Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'adzam Shah
| Sultan Abdullah Muhammad Shah II | ||
|---|---|---|
| Sultan Perak ke-26 | ||
![]() |
||
| Sultan Abdullah Muhammad Shah II | ||
| Pemerintahan | 1874 – 1876 | |
| Nama penuh | Abdullah Muhammad II ibni Ja'afar Safiuddin Muazzam | |
| Lahir | 21 September 1842 | |
| Mangkat | 22 Disember 1922 | |
| Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan | ||
| Pendahulu | Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah | |
| Pengganti | Sultan Yussuf Shah I | |
| Permaisuri | Raja Perempuan Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah | |
| Ayahanda | Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah | |
Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-26 (1874-1876).[1]
Raja Abdullah diangkat sebagai Raja Di Hilir dan istana baginda terletak di Teluk Intan. Kemudian baginda dilantik sebagai Raja Muda Perak pada tahun 1865 .
Isi kandungan |
Keluarga [sunting]
Baginda dikurniakan tujuh orang putera:
- Raja Musa
- Raja Chulan
- Raja Abdul Malek
- Raja Said Tauphy anaknya Raja Ahmad Hisham
- Raja Abdul Rahman
- Raja Abdul Hamid
- Raja Hussein
Perang Perak [sunting]
Baginda diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-26 oleh pihak British setelah menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selepas perjanjian ini, baginda digelar Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Baginda bersemayam di Batak Rabit.
Pulau Seychelles [sunting]
Pada 1875, baginda dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British J.W.W. Birch dan dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1877[2].
Baginda bernikah dengan Raja Perempuan Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah dan kemudiannya bercerai.Baginda mempunyai tujuh putera dan tiga puteri.
Mangkat [sunting]
Baginda mangkat di Kuala Kangsar pada tahun 1922 dan dimakamkan di Makam di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar[3] dan di gelar "Marhum Habibullah".
| Didahului oleh Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah |
Sultan Perak 1874-1876 |
Diikuti oleh: Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah |
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
Nota Kaki [sunting]
- ↑ "Sultan Abdullah Muhammad II". Portal Raja Kita-Perak. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. 2002. http://rajakita.perak.gov.my/bmsultan26.html. Capaian 14 Januari 2010.
- ↑ "The Innocent Sultan of Perak in the Seychelles". Julien Durup. Seychelles eNews. 2010. http://www.seychellesweekly.com/July%2011,%202010/top2_sultan.html. Capaian 12 Mei 2011.
- ↑ "Makam 7 Orang Sultan di Bukit Chandan". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2010. http://artmelayu.blogspot.com/2010/05/makam-7-orang-sultan-di-bukit-chandan.html. Capaian 30 Oktober 2010.
