Raja Kepulauan Cocos (Keeling)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Pulau Cocos
Oceania House
Butiran
Raja pertamaJohn Clunies-Ross
Raja terakhirJohn Cecil Clunies-Ross
Pembentukan27 Februari 1827
Pemansuhan1 September 1978
PersemayamanOceania House

Raja Kepulauan Cocos ialah pangkat yang diberikan oleh media kepada John Clunies-Ross, seorang kapten laut Scotland dan ahli-ahli keluarganya yang menjadi keluarga terawal yang menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) yang sebelumnya tidak dihuni.

Beliau tinggal di Kepulauan Cocos (Keeling) pada tahun 1827. Ratu Victoria memberikan pulau-pulau itu buat selama-lamanya kepada keluarga Clunies-Ross pada tahun 1886. Oleh itu, pulau-pulau itu ditakluk oleh keturunannya hingga 1978 apabila John Cecil Clunies-Ross menjual pulau-pulau tersebut kepada Komanwel Australia sebanyak £2.5 juta (AS$4.75 juta). Pihak Australia dikatakan melaksanakan ekspropriasi pulau-pulau terhadap mereka sejak Komanwel mentadbir pulau pada 1955. John Clunies-Ross pada masa ini tinggal di Perth, Australia Barat, tetapi anak lelakinya, John George Clunies-Ross (lahir 1957) masih tinggal di ibu kota, Pulau Panjang.[1]

Senarai Raja Pulau Cocos[sunting | sunting sumber]

Urutan Raja Nama Regnal Keputeraan - Kemangkatan Di takhta
Mula Tamat
1. John Clunies-Ross Ross I 1786–1854 1827 26 Mei 1854
2. John George Clunies-Ross Ross II 1823–1871 26 Mei 1854 8 Jun 1871
3. George Clunies-Ross Ross III 1842–1910 1871 7 Julai 1910
4. Sydney Clunies-Ross Ross IV 1868–1944 7 Julai 1910 14 Ogos 1944
5. John Cecil Clunies-Ross Ross V 1928- 14 Ogos 1944 1978

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nick Squires The man who lost a 'coral kingdom' BBC News, 7 Jun 2007

Puatan luar[sunting | sunting sumber]