Raja Temenggung Muar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri Muar
Kerajaan Negeri Muar
کراجاءن نكري موار (Jawi)
1935–1707
Bendera Kerajaan Negeri Muar
Bendera
StatusNegeri Berdaulat Muar
Ibu negaraKuala Segamat
Kampung Bunga Tanjung, Panchor
Pengkalan Kota
Bahasa yang umum digunakanMelayu,
Agama
Islam
KerajaanPemerintahan beraja Temenggong
Raja Temenggong 
• 1707-1732
Engku Sa’Akar Diraja Ibni Engku Pasir Diraja Tun Sayid Jaffar
• 1732-1761
Engku Sa’Amar Diraja Ibni Dato’ Seri Engku Sa’Akar Diraja
• 1761-1801
Engku Burok Ibni Engku Sa’Amar Diraja
• 1801-1834
Engku Konit@Sonet@Konek@Kamil Ibni Engku Burok
• 1834-1847
Engku Saiyid Ibni Engku Konit
• 1847-1879
Engku Ismail Ibni Engku Ibrahim
• 1879-1902
Engku Mohamad Saleh Ibni Engku Ismail
• 1902-1935
Wan Abdul Rahman Ibni Engku Mohamad Saleh
Sejarah 
• Penyerahan Muar kepada Engku Pasir Diraja Tun Sayid Jaffar
1935
• Penyerahan semula Muar kepada Kesultanan Johor
1707
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Johor
Kesultanan Johor
Sekarang sebahagian dari Johor, Malaysia

Raja Temenggung Muar ialah pemerintah wilayah Muar yang berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Raja Temenggung Muar telah diberikan autonomi oleh Sultan Johor dalam menjalankan roda pemerintahan Muar.

Muar adalah anugerah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah kepada Dato' Pasir Diraja atau nama sebenarnya Sayyid Jaafar sebagai hadiah maskahwin kerana Sultan Ibrahim mengahwini adinda Dato' Pasir Diraja Sayyid Jaafar yang bergelar Marhum Bakal yang kelak melahirkan Sultan Mahmud Shah II atau Marhum Mangkat Dijulang. Keturunan beliau terus memerintah Muar sehingga zaman pemerintahan Maharaja (Sultan) Abu Bakar.

Penguasaan Temenggung Di Muar[sunting | sunting sumber]

Menurut Newbold, seorang kapten Inggeris, daerah Muar menurutnya terdapat kampung-kampung seperti berikut:

  • Bekok
  • Langkat
  • Gersik
  • Ring
  • Pagoh
  • Pengkalan Kota yang juga tempat kediaman Temenggung Muar

Newbold juga mencatatkan bahawa terdapat lapan orang penghulu di bawahnya iaitu empat di hulu (Penghulu Besar, Penghulu Tanjung, Penghulu Dagang dan Penghulu Mungkal) dan empat di hilir (Penghulu Gersik, Penghulu Bukit Raya, Penghulu Liang Batu dan Penghulu Ring)

Raja-raja Temenggong Negeri Muar[sunting | sunting sumber]

Dato’ Engku Pasir Diraja Tun Sayid Jaffar Ibni Maharaja Sri Diraja Dato’ Seri Maharaja Johor Tun Mat Ali telah berangkat ke Negeri Muar mulai tahun 1700 dari Kota Tinggi (Johor Lama) untuk membuka, memerintah dan berkerajaan di situ sebagai menebus dan melaksanakan amanah maskahwin yang dikurniakan “Negeri Muar’’ daripada Al Marhum Kota Tinggi, Sultan Ibrahim Shah (1677-1685), Sultan Johor Ke-9.

Beliau telah membuka pusat pemerintahan di Pantai Layang. Dato’ Engku Pasir Diraja telah dikurniakan dua orang zuriat lelaki bernama Engku Sa’Akar Diraja dan Engku Paduka Tuan. Dato’ Engku Pasir Diraja adalah nenek moyang dan induk bagi dinasti Raja-Raja Temenggong Kerajaan Negeri Muar kerana selepas kematiannya pada tahun 1707, jawatan Temenggong Muar telah beralih dari anaknya hingga kepada keturunannya. Beliau dimakamkan di Kampung Pantai Layang, Sungai Mati, Muar.

( Temenggong Muar Pertama )

  • Dato’ Seri Engku Sa’Akar Diraja Ibni Dato’ Engku Pasir Diraja Tun Sayid Jaffar (1707-1732) menggantikan ayahandanya menjadi Temenggong Muar di dalam Negeri Muar dan berkerajaan di Kuala Segamat iaitu berhampiran Kampung Batu Badak.
  • Beliau mendapat tauliah perlantikan daripada Al Marhum Sultan Abdul Jalil IV. Beliau mempunyai dua orang zuriat lelaki bernama Engku Sa’Amar Diraja dan Engku Perdana Menteri. Mangkat Temenggong Engku Sa’Akar Diraja dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,


( Temenggong Muar Ke-2 )

  • Anakandanya bernama Dato’ Temenggong Paduka Tuan Engku Sa’Amar Diraja Ibni Dato’ Seri Engku Sa’Akar Diraja (1732-1761) telah dilantik menjadi Temenggong Muar oleh Al Marhum Sultan Badrul Alam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abd Jalil Riayat Shah dan berkerajaan di Kuala Segamat sama tempat ayahandanya.
  • Beliau mendapat gelaran Dato’ Temenggong Paduka Tuan. Beliau mempunyai tiga orang zuriat lelaki bernama Engku Burok, Engku Abdul Kadir dan Engku Pandak.


( Temenggong Muar Ke-3 )

  • Temenggong Engku Burok Ibni Dato’ Temenggong Paduka Tuan Engku Sa’Amar Diraja (1761-1801) dilantik menjadi Temenggong Muar menggantikan ayahandanya yang mangkat oleh Al Marhum Sultan Abd Jalil Riayat Shah V Ibni AlMarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat.
  • Pusat pemerintahannya masih di Kuala Segamat dan kemudian berpindah di Kampung Bunga Tanjung, Panchor, Muar. Beliau telah disahkan sebagai Temenggong Muar oleh Al Marhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Beliau mempunyai dua orang zuriat lelaki bernama Engku Konit dan Engku Ibrahim.
  • Mangkat Engku Burok dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,


( Temenggong Muar Ke-4 )

  • Dato’ Engku Konit@Sonet@Konek@Kamil Ibni Temenggong Engku Burok (1801-1834) telah dilantik menjadi Temenggong Muar dan telah disahkan oleh Al Marhum Sultan Mahmud Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah. Beliau membuat pusat pemerintahan baru bertempat di Pengkalan Kota, Muar selain sekitar Kota Buruk di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap, Jorak, Muar. Dikurniakan dua orang zuriat bernama Engku Chomot seorang perempuan dan Engku Saiyid seorang lelaki. Bonda Temenggong Engku Konit bernama Engku Puan.
  • Di Zaman pemerintahan Temenggong Engku Konit, ada lapan Penghulu dibawahnya. Empat memerintah di sebelah hulu iaitu Penghulu Besar, Penghulu Tanjung, Penghulu Dagang dan Penghulu Mungkal. Empat orang lagi memerintah di sebelah hilir iaitu di Gersik, Bukit Raya, Liang Batu dan Ring.Adinda baginda bernama Engku Ibrahim mempunyai lima orang zuriat iaitu Engku Mi seorang perempuan, Engku Zainal, Engku Ismail, Engku Idris dan Engku Tik seorang perempuan. Selepas kemangkatan Temenggong Engku Konit dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,


( Temenggong Muar Ke-5 )

  • Puteranya bernama Temenggong Dato’ Seri Maharaja Engku Saiyid Ibni Dato’ Engku Konit (1834-1847) telah menggantikan ayahandanya dan masih lagi berkerajaan di Pengkalan Kota.Engku Saiyid menerima gelaran Temenggong Dato’ Seri Maharaja daripada Al Marhum Sultan Husain Shah Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Shah di Singapura. Pada masa pemerintahannya, daerah Segamat telah menarik diri tidak mahu duduk di bawah pemerintahan Temenggong Muar tetapi akhirnya beliau dapat menguasai daerah Segamat kembali. Engku Saiyid tidak mempunyai zuriat dan apabila mangkat dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat,


( Temenggong Muar Ke-6 )

  • Saudara sepupunya bernama Dato’ Temenggong Paduka Tuan Engku Ismail Ibni Engku Ibrahim Paduka Tuan (1847-1879) putera kepada Engku Ibrahim telah dilantik menjadi Temenggong Muar pada tahun 1861 oleh Al Marhum Sultan Ali di Singapura. Perlantikan beliau mendapat pengiktirafan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu E.A. Blundell.
  • Di waktu pemerintahannya, pusat pemerintahan Negeri Muar telah berpindah dari Pengkalan Kota ke Kuala Segamat di kawasan Kampung Batu Badak, sebelah kiri Sungai Muar. Ketika itu Kerajaan Muar telah diambil alih oleh Temenggong Abu Bakar Johor yang berkerajaan di Johor.
  • Walau bagaimanapun segala cukai dan lain-lain hasil masih dipungut oleh Temenggong Engku Ismail. Tujuan beliau berpindah ke Kuala Segamat kerana tidak mahu Kerajaan Muar menyembah ke Johor dan ingin berpisah dari pemerintahan Johor kerana ketika itu Kerajaan Muar telah berada di bawah pemerintahan Johor.
  • Setelah didesak dan diugut akhirnya beliau menurut kemahuan. Temenggong Engku Ismail dikurniakan sebelas orang zuriat iaitu Engku Abdullah, Engku Mohamad Saleh, Engku Mahmud, Engku Kechut, Engku Jaffar, Engku Aminah, Engku Maimunah, Engku Abdul Kadir, Engku Daud, Engku Hamidah dan Engku Aishah. Setelah mangkat Temenggong Engku Ismail dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu, Segamat.


( Temenggong Muar Ke-7 )

  • Temenggong Paduka Tuan Dato’ Engku Mohamad Saleh Ibni Dato’ Temenggong Paduka Tuan Engku Ismail (1879-1902) telah menggantikan ayahandanya menjadi Temenggong pada tahun 1879-1902 yang dilantik oleh Al Marhum Maharaja Abu Bakar Ibni Al Marhum Temenggong Daing Ibrahim Johor dan pusat pemerintahannya di Pengkalan Kota, ulu Sungai Muar.
  • Temenggong Engku Mohamad Saleh bergaji bulan sewaktu menjadi Temenggong Kerajaan Muar. Mendapat anugerah Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia daripada AlMarhum Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1875.
  • Beliau mempunyai sepuluh adik-beradik iaitu Engku Abdullah, Engku Mahmud, Engku Kechut, Engku Jaffar, Engku Aminah, Engku Maimunah, Engku Abdul Kadir, Engku Daud, Engku Hamidah dan Engku Aishah.
  • Temenggong Engku Mohamad Saleh dikurniakan sebelas orang zuriat dari tiga isteri iaitu Engku Fatimah Binti Ali dikurniakan Engku Abdul Rahman, Engku Daik dan (meninggal ketika kecil). Dari isteri ke dua bernama Wan Aishah Binti Awang dikurniakan dua orang zuriat iaitu Engku Wok dan Engku Jamilah. Dari isteri ke tiga bernama Wan Ketik Binti Ahmad dikurniakan enam orang zuriat iaitu Engku Timah, Engku Halimah, Engku Dara, Engku Mahadi, Engku Sailan dan Engku Mariam.


( Temenggong Muar Ke-8 dan Terakhir )

  • Temenggong Wan Abdul Rahman Ibni Temenggong Paduka Tuan Dato’ Engku Mohamad Saleh (1902-1935) menjadi Temenggong Kerajaan Muar pada tahun 1902-1935 apabila ayahandanya mangkat dan dimakamkan di Kampung Pengkalan Kota, Muar
  • Beliau dilantik oleh Al Marhum Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar. Baginda juga bergaji bulan dan pusat pemerintahannya di Pengkalan Kota dan seterusnya berpindah ke Kuala Segamat. Beliau juga menetap di Kampung Lubok Batu dan seterusnya di Kampung Jalan Temenggong Segamat. Kampung baginda ketika itu dikatakan di sekitar kawasan jambatan Muar – Segamat di Batu 46.
  • Di tahun-tahun 1920-an, terdapat pusat perkampungan dan penduduk yang ramai ketika itu. Negeri Muar yang luas itu mengandungi kampung-kampung yang bernama Bekok, Langkat, Gersik, Ring dan Pagoh dan kampong kediaman Temenggong Muar di Pengkalan Kota.
  • Dengan kemangkatan Temenggong Wan Abdul Rahman pada tahun 1935 dan dimakamkan di Kampung Lubok Batu Segamat, maka Kerajaan Muar tiada lagi diperintah oleh Raja-Raja berketurunan Temenggong dari nasab Dato’ Engku Pasir Diraja Tun Sayid Jaffar.


Kuasa pemerintahan Kerajaan Muar telah bertukar tangan kepada pemerintah Negeri Johor ketika itu iaitu Maharaja Abu Bakar pada akhir abad ke-19 atau lebih tepat lagi pada 5 Februari 1879.

Sejarah pemerintahan Temenggong Muar berakhir apabila Negeri Muar dimasukkan ke dalam jajahan pentadbiran Negeri Johor ketika itu.Walau bagaimanapun, waris dan nasab keturunan Raja-Raja Temenggong Kerajaan Muar masih lagi tinggal dan bermastautin di daerah Segamat dan Muar.

Keturunan Temenggong Muar Ke-7 dan 8 diberi pencen kerabat (politik) sebagai gantirugi di atas kehilangan kuasa memerintah Negeri Muar secara turun-temurun.

Al Marhum Temenggong Muar menerima pencen sebanyak RM600 sebulan manakala waris dan kerabatnya menerima RM600 juga sebulan. Waris-waris dari keturunan Temenggong Muar masih lagi mendapat pencen dari Kerajaan Negeri Johor hingga ke hari ini.

Pada tahun 1922, gelaran Temenggong Muar telah dihapuskan sama sekali pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Abu Bakar (1895–1959) dan selepas itu hanya menggunakan nama Temenggong Johor sahaja di mana putera AlMarhum bernama Tengku Ahmad telah digelar Tengku Temenggong Johor. (a.w)


Senarai Raja Temenggong Johor;

  1. Sa' Akar Diraja, Temenggung I
  2. Sa' Amar Diraja, Temenggung II
  3. Engku Burok, Temenggung III
  4. Engku Konit @ Sonet, Temenggung IV
  5. Engku Said, Temenggung V
  6. Engku Ismail, Temenggung VI
  7. Engku Muhammad Saleh, Temenggung VII
  8. Engku @ Wan Abdul Rahman, Temenggung terakhir Muar

Penyerahan Muar[sunting | sunting sumber]

Muar telah diserahkan oleh waris-waris Sultan Ali Iskandar Shah, Yang Dipertuan Kesang kepada Temenggung Johor yang disokong oleh British pada 1877. Pada tahun 1879, waris-waris Raja Temenggung Muar bersetuju untuk menyerahkan kuasa pemerintahan di Muar kepada Maharaja Abu Bakar (kemudian Sultan) dengan syarat mereka diberi pencen selama-lamanya. Keturunan Temenggung Muar masih menerima pencen sehingga hari ini. Adalah difahamkan dari sumber2 yang boleh dipercayai dari waris keturunan Temenggung Muar yang asal, kerajaan Johor sejak pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Johor sejak 26 April 1984 - 25 April 1989 tidak lagi memberi pencen kepada mereka.

Namun sumber yang dikatakan boleh dipercayai pada ayat di atas itu tidaklah mengetahui perkara sebenar kerana memang waris Temenggung Muar terakhir yang tinggal di Labis Johor masih menerima wang pencen sehingga ke hari ini iaitu tahun 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]