Rahim Thamby Chik
| Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik |
|
|
Pengerusi RISDA
|
|
|---|---|
| Tempoh berjawat 16 Mei 2010 – kini |
|
| Digantikan oleh | masih menyandang |
|
Ketua Menteri Melaka
|
|
| Tempoh berjawat 1982 – 1994 |
|
| Didahului oleh | Mohd. Adib Mohd Adam |
| Digantikan oleh | Mohd Zin Hj. Abdul Ghani |
|
Ahli DUN
bagi kawasan Kelemak(N4), Melaka |
|
| Tempoh berjawat 1979 – 1982 |
|
|
Ahli DUN
bagi Masjid Tanah(N3), Melaka |
|
| Tempoh berjawat 1982 – 1990 |
|
| Digantikan oleh | Ramli Mohd Said |
|
|
|
| Tarikh lahir | 10 April 1950 (umur 62) |
| Tempat lahir | Masjid Tanah, Melaka |
| Parti politik | |
| Pasangan | Zabedah Abdullah |
| Anak | 4 |
| Pekerjaan | Ahli politik,Korporat |
| Agama | Islam |
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (lahir 10 April 1950 di Masjid Tanah, Melaka) merupakan seorang ahli politik yang juga bekas Ketua Menteri Melaka (1982-1994) dan pernah memegang Naib Presiden UMNO di peringkat akar umbi politik. Pada masa ini beliau adalah pengerusi RISDA, Yayasan Penggerak Wawasan(YPW), Gagasan Ekonomi Penggerak Melayu (GAPEM) dan juga pengerusi eksekutif Syarikat Artac Holdings Sdn. Bhd.
Isi kandungan |
[sunting] Latarbelakang
Beliau berkahwin dengan Puan Sri Zabedah Abdullah dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Zetty Juyanty, Tutty Rahiza, Petty Diyana dan Rahimy.
[sunting] Pendidikan
Tan Sri Rahim mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Kemudian beliau belajar di SKK SMK Ghafar Baba dan juga di Sekolah Menengah Datuk Seri Amar DiRaja, Muar, Johor. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya(UM) dan berjaya mendapatkan ijazah Sarjana Muda Ekonomi Gunaan (1969-1973).
[sunting] Pekerjaan
- PEGAWAI PEMBANGUNAN PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)
- PENGURUS PROJEK DENGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA (PKNM)
- EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO (1976)
- KETUA PEMUDA UMNO NEGERI MELAKA (1978)
- AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KELEMAK (1979)
- KETUA MENTERI MELAKA (1982-1994)
- TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI (1983-1984)
- PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI (1984-1994)
- KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO (1993-1996)
[sunting] Politik
- 1970-an menjadi ahli UMNO Cawangan Peringgit.
- Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO . Calon tunggal MT dari Melaka.
- Ketua UMNO Bahagian Melaka Tengah
- Ketua Pemuda UMNO Melaka
- Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah
- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka.
[sunting] Jawatan Dalam Kerajaan
- Setiausaha Parlimen, Kementerian Perusahaan Utama.
- Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Industri
- Timbalan Menteri Dalam Negeri
[sunting] Kontroversi
[sunting] Mengkritik pemimpin pembangkang PKR
Pada tahun 2011, bulan disember Abdul Rahim Tamby Chik menyatakan penyataan beliau bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pandaik berdolak-dalik dalam mempertahankan imej sendiri.
[sunting] Kes rogol
Pada tahun 1994, Abdul Rahim Tamby Chik dituduh atas kes rogol seorang statutori dengan seorang kanak-kanak bawah umur. Bagaimanapun, tuduhan tersebut ditarik balik oleh pendakwaraya. Ahli politik Lim Guan Eng pula dipenjarakan 18 bulan disebabkan sabitannya di bawah akta Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan knotroversi mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik.[1]
[sunting] Saman seks mirip Anwar Ibrahim
Beliau adalah antara Datuk T - tiga individu termasuk Datuk Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim di sebalik tayangan video seks lelaki mirip ketua pembangkang kepada wartawan tiga bulan lalu - yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun 2011.
Tuduhan ke atas beliau berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”
Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac 2010.
Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 sahaja - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.[2]