Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

SUMW (WP); DPTJ (NS); AMN
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai
Memegang jawatan
2008
Dalam jawatan
2000–2004
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2009 – 3 April 2013
Didahului olehZulhasnan Rafique
Digantikan olehDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Kawasan pilihan rayaSenator
Butiran peribadi
Lahir (1953-02-14) 14 Februari 1953 (umur 71)
Perak, Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Utama Nafesah Raja Nong Chik @ Yee Mee Lin
Anak-anakRaja Farhana
Raja Hamzah
HubunganRaja Zainal Abidin Raja Tachik (bapa)
Mustapha Albakri Hassan (datuk)
Ikmal Hisham Albakri (bapa saudara)
Zahim Albakri (sepupu)
KediamanTanjung Malim
PekerjaanAhli politik
ProfesionAkauntan
Laman web rasmihttp://rajanongchik.com

Yang Mulia Raja Datuk Seri Utama Nong Chik Najmuddin bin Raja Dato' Zainal Abidin atau 'RNC' merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia. Beliau dilantik menganggotai Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya dalam satu upacara Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Raja Nong Chik dilahirkan di Kuala Kangsar , Perak pada 14 Februari 1953 dan berasal dari kerabat diraja Perak.

Datuk beliau, Dato’ Dr Mustapha Albakri Hassan ialah pengerusi pertama Suruhanjaya Pilihan Raya dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Bapa beliau Raja Dato’ Zainal Abidin Raja Tachik juga seorang penjawat awam dan terakhir bertugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak.

Raja Nong Chik berkahwin dengan Nafesah Raja Nong Chik (atau nama sebenar, Yee Mee Lin[1]), seorang cina Muslim dan dikurniakan dua cahaya mata, Raja Farhana dan Raja Hamzah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau belajar di peringkat rendah di Methodist Boys’ School sebelum meneruskan pengajian di Victoria Institution. Selepas VI, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Tentera Diraja.

Raja Nong Chik memegang ijazah Ekonomi (Kepujian) dari University of Wales, UK dan ahli Chartered Institute of Management Accountants, Malaysian Institute of Accountants dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang akauntan bertauliah dan menjadi pengurus di sebuah badan berkanun FELCRA (1978); Pengurus Perancangan Korporat dan Kewangan dengan Kumpulan Fima Berhad (1979) ; Pengarah Eksekutif OYL Industries (Ong Yoke Lin) (1982) . Kemudian menubuhkan syarikat kerjasama iaitu Razatec Sdn Bhd yang memperkenalkan produk elektrik jenama tempatan iaitu Acson; yang sekarang ini terkenal di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Raja Nong Chik juga pernah menerajui Persatuan Pengilang dan Industri Servis Bumiputera sebagai Presiden dan juga ahli Majlis Inovasi Negara. Beliau juga merupakan Penaung Kuala Lumpur FA.

Sebelum dilantik sebagai menteri, Raja Nong Chik bergiat dalam bidang perniagaan selama 25 tahun .Beliau menjadi pengarah bukan eksekutif Pharmaniaga pada 2 September 1999.

Syarikat Istijuara Sdn Bhd, didakwa milik anak perempuannya, menerima kontrak daripada Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta pada 2006 .Kontrak itu hanya dimeterai pada 2010.Laman Keadilandaily.com melaporkan mengenai projek "melengkap, memasang dan atau menguji kelengkapan latihan industri" oleh syarikat Istijuara. Surat penerimaan tender pada 24 Ogos 2010 untuk projek di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Syarikat Istijuara mendapat tender projek itu pada tahun 2006, dan Raja Nong Chik mengambil alih syarikat berkenaan pada 2007 - sebelum beliau menjadi menteri. Tawaran tandatangan tender itu pada tahun 2010, selepas bangunan itu siap. [2]

Senator dan Menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam politik UMNO Wilayah Persekutuan sejak 1989. Antara tokoh UMNO dari Wilayah Persekutuan ialah Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Setiawangsa) ; Astaman Abdul Aziz (Titiwangsa) dan Shahrizat Abdul Jalil (Lembah Pantai). 10 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menang di Wilayah Persekutuan seperti Tian Chua, Wee Choo Keong, Lim Lip Eng, Nurul Izzah Anwar, Fong Kui Lun, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Dr Tan Seng Giaw tidak pernah mengetahui latar belakang Raja Nong Chik dan mengejutkan mereka.[3]


Berikutan kekalahan beberapa tokoh politik UMNO di Wilayah Persekutuan, beliau telah dilantik sebagai Senator pada 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 8 April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pada 9 April 2012, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk kali ke-2 kecuali Raja Ropiah , kali pertama.


Beliau ditugaskan menjadi Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai setelah kekalahan Ketua Wanita UMNO , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar. [4]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Ogos 2014, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengaku di Mahkamah bahawa terdapat kesilapan dalam sidang media pada 4 Mei 2013. Kes itu sehari sebelum Pilihan raya umum Malaysia 2013 mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kenyataan maaf itu dibuat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, disaksikan Raja Nong Chik sendiri. Pada 17 Julai 2013, Nong Chik memfailkan saman terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.[5]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (2002)
  •  Wilayah Persekutuan
    • Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama (2014)
  •  Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 2000

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BAVANI M (11 Feb 2010). "Mutual understanding is the key". The Star Malaysia. Dicapai pada 24 Disember 2021 – melalui Pressreader.
  2. ^ Raja Nong Chik: Tiada konflik kepentingan dalam 'projek RM30j'
  3. ^ Raja Datuk Nong Chik Zainal Abidin
  4. ^ Kenapa Nurul Izzah dipindahkan?
  5. ^ Nurul Izzah mengaku silap, minta maaf pada Nong Chik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]