Rahmah Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rahmah Othman)
Datin Paduka Hajah

Rahmah Osman

DPMS (Selangor); JSM; SMS (Selangor); AMN; PJK (Selangor)
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
Dalam jawatan
11 Ogos 1986 – 7 Mei 1987
MenteriLing Liong Sik
Didahului olehAbu Hassan Omar
Digantikan olehZaleha Ismail
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Shah Alam, Selangor
Dalam jawatan
6 Oktober 1986 – 5 Oktober 1990
Didahului olehLew Sip Hon
Digantikan olehRakibah Abdul Manap
Timbalan Menteri Penerangan Malaysia
Dalam jawatan
22 April 1982 – 19 Julai 1986
MenteriAdib Adam
Didahului olehEmbong Yahya
Digantikan olehNg Cheng Kuai
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Selayang, Selangor
Dalam jawatan
14 Jun 1982 – 19 Julai 1986
Didahului olehRafidah Aziz
Digantikan olehZaleha Ismail
Butiran peribadi
LahirRahmah binti Osman
12 Jun 1939
Meninggal dunia22 Mac 2016(2016-03-22) (umur 76)
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam, Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur
Parti politikUMNO (-1988) (1994-2016)
Semangat 46 (1988-1994)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
Angkatan Perpaduan Ummah
Gagasan Rakyat
PasanganMustapha
Anak-anakRahatulkhairani
Saidatulakmar
PekerjaanAhli politik

Datin Paduka Rahmah Osman adalah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Shah Alam[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986, beliau menang bertanding di Parlimen Shah Alam, Selangor walaupun beliau bukan dari Shah Alam. Calon BN yang pernah mewakili Shah Alam ialah Lew Sip Hon; Datin Paduka Rakibah Manap dan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin juga orang luar.[1]

Parti Melayu Semangat 46[sunting | sunting sumber]

Pada 1989, beliau menyertai Parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah menentang arus kepimpinan UMNO. Semangat 46 pernah menjalin kerjasama rapat dengan PAS, dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Jalinan ini dipanjangkan dengan DAP, PRM dan PBS dan dikenali sebagai Gagasan Rakyat.

Sebenarnya sebahagian dari Semangat 46 terdiri daripada Team B dalam UMNO yang menang pada pemilihan April 1987 lalu. Rombakan kabinet diadakan selepas pemilihan UMNO pada April 1987. Antara yang digugurkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Menteri Luar, Datuk Rais Yatim, Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, Datuk Seri Adib Adam, Menteri Kebajikan, Datuk Shahrir Samad, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datin Paduka Rahmah Osman serta ramai lagi. Datuk Seri Mohamed Rahmat kembali dilantik semula ke Kementerian Penerangan.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Rahmah telah meninggal dunia pada 22 Mac 2016 pada usia 76 tahun di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]