Raja Tun Mohar Raja Badiozaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Mulia

Raja Tun Haji Mohar bin Raja Haji Badiuzzaman

SSM, PMN, PSM; SPCM (Prk); SSSA (Sel); JMN
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
Dalam jawatan
1971–1972
Didahului olehMohd. Shariff Abdul Samad
Digantikan olehTun Abdullah Ayub
Butiran peribadi
LahirRaja Mohar bin Raja Badiuzzaman
(1922-03-23)23 Mac 1922
Kuala Kangsar, Perak
Meninggal dunia8 Jun 2003(2003-06-08) (umur 81)
Hospital Pantai Kuala Lumpur, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, 68000 Ampang, Kuala Lumpur
KerakyatanMalaysia
PasanganToh Puan Hajjah Norella binti Haji Talib YAM Raja Haji Ngah Muhammad Mansur (Atuk)
DYMM Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah (Moyang)
Anak-anak4 orang
Ibu bapaYM Raja Badiuzzaman Ibni Raja Ngah Muhammad Mansur (bapa)
Cik Zaiton binti Zainal (ibu)

Almarhum Raja Tun Haji Mohar bin Raja Haji Badiuzzaman[1] dilahirkan pada 23 Mac 1922 di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Beliau kemudiannya mendapat pendidikan di sekolah Clifford di sana sebelum melanjutkan penggajiannya di Kolej Raffles di Singapura. Kemudian dia mendapat ijazah (Bachelor of Arts) dengan kepujian dalam Ekonomi di Universiti Cambridge dan Diploma dalam Sains Pertanian di Oxford. Raja Tun Mohar kemudiannya menyertai Khidmat pentadbiran Melayu 1938. Semenjak itu, selama 33 tahun dia menjawat pelbagai kedudukan dalam khidmat awam sehingga perlantikan sebagai Setiausaha Am (Secretary General) Kementerian Kewangan. Pada tahun 1972, dia dilantik sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri. Raja Tun Mohar merupakan satu-satunya orang yang pernah berkhidmat dalam jawatan ini kepada tiga oerang Perdana Menteri, semenjak Tun Razak hingga Tun Hussein hingga Tun Mahathir. Dalam tempoh ini dia turut merupakan Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysian Airlines), Pengerusi Korporasi Kemajuan Perlancongan Malaysia, Pengerusi Bank Islam Malaysia, Pengerusi Yayasan Tun Razak, dan sehingga meninggal, beliau merupakan, antara lain, Pengerusi Perodua.

Pada tahun 1977, Raja Tun Mohar merupakan pengasas Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA - Malaysia-Japan Economic Association). Beliau kekal sebagai presiden sehingga 2002 dan pada bulan May tahun yang sama, telah dilantik sebagai Presiden Sepanjang Hayat (Life President). Beliau memainkan peranan yang penting dalam memajukan hubungan dua-hala dalam perdagangan dan pengilangan antara Malaysia - Jepun yang mewujudkan kehadiran syarikat Jepun di sini.

Selepas kematian beliau, Anugerah Peningkatan Hidup Raja Mohar (RAMLEA - Raja Mohar Life Enrichment Awards) ditubuhkan bagi memperingati sumbangan beliau.


Penyandang Terdahulu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
19711972
Penyandang Kemudian
Y. Bhg. Tan Sri Mohd. Shariff Abdul Samad Y. Bhg. Tan Sri Abdullah Ayub

Rujukan[sunting | sunting sumber]