Ramlah Ram
| Ramlah Ram | |
Ramlah Ram |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Ramlah Ram |
| Lahir | 19 Februari 1965 (umur 46) |
| Asal | |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 1980-an - kini |
| Label | Nawab Productions (NP)(1986) |
Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari di Kesang, Muar Johor adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.
Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak'pada tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.
Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008)
Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu. Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji'
Selepas mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000, Ramlah Ram banyak menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006 memuncak namanya kembali. Kini dengan persiapan beliau untuk muncul dengan album terbaru dimulakan dengan kejayaan di Hits Satu anjuran RTM pada 23 Mac 2008. Lagu 'Ketentuan' telah diangkat sebagai lagu terbaik dan ia merupakan permulaan kejayaan buat Diva Vokal ini.
Album terbaru Ramlah Ram akan berada di pasaran sekitar March 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dibuat bersama ahli kelab peminatnya RRG dengan pihak FMC. Album kali ini masih mengekalkan konsep Pop agak lebih segar dan mengikut trend masa kini menampilkan Diva Ramlah Ram bekerjasama dengan pencipta-pencipta Muzik Baru (Underground)yang berbakat dengan susunan muzik dibuat oleh barisan kumpulan Indie yang popular.Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah 'Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang', 'Aku ingin Kamu', 'Jangan berdusta', 'Bukan untukku', 'Ingin Bersama', 'Tak Melupakanmu' dan lain-lain lagi.
Isi kandungan |
[sunting] Pencapaian
- Juara Bintang RTM 1985.
- Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu).
- Juara Persembahan Terbaik [Anugerah Juara Lagu 1988] – Lagu ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu]
- Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988
- Anugerah Artis Melayu Pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album ‘Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’ yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit oleh Malaysia Book of Records
- Anugerah Album Melayu Pertama ’Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’mencapai hasil jualan tertinggi sepertimana tercatit dalam ‘Book of Record Malaysia’
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1988 untuk Album ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ kerana jualan melebihi 10,000 unit di Singapura sahaja.
- Tempat Ketiga Kategori Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu 1989 menerusi lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, ciptaan Dato' Ahmad Nawab dan lirik oleh Juwie
- Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989
- Pencapaian ‘Double Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Cintaku Hanyut Dilautan Sepi’ kerana jualan melebihi 100,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 280,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Duri Dalam Cinta ‘ kerana jualan melebihi 50,000 unit. Album tersebut mencatat sejarah jualan di hari pertama sebanyak 60,000 unit & kini melebihi 100,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1991 untuk Album ‘Kau Penawar Segala Dukaku’ kerana jualan melebihi 50,000 unit dan kini album tersebut melebihi 100,000 unit
- Pencapaian ‘Gold Disc’ pada tahun 1992 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 25,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1993 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 50,000 unit
- Finalist 'Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)' Anugerah Industri Muzik 1993 menerusi album 'Di Ambang Pintu Kasih'
- Finalist lagu 'Di Ambang Pintu Kasih' melalui pertandingan akhir pujaan 10 Nescafe anjuran RTM (1993)
- Finalist 'Album Pop Tradisional Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1994 menerusi album 'Dangdut'
- Finalist Juara Lagu 1994 kategori Irama Malaysia menerusi lagu ‘Selamat Jalan Romeo’
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album Dangdut kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 120,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album 'Pasti Hitz' kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
- Finalist Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album ‘Ramlah Ram’
- Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1996 semasa mewakili Malaysia ke Pesta Lagu Asean (ASEAN Song Festival)
- Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1997 menerusi album 'Cinta Di Musim Dangdut'
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1998 untuk album ‘Dunia Dangdut Super Duet’ kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
- Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1998 menerusi album 'Sekeping Cinta Sehampar Janji’
- Finalist Anugerah Juara Lagu 1998 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Zapin Yang Tinggal’ ciptaan Herman Tino
- Finalist Anugerah Juara Lagu 22 (2007) kategori Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik Hairul Anuar Harun
- Lagu Terbaik, Anugerah Hits Satu anjuran RTM menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
- Finalist Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik oleh Hairul Anuar Harun
- Finalist Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
- Anugerah Khas anjuran Media Hiburan 2010
[sunting] Album
- Sabarlah Sayang (1986)
- Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (1988)
- Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (1989)
- Duri Dalam Cinta (1990)
- Lagu Hits Ahmad Nawab Nyanyian Ramlah Ram Vol 1 (1990)
- Kau Penawar Segala Dukaku (1991)
- Di Ambang Pintu Kasih (1992)
- Nadi Cinta (1993)
- Dangdut (1994)
- Ramlah Ram (1995)
- Cinta Di Musim Dangdut (1997)
- Sekeping Cinta Sehampar Janji (1998)
- Koleksi Terbaik Ramlah Ram (1999)
- Ketentuan (2009)
Single / Duet -
- 'Susah Senang Kita Bersama' (duet bersama Nassier Wahab) dari album Nassier 'Sekali Aku Jatuh Cinta' November 1988
- 'Kami Bersamamu' (nyanyian artis BMG (Ajin Blackrose, Ziana Zain, Zur Eda dan Sheqal) untuk projek khas album untuk Zaiton Sameon (1992)
- 'Aniaya' single solo dari album 'Pasti Hits' terbitan Sony Music / BMG Music (sekarang Sony BMG Malaysia) (1995)
- 'Rahmat Di Sebalik Duka' ciptaan Saari Amri single solo dari album 'Koleksi Terbaik Saari Amri Vol 1' (1996)
- 'Mendam Berahi' duet bersama Jamal Abdillah untuk lagu tema filem 'Mendam Berahi' terbitan Metrowealth Production (2000)
- 'Maharaja' single dari album Pop Asli terbitan FMC (2006)
- 'Ketentuan' dan 'Dirgahayu' single untuk siaran stesen radio seluruh Malaysia. Single 'Ketentuan' menjuarai hampir kesemua stesen radio bandar dan luar bandar seluruh Malaysia manakala 'Dirgahayu' mara ke peringkat akhir Juara Lagu 22 yang berlangsung pada 26 Januari 2008. Kedua-kedua single ini juga telah dimuatkan dalam album 'Ketentuan' (2009).
- 'Bila Aidilfitri Kembali' single Raya terbaru duet bersama Jay Jay terbitan FMC (2009)
- 'Cinta Gila' merupakan single untuk siaran stesen radio seluruh Malaysia pada tahun 2010. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum pada 'Konsert Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram Dalam Bidang Seni' yang diadakan Impiana Hotel KLCC. Lagu ini mendapat perhatian ramai kerana ia menampilkan satu kelainan pada konsep lagu yang pernah dinyanyikan oleh Ramlah Ram iaitu 'Pop Rock'. Pertama kali Ramlah Ram tampilkan dengan lagu berkonsepkan Pop Rock adalah melalui lagu 'Rindu Kasih' dari album 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989).
- 'Benar Mencintai' adalah single kedua Ramlah Ram yang diterbitkan oleh Ramlah Ram Group (RRG - Kelab Peminat Rasmi Ramlah Ram) dan FMC pada tahun 2011. Melalui lagu ini, Ramlah Ram bergabung suara dengan bakat muda yang sedang meningkat naik iaitu Faris dari kumpulan indie Awandband. Lagu ini kali pertama diperdengarkan kepada umum ketika majlis ulangtahun Ramlah Ram yang dianjurkan oleh RRG pada Februari 2011 dan kini mula meniti tempat di carta-carta radio seluruh Malaysia.
- Dijangkakan dalam masa terdekat, Ramlah Ram akan muncul dengan satu lagi single terbaru berjudul 'Sesaat Kau Datang' bergandingan bersama kumpulan rap popular Singapura iaitu SleeQ. Lagu ini dijangka akan menarik perhatian ramai peminat seni muzik tanahair kerana ianya membabitkan kolaborasi antara Adi 6ixth Sense, Faris Awanband dan pencipta lagu 'Cinta Gila' ZieMie.
- Sekiranya tiada aral, lagu-lagu seperti 'Sejadah Cinta' dan 'Seandainya' akan menjadi antara warkah terbaru Ramlah Ram yang bakal diterbitkan oleh RRG & FMC pada tahun 2012. Lagu-lagu ini dijangka akan kembali 'meledakkan' nama Ramlah Ram sebagai sebagai pelantun lagu-lagu balada yang indah dan hebat.
[sunting] Filem
- Buli Balik
- VCD Laukku Cukup Masin
[sunting] Rujukan
|
|||||