Raja Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Laut
Raja Muda Selangor
Raja Muda Selangor
Tempoh1898 - 1903
Didahului olehRaja Muda Sulaiman
Diikuti olehTengku Musa Eddin
Keputeraan1850
Lukut
Kemangkatan9 Jun 1913 (berumur 62–63)
Kuala Lumpur
PemakamanTanah Perkuburan Kampong Gonggang, Kuala Lumpur

Raja Laut ialah seorang kerabat diraja dari Selangor, Tanah Melayu. Baginda merupakan Raja Muda Selangor semasa pemerintahan Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pada 1898 hingga 1903[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Raja Laut diputerakan pada 1850 dan merupakan putera kedua Sultan Selangor ke-3, Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Ibrahim Shah. Baginda juga ialah abang ipar kepada Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad Ibni Tengku Abdullah. Raja Laut mendapat nama gelaran ‘Laut’ kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut.[1]

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Raja Laut dikenali sebagai ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1880 dan antara individu yang telah menyelesaikan banyak masalah yang timbul pada ketika itu.[2] Baginda turut menjadi pengasas kepada penubuhan Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur pada 1890. Baginda juga dilantik sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor dan menjadi Penghulu Kuala Lumpur.[3]

Raja Laut juga bertanggungjawab menubuhkan sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur, Sekolah Melayu Vernakular Kuala Lumpur, di mana baginda telah menghantar putera tunggalnya, Raja Alang ke sekolah berkenaan.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Pengabadian nama[sunting | sunting sumber]

Beberapa tempat turut dinamakan sempena nama baginda, termasuklah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Siapa Raja Laut? Ini penjelasan pejabat Sultan Selangor". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-10-10.
  2. ^ "SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KUALA LUMPUR" (PDF). Dicapai pada 10 Oktober 2023.
  3. ^ "Pernah Dengar Nama Raja Bot? Raja Laut? Abdullah Hukum ? Siapakah Mereka? - The Patriots" (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-14. Dicapai pada 2023-10-10.