Ramlee Awang Murshid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang penulis novel dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. Ramlee Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Isi kandungan

[sunting] Latar belakang pendidikan

[sunting] Anugerah

  • Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)

[sunting] Penulisan

  1. Rayyan fantasi : Grup Buku Karangkraf, 2011.
  2. 9 nyawa : Alaf 21, 2010.
  3. Cinta Sufi: Alaf 21; 2010.
  4. Mikhail : Alaf 21, 2009.
  5. Ungu Karmila : Alaf Dua Puluh Satu, 2008.
  6. Hijab sang pencinta : Alaf 21, 2008.
  7. Cinta Sang Ratu : sebuah ceritera epik thriller : Alaf 21, 2007.
  8. Hatiku di harajuku : Alaf 21 , 2006.
  9. Rahsia Perindu  : Alaf 21, 2005.
  10. Bagaikan Puteri : Alaf 21, 2005.
  11. Adam : Alaf 21, 2004.
  12. Tombiruo terakhir : Alaf 21, 2004.
  13. Tombiruo : Alaf 21 ; 2004.
  14. Satu janji : Alaf 21, 2003.
  15. Anugerah pertama : Creative Enterprise, 2000.
  16. Ranggau ; editor Mohd Ali Haji Mohd Noor: Alaf 21 , 2000.
  17. Semangat hutan : Creative Enterprise, 2000.
  18. Mandatori : sebuah novel thriller : Alaf 21, 2000.
  19. Igauan maut ; DBP, 1995.
  20. Pei Pan , Utusan
  21. Semangat Hutan - Alaf 21
  22. Bagaikan Puteri - Alaf 21
  23. Rahsia Perindu - Alaf 21
  24. Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
  25. Ungu Karmila - Alaf 21
  26. Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
  27. Cinta Sufi - Alaf21
  28. Rayyan Fantasi - Alaf21
  29. Sutera Bidadari - Grup Buku Karangkraf (sebelum ini dikenali sebagai Alaf21)

[sunting] Pautan luar

  • kelab rasmi[1]
  • google group[2]
  • friendster group[3]
Alatan peribadi
Ruang nama
Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan