Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
| Yang Amat Mulia Tun Raja Uda Al-Haj bin Raja Muhammad |
|
|
|
|
|---|---|
| Tempoh berjawat 31 Ogos 1957 – 30 Ogos 1967 |
|
| Didahului oleh | Pejabat didirikan |
|
|
|
| Tarikh lahir | 1894 |
| Tempat lahir | Tembok, Kuala Langat, Selangor |
| Meninggal | 17 Oktober 1976 |
| Pasangan | Raja Maslamah Raja Busu Tengku Badariah Tengku Puan Nor Saadah |
| Tempat tinggal | Seri Mutiara |
| Agama | Islam |
Raja Tun Sir Uda Al-Haj bin Raja Muhammad (1894 - 17 Oktober 1976) ialah Gabenor Pulau Pinang yang pertama yang berkhidmat antara 31 Ogos 1957 sehingga 30 Ogos 1967. Beliau menjadi Menteri Besar Selangor dari 1 Julai 1949 hingga 1953.
Isi kandungan |
Keluarga [sunting]
Raja Uda adalah berketurunan Daeng Chelak. Raja Uda adalah kerabat diraja Selangor , sepupu jauh Sultan Hisamuddin Alam Shah dan keturunan langsung Sultan Selangor yang pertama . Beliau berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Hisamuddin, Tengku Badariah binti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.(3 Sep 1896 - 11 Feb 1937).
Isteri keduanya ialah Raja Maslamah Binti Raja Busu. Isteri ketiganya Tengku Puan Nor Saadah Binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. [1] Salah seorang cucunya adalah blogger politik Malaysia Raja Petra Kamaruddin. yang mengendalikan MalaysiaToday.
Kerjaya [sunting]
Dilahirkan di Kuala Langat, Selangor, Raja Tun Uda belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar . Walaupun azamnya untuk berjaya, beliau tidak dapat mencapai kejayaannya dengan pantas kerana Tanah Melayu ketika itu masih diperintah oleh pihak British, dengan semua jawatan kanan dalam kerajaan dan perkhidmatan awam diperuntukkan kepada para ekspatriat British. Walaupun demikian, beliau akhirnya mencipta sejarah apabila beliau menjadi orang Melayu yang pertama untuk memegang jawatan Setiausaha kepada Residen British Selangor dan kemudiannya Setiausaha Negeri Selangor yang pertama.
Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra.
Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di United Kingdom.Beliau telah terlibat dalam rundingan dengan British untuk menubuhkan Sistem Ahli pada tahun 1950-an.
Menteri Besar Selangor [sunting]
Raja Tun Uda ialah ahli Majlis Negeri Selangor dan Majlis Persekutuan sehingga serangan Jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1946, beliau menjadi pegawai Kelas 1 B dalam Perkhidmatan Awam Malaya dan berkhidmat dalam berbagai-bagai lembaga dan jawatankuasa.
Beliau menjadi Menteri Besar Selangor sebanyak dua kali iaitu dari dari 1 Julai 1949 hingga 1953 , dan sekali lagi dari 1954 hingga 1955.
Apabila menang dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 (yang pertama ) ,Raja Uda telah dilantik sebagai Speaker Majlis Perundangan Persekutuan .
Gabenor Pulau Pinang [sunting]
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Raja Tun Uda dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama dan telah berkhidmat selama 10 tahun. (31 Ogos 1957- 30 Ogos 1967). Kemudian beliau diganti oleh Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin.
Selepas persaraannya, Raja Tun Uda menyertai sektor perdagangan sebagai Pengarah Oversea- Chinese Banking Corp. Ltd (OCBC) dan kemudiannya Pengarah Great Eastern Life Asuurance Co. Ltd. serta banyak syarikat yang lain.
Raja Tun Uda adalah seorang peminat tenis dan emas, selain daripada suka berkebun.
Mengenang jasa [sunting]
Beberapa tempat telah dinamakan sempena nama beliau. Antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda di Bayan Lepas, Pulau Pinang; Taman Raja Uda di Semenyih: Jalan Raja Uda di Butterworth, Pulau Pinang :nama pengkalan feri Perkhidmatan Feri Pulau Pinang (bahagian Terminal Feri Raja Tun Uda (Pulau)) : Stesen komuter Raja Uda di Klang ; Masjid Jamek Raja Tun Uda di Seksyen 16 Shah Alam.
Garis masa [sunting]
- 1894: Dilahirkan di Kuala Langat, Selangor
- 1910 (umur 16 tahun): Menyertai perkhidmatan awam
- 1914 (umur 20 tahun): Diterima masuk ke dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Melayu (M.A.S.)
- 1924 (umur 30 tahun): Dinaikkan pangkat ke Kelas V, Perkhidmatan Awam Malaya (M.C.S.)
- 1939 (umur 45 tahun): Dilantik sebagai Setiaushaha kepada Residen British, Selangor
- 1947 (umur 53 tahun): Dianugerahkan dengan pingat C.B.E.
- Februari 1948 (umur 54 tahun): Dinaikkan pangkat ke Kelas 1A dalam Perkhidmatan Awam Malaya (M.C.S.)
- 1 Februari 1948: Dilantik sebagai Setiausaha Negeri Selangor pada perisytiharan Persetujuan Persekutuan Malaya
- 1 Julai 1949 (umur 55 tahun): Menjadi Menteri Besar Selangor
- 1951 (umur 57 tahun): Dianugerahkan dengan pingat C.M.G.
- 1953 (umur 59 tahun):
- Dianugerahkan dengan Honorary Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (K.B.E.).
- Julai: Dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi untuk Malaya di United Kingdom
- November 1954 (umur 60 tahun): Dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
- 24 Ogos 1955 (umur 61 tahun): Dilantik sebagai Speaker Majlis Persekutuan
- 31 Ogos 1957 - 30 Ogos 1967 (umur 63-73 tahun): Dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama. Sebagai Gabenor, beliau juga merupakan salah seorang ahli Persidangan Raja-raja.
- 30 Ogos 1967 (umur 73 tahun): Dianugerahkan dengan pingat Darjah Utama Pangkuan Negeri, pingkat negeri yang tertinggi.
- 17 Oktober 1976 (umur 82 tahun): Meninggal dunia selepas suatu tempoh tidak sihat dan dianugerahkan dengan pingat Darjah Kebesaran Kerabat Diraja anumerta oleh Sultan Selangor kerana perkhidmatannya kepada negeri dan negara.
Buku [sunting]
- 'Raja Uda Raja Muhammad' oleh (editor) Lambert M Surhone, Mariam T Tennoe, Susan F Henssonow