Pada era 2000-an, Rahim mula disifatkan sebagai lagenda rock dan hanya muncul secara eksklusif sahaja. Pada tahun 2006, beliau bersetuju menyertai bersama rakan-rakan untuk bergabung di bawah album terbitan komposer LY, kerana menghormati permintaan ikhlas komposer tersebut untuk menyertai projeck yang berjudul Semangat Zaman. Lagu-lagu seperti Semangat Zaman dan Diammu Jeritan berjaya mencipta populariti tersendiri malahan Konsert Semangat Zaman di Kuala Lumpur dan Singapura. Rahim juga pada tahun 2009 muncul membuat persembahan di Anugerah Shout! 2009 di mana beliau diberi jolokan sebagai "The Legendary Icon of Malaysian Rock". Pada tahun 2011, beliau muncul dengan single Aku Cinta Kerana Kau Cinta sebagai buah tangan buat peminat yang setia mendokongnya sepanjang lebih 30 tahun bergelar penyanyi. Setelah hampir 25 tahun tidak membuat sebarang persembahan di kelab malam, akhirnya beliau kembali dengan sebuah konsert mini yang diberi nama Konsert Rahim Maarof Gigit! yang berlangsung di Rum Jungle Bar & Restaurant, Kuala Lumpur, pada 6 Mei 2012. Kehadiran penonton yang memberangsangkan di lokasi berskala sederhana itu menunjukkan betapa sokongan terhadap beliau masih utuh.[1]

Imej umum[sunting | sunting sumber]

Ketika di era 80-an dan awal 90-an, Rahim sangat terkenal dengan personaliti yang menarik serta imej "budak nakal". Walau pun dikatakan berimej 'budak nakal' tetapi beliau tidak pernah terlibat dan terbabit dengan sebarang gejala buruk seperti gejala dadah. Beliau pernah menggemparkan dunia hiburan sehingga mendapat perhatian pihak Parlimen kerana aksi zip seluarnya yang terbuka ketika membuat persembahan bersama kumpulannya Whitesteel. Walau bagaimanapun, ini memberikan publisiti yang meluas buat siri konsert Battle of the Bands-nya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio Solo[sunting | sunting sumber]

Album Studio Berkumpulan[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • The Best of Rahim Maarof (1993)
  • Best of Rahim Maarof 1992-1998 (1999)
  • Best of the Best Rahim Maarof (2003)
  • Rahim Maarof VS Ella (2005)
  • Memori Hit Rahim Maarof (2008)
  • Memori Hits Rahim Maarof (2009)

Album Bungkusan Semula[sunting | sunting sumber]

  • Album pertama dan kedua dipakejkan dalam Revival 80an (2012)
  • Album Battle of The Bands dipakejkan semula pada 1997

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • Konsert Battle of the Bands, 15 lokasi seluruh negara (1985-1986)
  • Konsert Kotaraya Rahim Maarof, Kuala Lumpur (1989)
  • Konsert Shah Alam bersama Rahim Maarof & Fauziah Latiff, Shah Alam (1994)
  • Konsert Mega Rahim Maarof & Ziana Zain, Stadium Negara (1994)
  • Konsert Bergerak Rahim Maarof: Benson and Hedges Light Tones Off-Limits, 5 lokasi sekitar Malaysia (1996-1997)
  • Konsert Semangat Zaman I, Esplanade Concert Hall, Singapura (2005)
  • Konsert Rahim Maarof Gigit!, Rum Jungle, Kuala Lumpur (2012)


Pada tahun 1994, Salem Cool Planet menaja konsert bergerak Rahim Maarof yang dinamakan Rahim Maarof Mega Tour in Concert di 20 buah lokasi di seluruh negara. Namun konsert tersebut dibatalkan pada saat akhir kerana kerajaan Malaysia ketika itu baru saja menggubal undang-undang mengharamkan penajaan konsert atau acara umum oleh syarikat rokok. Entourage Rahim akhirnya digabungkan dengan Ziana Zain dalam sebuah konsert lain di Stadium Negara

  • Konsert 2 Vokal (2V,IIV) pada April 2019 bersama Manbai di KLCC
Single
1980an
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1981 "Kini Aku Sendiri" Kini Aku Sendiri
"Hanya Dalam Mimpi"
"Mengenangmu"
"Jangan Marah Marah" Jangan Marah Marah
1982 "Derita Batinku"
"Nasihat Abang"
"Hanya Kenangan"
"Cinta Pertama" Tetap Menanti
"Tetap Menanti"
1983 "Lizawati"
"Pura-pura Malu"
"Mungkinkah Kembali"
"Peronda Cinta" Aku Masih Setia Padamu
1984 "Aku Masih Setia Padamu"
"Malam Minggu Duniaku"
"Cintanya Di Hujung Senja"
1985 "Jumpa Sekali Lagi" Battle of the Bands Round 1 & 2
bersama kumpulan Rahim Maarof & Whitesteel
1986 "Hapuskan Lanun Cetak Rompak"
bersama kugiran-kugiran Ella & The Boys, Lefthanded & SYJ
"Sengketa"
"Kejahilan"
1988 "Cinta Kristal" Kristal
"Hipokrasi"
"Jangan Kau Rayu"
"Kabus Tebal Di Mata"
duet bersama Sharm
Kabus Tebal Di Mata
"Kasihku" Kristal
1989 "Akhirnya Ku Mengerti"
"Ku Tahan Sebak Di Dada"
"Falsafah Cinta"
duet bersama M. Nasir
S.O.L.O
"Ku Kehilangan (Tanpa Dirimu)" Kini Saatnya (Sukan SEA 1989)
1990an hingga 2010an
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1990 "Sensitif" Sensitif
"Istana Menanti" 3
"Layang-layang"
"Hutan Batu Kosmopolitan, Hutan Hantu Metropolitan"
"Mutiara"
1991 "Woh Woh Rentak Dunia"
"Saksi Pada Insan"
"Langkah Pasti" (Indonesia)
duet bersama Conny Dio
"Di Ranjang Sepi"
duet bersama Anna Mahara
Pesta Lagu Sedunia '91
1992 "Gelora" OST Syakila
"Syakila '92" Dir
"Dir" 1
1994 "Kota Kedukaan" Rahim Maarof
"Usang" 1
"Cinta Di Bawah Sedar"
"Buka Minda"
1995 "Iya Iyo"
"Sayangku Dewi"
1996 "Redha" Cermin
"Abadikan"
1997 "Jelajah Impian"
"Dunia dan Syurga"
"Pasti"
"Pasrah"
1998 "Malam Bulan Dipagar Bintang" Generasi
"Gigit"
1999 "Terimalah"
2005 "Semangat Zaman"
bersama Aris Ariwatan, Nash Elias, Mus (May), Joey BPR & Yantzen
Semangat Zaman
"Diammu Jeritan"
"Tiada Lagi Aku"
duet bersama Yantzen
2007 "Matamu Isteriku" Sayembara Lagu-lagu Puisi DBP 2007
dikarang oleh Suflan Faidzal berdasarkan puisi Aziz Deraman
2009 "Tuhan Tolonglah"
ditampilkan oleh Caprice Ariz
Buat Relax Je Lah!
2010 "Aku Cinta Kerana Kau Cinta" Aku Cinta Kerana Kau Cinta

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]