Raja Azlan Muzzaffar Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Azlan Muzzaffar Shah
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak
Raja Kecil Besar Perak
Pelantikan20 Jun 2014 - kini
(9 tahun dan 10 bulan)
Didahului olehRaja Iskandar Dzurkarnain
Keputeraan (2008-03-14) 14 Mac 2008 (umur 16)
Hospital Pakar Damansara, Selangor
Nama penuh
Raja Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
KerabatKesultanan Perak
AyahandaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
BondaTuanku Zara Salim
AgamaIslam

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (diputerakan pada (2008-03-14)14 Mac 2008 di Hospital Pakar Damansara, Selangor) merupakan Raja Kecil Besar Perak. Baginda adalah anakanda pertama serta putera sulung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda ialah salah seorang Raja Bergelar Perak dan waris yang ketiga dalam kedudukan Sistem Hierarki Kesultanan Perak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Azlan Muzzaffar Shah menerima pendidikan awal di Alice Smith School, Kuala Lumpur pada 2011 sehingga kini.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Raja Azlan Muzzaffar Shah diputerakan di Hospital Pakar Damansara, Selangor pada jam 10:00 pagi tanggal 14 Mac 2008 dan merupakan putera tunggal kepada Sultan Nazrin Shah bersama Tuanku Zara.

Kehidupan diraja[sunting | sunting sumber]

Raja Azlan Muzzaffar Shah mempunyai seorang adinda perempuan, Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.

Raja Azlan Muzzaffar Shah juga merupakan cucunda kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Raja Kecil Besar[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah memutuskan bahawa Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dikurniakan pangkat raja bergelar iaitu dengan gelaran Yang Teramat Mula Raja Kecil Besar Perak berkuat kuasa pada 20 Jun 2014 sekaligus menjadikan baginda sebagai pewaris ketiga takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Kerabat dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
(Sultan Perak)
(1956-11-27)27 November 1956 George Town 67 tahun, 4 bulan dan 24 hari
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Zara Salim
(Raja Permaisuri Perak)
(1973-03-22)22 Mac 1973 Ipoh 51 tahun dan 29 hari
Yang Teramat Mulia
Raja Dato' Seri Nazira Safya
(2011-08-02)2 Ogos 2011 Hospital Pakar Damansara, Selangor 12 tahun, 8 bulan dan 18 hari

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Raja Azlan Muzzaffar Shah
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Engku
  • 14 Mac 2008 - 2 Ogos 2011 : Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Raja Nazrin Shah
  • 2 Ogos 2011 - 20 Jun 2014 : Yang Amat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
  • 20 Jun 2014 - kini : Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Raja Kecil Besar Perak

Nama penuh berserta gelaran rasmi ialah: Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, S.P.C.M., S.P.M.P., Raja Kecil Besar Perak

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Raja Azlan Muzzaffar telah dikurniakan:

Keturunan diraja[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Tarikh keputeraan: 14 Mac 2008
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Raja Iskandar Dzulkarnain
Pwaris Tahkta Negeri Perak Darul Ridzuan
Kedudukan ketiga
10 Mac 2010 - 20 June 2014
Pemegang jawatan kini
Heir:
Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Raja Nazrin Shah
Didahului oleh
tiada
Raja Kechil Besar Perak
Waris ketiga Kesultanan Perak

20 June 2014 - Kini
Pemegang jawatan kini

Lihat juga[sunting | sunting sumber]