Rama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan menggambarkan Rama dengan busur

Rama atau Ram (राम) ialah avatar ketujuh Tuhan Vishnu dalam Hinduisme,[1] dan raja Ayodhya dalam Kitab Suci Hindu. Bersama-sama dengan Krishna, avatar kelapan Vishnu, Rama dianggap avatar Vishnu yang paling penting. Rama juga satu daripada tuhan yang paling popular dalam agama Hindu dan disembah secara meluas di India dan Nepal. Dalam kalangan pengikut taifah Rama, tuhan ini dianggap Dewa yang Paling Agung dan tidak sekadar avatar Vishnu. Rama dilahirkan di Suryavansha (Ikshvaku Vansham) kemudian dikenali sebagai Raghuvansha sempenan nama raja Raghu. Apabila digambarkan bersama-sama saudaranya, Lakshman dan isterinya Sita, dengan Hanuman melutut sambil sembahyang, kedudukan ini digelar Ram Parivar, dan merupakan kedudukan tipikal buat Rama di dalam kuil-kuil Hindu.[2] Perkataan Hindi "parivar" boleh diterjemahkan sebagai "keluarga." [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Ciptakan templat Tunas-Hinduisme
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.