Raja Suryavarman II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Raja Suryavarman II merupakan raja Empayar Khmer dari 1113 hingga 1145-1150 M dan pembina Angkor Wat. Beliau berjaya menyatupadukan kerajaan Angkor yang berpecah belah, dan terkenal sebagai penakluk yang besar. Beliau telah memulakan hubungan diplomatik dengan China.

Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan dianggap tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Pembinaan ini memakan masa 30 tahun.