Rahman Selamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rahman Selamat 45, merupakan petugas Jabatan Imigresen Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand. Dia pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang .

Dia berasal dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor.

Dakwaan jenayah memperdagangan manusia[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Julai 2009, dia didakwa memperdagangkan seorang rakyat Myanmar, Mohd Ikbal Mohd Ali, 29, di pangkalan haram Kertas, Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan antara pukul 12.30 pagi dan 1 pagi, 9 April 2009.

Pada 17 Julai 2009, Rahman didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda.

Pada 26 Julai 2009, di Mahkamah Sesyen Kota Baharu, Hakim Siti Mariam Othman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 25 Ogos 2009 untuk sebutan semula kes. Peguam tertuduh, Fadzil Maamor, memohon mahkamah supaya membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana dia telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam tempoh dia ditahan. Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz menolak ikatjamin kerana khuathir tertuduh akan mengganggu saksi.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]