Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

[[Category: dari Februari 2013]]

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Tarikh lahir 14 Januari 1955 (59 tahun)
Tempat lahir Istana Maziah, Kuala Terengganu, Malaysia
Pekerjaan Arkitek

Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah dan juga ahli pakar Jurubina/ Arkitek terkenal dari Terengganu,Malaysia. Pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah Pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang di Ketuai oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Razali Hamzah.

9 April 2013, setelah pelbagai spekulasi yang dibuat oleh Media dan orang ramai, beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum Malaysia ke-13.Menurut pelbagai sumber, setelah di "lamar" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan Bonda beliau. Beliau popular dikenali sebagai Jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati(Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

14 Januari 1955, beliau dilahirkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Mendapat Pendidikan Awal di Saint John Institute kemudian pulang ke Terengganu dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(dilantik sebagai Ketua Murid tahun 1974), meneruskan Pendidikan Beliau di The University of Melbourne.

Beliau bertemu dengan isterinya Jacqueline Pascarl Gillespie. Ketika itu (1981) Jacqueline berusia 17 tahun.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ayahandanya Raja Ahmad Baharuddin Shah ibni Raja Rashid Shah pernah menjadi Pegawai Daerah Marang yang berkahwin dengan Tengku Zaliha Putri ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pada 1981 beliau berkahwin dengan Jacqueline Pascarl seorang penulis buku rakyat warga Australia .Mereka dikurniakan dua anak iaitu Raja Mohamad Baharuddin (Iddin) dan Raja Shahirah Aishah (Shah). Raja Shahirah (23) berkahwin dengan vokalis kumpulan Love Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz (29 tahun) di Masjid Terapung Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. Anaknya itu lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.Majlis persandingan mereka diadakan di Aryani Resort di Merang, Setiu. Anaknya bersekolah selama enam tahun di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu dengan kawalan ketat Pasukan Gerakan Am (PGA).[2]

Raja Kamarul Bahrin Shah berkahwin dengan seniwati Singapura dan adik kepada Komposer terkenal di Malaysia iaitu Dato' Johari Salleh- Toh Puan Norilah Salleh atau dahulu dikenali sebagai Elmi Salleh. Dikurnia 4 cahaya mata, Raja Badruddin Hakim Shah(1987), Raja Bahiuddin Ansari Shah(1989), Raja Nur Aryani Munirah(1991) dan Raja Nur Saliha Nazirah(1993).

Sekitar tahun 2009-2010 kemudiannya berkahwin dengan penyanyi jazz Malaysia Noryn Aziz atau nama sebenarnya 'Norazmahwati binti Abdul Aziz' , lulusan UiTM.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pertikaian anak dengan bekas isteri[sunting | sunting sumber]

Pada 1985, dua anak Raja Kamarul Bahrin dipelihara oleh bekas isterinya ,Jacqueline Pascarl seorang Cina warga Australia . Mereka bercerai pada 1986 .Beliau cuba mendapatkan semula anaknya selama 7 tahun melalui Mahkamah Keluarga Australia pada 1992. Malah hakim Australia melarang membawa anaknya ke Masjid atau hampir 100 meter dari masjid.Jacqueline berkahwin lagi dengan wartawan TV, Iain Gillespie pada 1986. Jacqueline telah menghasilkan dua buah buku bertajuk 'Once I was a Princess' dan 'Since I Was a Princess' (2007).

Akhirnya Raja Kamarul Bahrin membawa anaknya dengan bot nelayan melalui Cape Town, Merauke, Irian Jaya, Sulawesi, Sabah dan kembali ke Kuala Terengganu dengan bantuan Bryan Wickham. Bryan Wickham telah merancang perjalanan darat dan laut selama setahun dan akibatnya merengkok dalam penjara Australia selama setahun. Peristiwa ini semuanya dicatat dan telah dibukukan dengan tajuk 'Raja Bahrin Story' (1997)

Pada 2006, Shah ada melawat ibunya Jacqueline di Melbourne. Iddin juga bertemu dengan ibunya pada 2006 selepas 14 tahun terpisah.


Arkitek terkemuka[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah arkitek yang cukup terkenal dengan senibina berteraskan Melayu Tradisional. Dan semakin mendapat perhatian oleh Media dan orang ramai apabila Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ramai pihak yang terlibat termasuk arkitek dari pihak pemborong dan jurutera dari kerajaan. Bumbung stadium itu amat besar dan tinggi 30 meter dan dipasang penghawa dingin oleh syarikat Korea Selatan. Kos pembinaan sebanyak RM292 juta dan masih dalam jaminan kontraktor.[3]

Stadium Terengganu Binaan Raja Bahrin Runtuh[sunting | sunting sumber]

Raja Kamarul Bahrin adalah seorang arkitek terkemuka di Malaysia. Namun begitu, setelah stadium rekaannya runtuh beliau diserang oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pembangkang. Diantara tuduhan mereka[nyatakan menurut siapa?] adalah, Raja Bahrin cuai dalam melakukan rekaan. Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, sebagai arkitek utama stadium berkenaan, kemudiannya tampil menjelaskan bahawa rekabentuk dan pembinaan bumbung tersebit adalah oleh syarikat asing dan dia tidak terbabit dengannya.[4] Beliau pernah menyarankan supaya pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung kejadian itu agar rakyat tidak tertanya-tanya mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Satu laporan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia, berkenaan runtuhan bumbung stadium tersebut.[5]

Calon PAS PRU13 di Kuala Trengganu[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2013, beliau bersama-sama calon PAS yang lain dipilih untuk bertanding di kerusi Kuala Trengganu.[6]Beliau beriltizam untuk mewakili suara golongan profesional yang tidak diendahkan oleh pentadbiran kerajaan BN dan berharap penyertaannya dalam politik akan memaksa pihak berkuasa menghormati pandangan dan pendapat masyarakat profesional dengan lebih serius.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]