Rahimah Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rahimah Rahim dengan tudung bergaya serban.

Rahimah Rahim (lahir 1956) ialah seorang penyanyi Singapura yang terkenal di Malaysia dan Singapura pada dekad 1970-an dan 1980-an. Digelarkan "Wanita Pertama Lagu" di negaranya, beliau bernyanyi bukan sahaja dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi juga dalam bahasa Mandarin.


Keluarga[sunting | sunting sumber]

Rahimah adalah anak sulung dalam sebuah keluarga penghibur yang terdiri daripada empat adik-beradik. Ayahnya, Allahyarham Rahim Hamid, ialah seorang penyanyi yang amat popular, dan yang telah digelarkan sebagai "Nat King Cole Singapura". Ibunya, Mariam Bahrom yang dikenali sebagai "Mariam Tahi Lalat" (disebabkan sebiji tahi lalat yang ketara pada mukanya) merupakan seorang seniwati veteran. Selain itu, ibu saudaranya (adik perempuan Mariam), Allahyarhamah Datin Saadiah, merupakan legenda di kalangan pelakon utama dalam filem-filem Melayu, begitu juga sepupunya, Fauziah Ahmad Daud (anak perempuan Saadiah), ialah salah seorang pelakon Malaysia yang terbaik, serta penyanyi yang popular pada 1980-an.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Disebabkan pengaruh-pengaruh di atas, tidaklah ajaib bahawa Rahimah menjadi pelakon kanak-kanak ketika berumur enam tahun. Filem pertamanya pada tahun 1962 ialah Korban Kasih yang dikeluarkan oleh Penerbitan Filem Cathay-Keris. Ini diikuti oleh dua buah filem, Masuk Agin Keluar Asap dan Kasih Ibu, pada tahun berikutnya.

Bagaimanapun, bernyanyi telah menjadi darah dagingnya dan tiga tahun kemudian, ketika berumur 10 tahun, Rahimah memutuskan untuk mengikut jejak ayahnya. Ketika berumur 14 tahun, beliau mula bernyanyi di kelab-kelab malam, dan dua tahun kemudian, mengeluarkan rekod EP yang pertama. Rekod itu termasuk lagu Mana Ibunya? yang popular dan yang merupakan versi lagu kulit, "Where's Your Mama Gone? (Chirpy Chirpy Cheep Cheep)", oleh Kumpulan Road. Ini diikuti oleh album-album yang mengandungi lagu-lagu laris seperti Bintang Sukanku, Gadis Dan Bunga, Masihkan Ada Cinta dan Doa. Album-albumnya yang terlaris ialah Gadis Dan Bunga pada tahun 1982 dan Bebas pada 1984.

Pada tahun 1987, ketika berumur 31 tahun, Rahimah mewakili Singapura dalam Peraduan Lagu Dunia di Jepun. Di sana, beliau menanyi lagu Fauzi Marzuki, Cabaran Cinta, dan bergaul dengan Gloria Estefan, mendiang Leslie Cheung dan Alan Tam. Menurutnya, peristiwa itu merupakan kenangan lama yang paling manis dalam kerjayanya. Sepanjang kerjayanya, beliau mengeluarkan 11 buah album di bawah label yang berbeza-beza, termasuk Senada, Josal Records, EMI, dan NSR.

Rahimah berundur daripada dunia hiburan pada tahun 1989, selepas 24 tahun dalam bidang itu, ketika beliau mengumumkan bahawa Hati Yang Rapuh merupakan albumnya yang terakhir. Persaraannya terjadi tidak lama selepas perkahwinan 12 tahunnya kepada pemain bola sepak Singapura, Mohamad Noh Hussein, berakhir dengan perceraian. Pearl, anak perempuannya yang tunggal, berumur 11 tahun ketika itu. Beliau kemudian pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji, dan kemudian memulakan perniagaan penyewaan pakaian pengantin di Singapura, suatu bidang yang amat berbeza daripada kerjayanya yang dahulu.

Selepas 15 tahun dalam perniagaan itu, Rahimah menjual syarikatnya kepada seorang kawan disebabkan beliau ingin kembali ke dunia hiburan yang masih merupakan darah dagingnya. Bersama-sama dengan Habsah Hassan, teman lamanya yang akan menulis kebanyakan daripada lirik lagu, Rahimah akan mengeluarkan sebuah album baru sebelum akhir tahun 2006.

Diilhami oleh wanita-wanita Afrika, Rahimah memakai tudung bergaya serban sejak 2005 ketika beliau menjadi pengadil untuk sebuah pertunjukan televisyen realiti Singapura. Beliau mula memakai tudung biasa ketika pulang dari Mekah pada tahun 1989. Seorang pengasas arah aliran fesyen, Rahimah merupakan artis wanita yang pertama untuk menonjolkan rambut berwarna-warna, termasuk jalur hijau, di atas pentas. Rahimah memberi penghargaan untuk bakat menyanyi dan menghiburnya kepada ayah dan Allahyarham bapa saudaranya, Dato' Ahmad Daud (ayah Fauziah).

Rozie, adik perempuannya juga menjadi penyanyi, sedangkan Rahman, adik lelakinya merupakan pelakon Singapura yang popular.


Album[sunting | sunting sumber]

  1. Mana Ibunya? (1972)
  2. Hati Yang Rapuh (1989)
  3. Suatu Memori (2003)


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Gadis Dan Bunga (1982)
  2. Bebas (1984)
  3. Selamat Hari Gayo
  4. Bintang Sukanku
  5. Cintamu
  6. Apakah Rindu Masih Di Hatimu
  7. Masihkan Ada Cinta
  8. Doa.
  9. Bintang Disayang
  10. Datang & Pergi
  11. Burung Layang-layang
  12. Rumah Itu Syorgaku


Garis masa[sunting | sunting sumber]

  • 1956: Dilahirkan di Singapura.
  • 1962 (umur 6): Melakon buat pertama kali dalam filem "Korban Kasih", sebuah filem Melayu oleh dikeluarkan oleh Penerbitan Filem Cathay-Keris.
  • 1963 (umur 7): Melakon dalam filem "Masuk Angin Keluar Asap", dan filem "Kasih Ibu".
  • 1966 (umur 10): Memulakan kerjaya dalam nyanyian.
  • 1970 (umur 14): Bermula bernyanyi di kelab-kelab malam.
  • 1972 (umur 16): Mengeluarkan rekod EP pertama.
  • 1982 (umur 26): Mengeluarkan album "Gadis Dan Bunga" yang terlaris
  • 1984 (umur 28): Mengeluarkan album "Bebas" yang terlaris.
  • 1987 (umur 31): Mewakili Singapura dalam Peraduan Lagu Dunia di Jepun
  • 1989 (umur 33): Berundur daripada dunia hiburan tidak lama selepas perceraiannya. Beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji, dan kemudian memulakan perniagaan penyewaan pakaian pengantin di Singapura.
  • 2003 (umur 47): Mengeluarkan album "Suatu Memori" yang merupakan susunan lagu-lagu kegemaran ramainya yang dahulu yang dirakamkan semula dan diterbitkan oleh Life Records.
  • 2006 (umur 50): Kembali semula ke dunia hiburan dengan sebuah album baru yang merupakan usaha sama dengan Habsah Hassan yang telah lama menjadi temannya. Album itu akan dikeluarkan sebelum akhir tahun.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]