Sultan Umar bin Raja Sakti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Raja Umar bin Raja Sakti)

Sultan Umar bin Raja Sakti adalah seorang daripada 4 orang putera Raja Sakti I yang memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.

Baginda dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya Raja Bahar pada 1675[1]. Pada tahun itulah baginda mulaï dikenal sebagai Sultan Umar.[2] Sebelum itu, baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, Raja Sakti I.[3]

Kerajaan Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda memerintah seluruh Negeri Kelantan.Semasa pemerintahan baginda, banyak kemajuan telah dicapai. Antara kemajuan yang telah dibuat oleh baginda termasuklah membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal, yang terletak di kawasan Bachok.Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan jajahan takluk Kelantan. Baginda juga telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti Kerajaan Pattani, China,Jawa dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Baginda mempunyaï lima orang anak iaitu:-

  1. Raja Kecil Sulung
  2. Raja Hudang (Raja Ngah)
  3. Raja Nah
  4. Raja Sakti II
  5. Raja Pah.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat pada 1721 dan digantikan oleh menantu baginda Tuan Besar Long Bahar dari Patani atas kehendak putera sulung baginda, Raja Kecil Sulung. Baginda dimakamkan di Kedai Lalat, Kota Bharu.[4]


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan dan Pattani
1670 – 1675
Penyandang Kemudian
Raja Sakti I Long Besar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Kelantan Sepintas Lalu (Bahagaian II)". Sejarah Kelantan. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. 2007. Dicapai pada 3 Jun 2011.
  2. ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kotan Bharu: Pustaka Aman Press.
  3. ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: Jalar Mihat. ISBN 983-2098-89-0
  4. ^ "Makam (Tomb of) Raja Udang". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai pada 25 Mei 2011.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]