Rajiv Gandhi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajiv Gandhi
Perdana Menteri India ke-9
Dalam jawatan
31 October 1984 – 2 December 1989
PresidenGiani Zail Singh
Ramaswamy Venkataraman
Didahului olehIndira Gandhi
Digantikan olehV. P. Singh
Butiran peribadi
Lahir(1944-08-20)20 Ogos 1944
Bombay, Bombay Presidency, British India
Meninggal dunia21 Mei 1991(1991-05-21) (umur 46)
Sriperumbudur, Tamil Nadu, India
KerakyatanIndian
PasanganSonia Gandhi
Anak-anakPriyanka Gandhi Vadra, Rahul Gandhi
ProfesionPolitician, Airline pilot
Tandatangan

Rajiv Ratna Gandhi (lahir di Mumbai, India, 20 Ogos 1944 – mati di Sriperumbudur, 21 Mei 1991 pada umur 46 tahun) adalah anak sulung Indira Gnadhi dan Feroze Gandhi. Rajiv adalah Perdana Menteri India yang keenam dan ketiga dari seluruh keluarganya, mulai dari ibunya yang meninggal pada 31 Oktober 1984 hingga ia menggantikan pada 2 Desember 1989 melalui pilihan raya. Ia menjadi Perdana Menteri India ketika berusia 40 tahun, dan termuda menduduki jabatan perdana menteri.

Rajiv Gandhi ialah anak lelaki Indira Gandhi, dan Rajiv Gandhi menikah dengan Sonia Gandhi. dia dibunuh oleh pejuang pemberontak Tamil dari Sri Lanka, Thenmuli Rajaratnam yang ketika itu mengalungkan bunga ke lehernya yang ternyata berisi bom.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Rajiv Gandhi aktif dalam Amateur Radio Operator. Kod radio beliau ialah VU2RG.

Kerjaya Rajiv Gandhi ialah juruterbang profesional bagi Sistem Penerbangan India sebelum memasuki politik. Semasa belajar di Universiti Cambridge, dia bertemu jodoh dengan gadis kelahiran Itali Sonia Maino.Ibunya menjadi Perdana Menteri India dan adiknya Sanjay Gandhi mati pada 1980 menyebabkan Rajiv menceburi politik. Selepas pembunuhan ibunya pada 1984 selepas Operasi Bintang Biru Kongres Nasional India mencadangkan beliau menjadi Perdana Menteri yang baru.

Rajiv Gandhi mengetuai Parti Kongres memengangi pilihan raya 1984.Parti Kongres memenangi 411 buah daripada 542 kerusi parlimen. Dia mula merombak Lesen Raj - suatu kuota kerajaan, cukai-cukai dan peraturan-peraturan permit aktiviti ekonomi - memodenkan industri telekomunikasi, sistem pendidikan, perkembangan sains dan inisiatif teknologi dan dasar berbaik-baik dengan Amerika Syarikat.

Pada 1988, Rajiv menggagalkan rampasan kuasa di Maldives yang dirancang oleh Tamil militan iaitu PLOTE. Dia juga bertanggungjawab menghantar tentera India ke Sri Langka pada 1987 (Pasukan Pengaman India Atau IPKF) bagi membendung pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam .Skandal Bofors merosakkan imej bersih rasuah yang dimilikinya dan menjejaskan peluangnya dalam pilihan raya 1989.

Rajiv Gandhi kekal menjadi Presiden Kongres sehingga pilihan raya India 1991. Semasa berkempen, dia telah dibunuh oleh Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE atau Tamil Tiger) .. Balunya Sonia Gandhi menjadi pemimpin parti Congress pada 1998, , mengetuai parti Kongres yang menang pilihan raya India 2004. Anak lelakinya Rahul Gandhi dilantik sebagai ahli parlimen dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Kongres Seluruh India.

Rajiv Gandhi dikurniakan Highest National Award India, Bharat Ratna. Beliau di antara 40 tokoh penerima termasuk Indira Gandhi.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Rajiv Gandhi dilahirkan dalm keluarga politik terkenal. Datuknya adalah pemimpin kemerdekaan India, Jawaharlal Nehru, yang kemudian menjadi Perdana Menteri India pertama selepas merdeka 1949.

Rajiv tiada kaitan dengan Mahatma Gandhi, walaupun mereka berkongsi nama keluarga . Bapanya Feroze, adalah ahli tarawal Parti Kongres India. Ibunya Kamala Nehru pernah berkerja dengan parti itu di Allahabad. Mereka bertambah rapat ketika berada di England dan perkahwinan mereka pada Mac 1942 awalnya dibantah oleh Jawaharlal Nehru kerana agamanya (Zoroastrian) .

Rajiv dilahirkan pada 1944, semasa ibu bapanya keluar masuk penjara British. Pada Ogos 1947, Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri India yang merdeka.Dia dan keluarga menetap di Allahabad kemudian pindah ke Lucknow.Feroze menjadi editor akhbar The National Herald yang ditubuhkan oleh Motilal Nehru. Bagaimanapun, perkahwinan mereka bergoncang dan pada 1949, Indira dan dua anak lelaki pindah ke Delhi dan menetap bersama Jawaharlal. Feroze pula terus bekerja di Lucknow.Pada 1952, Indira membantu Feroze berkempen dalam pilihan raya parlimen India menentang Rae Bareli.

Setelah menjadi ahli parlimen, Feroze Gandhi pindah ke Delhi tetapi Indira terus tinggal dengan bapanya. Feroze mencabar Skandar rasuah Haridas Mundhra . Jawaharlal mahu skandal itu diselesaikan secara dalaman tetapi pada 16 Disember 1957, Feroze tetap enggan. Skandal itu disiasat oleh Hakim M C Chagla hingga membawa kepada pemecatan sekutu Nehru seperti menteri kewangan TT Krishnamachari dan ini terus merenggangkan hubungannya dengan Jawaharlal.

Selepas Feroze diserang penyakit jantung pada 1958, keluarga dapat dirapatkan semula ketika mereka bercuti di Kashmir. Feroze mennggal dunia pada 1960.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rajiv Gandhi bersekolah di Welham Boys' School dan kemudian The Doon School. Dia dihantar ke London untuk peringkat A Level. Kemudia belajar di Trinity College, Cambridge jurusan kejuruteraan sehingga 1965 tanpa sebarang ijazah. 1966 belajar pula di Imperial College London juga gagal mendapatkan sebarang ijazah.

Pada Januari 1965, dia bertemu dengan Sonia Maino di restoran Varsity di Cambridge. Sonia belajar bahasa Inggeris di Lennox School of Languages. Mulanya bapa Sonia menentang tetapi pada 1968 mereka berkahwin.

Rajiv Gandhi bekerja dengan Indian Airlines sebagai juruterbang profesional. Manakala ibunya menjadi Perdana Menteri India pada 1967. Pada 1970, isterinya melahirkan anak pertama mereka Rahul Gandhi. Pada 1972 Priyanka Gandhi dilahirkan.Mulanya Gandhi tidak berminat dalam politik sedangkan adiknya Sanjay rapat dalam politik ibu mereka India Gandhi.

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Gandhi berada di Bengal Barat ketika ibunya dibunuh pada 31 Oktober 1984 oleh pengawal-pengawal peribadinya. Pemimpin utama Kongres mendesak seperti Presiden India Zail Singh mendesak Rajiv menerima jawatan Perdana Menteri India.Rusuhan anti-Sikh di seluruh bandar Delhi.Ahli politik Kongres dituduh merancang keganasan anti Sikh. Rajiv Gandhi secara rasmi menjadi Presiden parti Kongres.

Parti Congress memang besar dengan majoriti terbesar dalam sejarah Parlimen India dan memeberi kuasa mutlak kepada Rajiv untuk membentuk kerajaan. Imej bersih daripada rasuah memberi harapan kepada seluruh rakyat india.

Gandhi berbeza daripada ibunya berhubung dasar sosialisme. Dia menjalin hubungan erat dengan Amerika Syarikat. Selama ini dasar sosialisme Indira Gandhi merenggangkan hubungan India-Amerika. Sebelum ini India intim denfan KRSS dan membuat kerjasama ekonomi dan saintifik . Sokongan rakyat meningkat apabila dasar untuk sains dan teknologi dan industri-industri bersekutu, dan kuota import dikurangkan, cukai industri berasaskan teknologi komputer , sistem penerbangan, pertahanan dan telekomunikasi. Rajiv memperkenalkan langkah penurunan Lesen Raj, membenarkan syarikat dan individu membeli modal, barang-barang pengguna dan tanpa sekatan birokratik. Pada 1986, Rajiv memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan untuk memoden sistem pelajaran tinggi merentasi India. Dia mengasaskan Sistem Jawahar Navodaya Vidyalaya pada 1986. Usaha mewujudkan MTNL pada 1986 .

Rajiv memberi kuasa kepada polis untuk mengekang keganasan di Punjabi.Pemerintahan tentera di Punjabi dilaksanakan, kebebasan sivil disekat, perdagangan dan pelancongan terjejas. Banyak pencabulan hak asasi manusia berlaku di Punjabi.

Mulaya kerajaan India memberi bantuan kepada pejuang pemberontak LTTE menentang kerajaan Sri Lanka. Perjanjian Keamanan Indo-Sri Lanka ditandatangani oleh Rajiv Gandhi dengan Presiden Sri Lanka JR.Jayewardene, di Colombo pada 29 Julai 1987. Pada 30 Julai 1987, Rajiv Gandhi telah disinggung oleh kadet laut Sri Lanka berbangsa Singhala bernama Vijayamunige Rohana de Silva. Walaupun Presiden Sri Lanka berasa malu tetapi Junius Richard Jayewardene cuba menepis masalah kecil itu.

Skandal Bofors[sunting | sunting sumber]

Menteri kewangan Rajiv Gandhi, Vishwanath Pratap Singh disyakki terlibat dengan skandal rasuah dan mengejutkan pemimpin Kongres. Vishwanath ditukarkan ke kementerian pertahanan.Skandal Bofors melibatkan puluhan juta dolar .Syarikat dari Sweden, Bofors membabitkan perniagaan keluarga Rajiv dalam Ottavio Quattrocchi.Akibatnya Vishwanath Pratap Singh telah disingkirkan daripada Kongres.

Nama Rajiv Gandhi terpalit apabila siasatan terus dijalankan oleh Narasimhan Ram dan Chitra Subramaniam dari akhbar The Hindu .

Vishwanath Pratap Singh kembali popular dan beliau membentuk gaburan Parti Janata Dal. Pada pilihan raya 1989, Congress ditekan oleh puak komunis dan Bharatiya Parti Janata dan Singh membentuk kerajaan. Gandhi menjadi pemimpin pembangkang dan menjadi presiden Kongres. Rajiv menyebabkan kejatuhan kerajaan V P Singh pada Oktober 1990 dengan mengadakan pakatan dengan Chandra Shekharseorang pemimpin atasan Janata Dal.

Dasar sri Lanka[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Sri LankaRanasinghe Premadasa menentang Perjanjian Keamanan Indo-Sri Lanka .Tetapi kemudian menerimanya selepas ditekanoleh Presiden Sri LankaJunius Richard Jayewardene. Pada Januari 1989 Premadasa terpilih sebagai Presiden dan menjanjikan Pasukan Pengaman Tentera India (IPKF) akan keluar dalam tempoh 3 bulan.Dalam pilihan raya 1989 Parti Kebebasan Sri Lanka dan Parti Kebangsaan Bersatu mahu IPKF berundur dan 95 % undi menyokong.

Tindakan polis India tidak popular dan tidak disokong terutama di Tamil Nadu yang menentang perjuang pemisah Tamil LTTE.

Gandhi mencadangkan rundingan dengan IPKF dapat menamatkan perang saudara di Sri Lanka.Premadasa dan pejuang LTTE hendaklah menerima sepenuhnya perjanjian itu,Pada Dicember 1989, Singh terpilih sebagai Perdana Menteri India.Operasi IPKF teah membunuh lebih 1,100 tentera India dan dan melibatkan wang 2000 kror.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pembunuhan Rajiv Gandhi Perdana Menteri India ke-7 berlaku di Sriperumbudur diTamil Nadu, India pada 21 Mei 1991. 14 yang lain turut terbunuh akibat serangan bunuh diri itu.

Pembunuh itu ialah Thenmozhi Rajaratnam wanita , ahli Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).Pemimpin LTTE segera menafikan mereka bertanggungjawab. Tetapi rakaman kamera wartawan yang turut terbunuh jelas membabitkan Thenmozhi Rajaratnam yang mencuit kaki Rajiv , mengalung bunga malai dan memetik suis pada badannya. Nama lainnya ialah Tanu dan Gayatri. Thenmozhi Rajaratnam membawa bahan letupan RDX ditubuhnya.

Memorial Rajiv Gandhi telah dibina di Sriperumbudur, Chennai,India.

Rujukan[sunting | sunting sumber]