Rahmah Rahmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rahmah Rahmat
Rahmah pada 1960an
Kelahiran
Rahmah binti Abdul Rahmat

1943
Meninggal dunia29 Mac 1993 (berumur 49–50)
Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1953–1970
Pasangan
Anak-anak
  • Mohd Jefri Zain
  • Sheri Jaafar
  • Shahrin Jaafar
  • Sharina Jaafar
Ibu bapa
Keluarga
  • Matin Nufael Rizal (cucu)
  • Muhammad Khal Satria Rizal (cucu)

Rahmah Abdul Rahmat (1943 – 29 Mac 1993) merupakan seorang seniwati filem Melayu Singapura. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berdarah seni, beliau merupakan anak kepada seniwati Sa'amah dan peniup trompet dan pemuzik profesional, Abdul Rahmat Ali.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Rahmah didedahkan kepada dunia filem sebelum beliau berusia sepuluh tahun. Ibu beliau tinggal di Boon Teck Road, iaitu penempatan bagi pelakon serta karyawan MFP. Rahmah yang tinggal dengan ibu beliau setelah ibu bapa beliau bercerai, sentiasa bergaul dengan orang filem pada setiap masa. Seawal umur tujuh tahun Rahmah sudah berdepan dengan kamera. Filem pertama Beliau adalah Filem Sengsara (1953) sebagai pelakon kanak-kanak. Didalam Filem ini, beliau memegang watak sebagai Seniwati Normadiah semasa kecil. Pada ketika itu juga, usianya baru mencecah 10 Tahun.

Beliau bukan sahaja boleh berlakon malah menyanyi dan menari. Antara lagu yang pernah dinyanyikan beliau adalah Lagu Tanda Kasih berduet bersama seniman Ahmad Mahmud serta lagu Selendang Sayang. Watak Rahmah Rahmat terkenal di dalam filem Nujum Pak Belalang apabila beliau memegang watak sebagai Ketua penari dan menyanyikan lagu Ketipang Payung suara asal nyanyian Saloma di dalam Filem tersebut. Seterusnya, kemunculanya di dalam filem Musang Berjanggut pula adalah pada babak memainkan permainan Nenek sibongkok tiga bersama seniwati Saadiah. Antara lagu beliau yang lain adalah seperti Pahlawan Pesaka dalam filem Lela Manja 1960, Jangan Tinggi Diri, Temasya Berdendang dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menjadi pelakon tambahan dan pelakon pembantu dizaman era Jalan Ampas. Walaubagaimanapun, Beliau membawa watak jahat dengan begitu berkesan didalam filem Dandan Setia, Megat Terawis, Sri Tanjung dan Gerak Kilat. Sementara itu beliau juga berjaya membawa watak sebagai isteri yang curang didalam filem Gerhana.

Pada zaman remaja beliau, Rahmah banyak terbabit dalam bidang tarian. Beliau menjadi penari latar untuk kebanyakan filem terbitan MFP sekitar tahun 1950-an. Beliau memang berkemahiran dalam bidang tarian selain boleh menyanyi dengan baik. Menjelang tahun 1960-an barulah Rahmah mendapat peluang berlakon. Itupun untuk peranan pembantu atau sampingan. Rahmah agak kesal juga kerana tidak ada pengarah filem yang mahu memberi beliau peluang memegang peranan penting seperti rakan sekerja yang juga kawan baik beliau, Hashimah Yon.

Peluang yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh Rahmah Rahmat untuk menjadi heroin hampir tiba pada tahun 1959. P. Ramlee ingin mengetengahkan beliau sebagai heroin dalam filem, Pendekar Bujang Lapok. Walau bagaimanapun, Rahmah dikehendaki menjalani uji bakat di depan kamera. Dalam uji bakat tersebut, Rahmah bersaing dengan dua calon lain, iaitu Siti Hawa Majid dan Roseyatimah, kawan rapat beliau di Boon Teck Road. Secara logik, Rahmah mempunyai harapan yang paling besar untuk lulus uji bakat kerana memiliki pengalaman berlakon. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila P. Ramlee memilih Roseyatimah memegang peranan heroin dalam Pendekar Bujang Lapok.

Diantara ramai pengarah yang berada di Industri perfileman Melayu, hanya Datuk Jamil Sulong dan Seniman Nordin Ahmad sahaja yang mengambil beliau berlakon didalam filem mereka dengan memegang watak utama, watak utama ke-2 dan pelakon pembantu.

Filem terakhir Rahmah ialah Lubang Neraka (1970) arahan seniman allahyarham Nordin Ahmad keluaran Cathay-Keris Film Productions. Selepas itu Rahmah bersara dari industri perfileman dan meneruskan kariernya sebagai pengandam pengantin dan suri rumah.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Jins Shamsuddin pada waktu itu ketika beliau berusia 18 tahun pada tahun 1961. Mereka dikuriakan seorang anak lelaki yang bernama Mohd Jefri Zain. Walau bagaimanapun, rumahtangga mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 1963 dan sempat bertahan selama 2 tahun sahaja. Selepas beberapa lama selepas itu, beliau berkahwin semula untuk kali kedua dengan seorang pegawai polis Singapura iaitu Jaafar Awang pada tahun 1969 dan mereka dikurniakan 3 orang hasil perkahwinan rahmah dengan beliau. Jefri Zain diletakkan dalam jagaan Rahmah dan Jaafar. Perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayatnya.

Beliau pernah menjadi anak tiri kepada Allahyarhamah seniwati Latifah Omar apabila bapanya berkahwin dengan Latifah. Jarak umur antara Latifah dan Rahmah tidak begitu jauh. Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara ayahnya dan Latifah berakhir dengan penceraian.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Mac 1993 di Hospital Besar Singapura ketika berusia 50 Tahun akibat penyakit barah payudara. Pada ketika itu juga ialah beberapa hari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri 1993.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Sengsara Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
1958 Gergasi Pelakon tambahan
Sumpah Orang Minyak Kawan Afida
Matahari Rukia
1959 Musang Berjanggut Pelakon tambahan
Raja Laksamana Bentan
Batu Belah Batu Bertangkup Puteri
Nujum Pak Belalang Ketua Penari Ketipang Payung Pelakon tambahan
Dandan Setia Puteri Intan Terserlah
1960 Antara Dua Darjat Kekasih Sulit Tengku Mukri Pelakon tambahan
Lela Manja
Megat Terawis Raden Mas Ayu
Isi Neraka Citra
1961 Sri Tanjung
1962 Batu Durhaka Mawar
Gerhana Gayah
1963 Darah Muda Ramlah
1964 Mambang Moden Mariam
Melanchong Ka Tokyo
1966 Gerak Kilat Ratna
1968 Ibulah Syurga
Raja Bersiong Lela
1969 Keranda Berdarah
1970 Lubang Neraka Filem terakhir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]