Ramon Navaratnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Dr Ramon Navaratnam ialah ahli ekonomi terkemuka Malaysia yang juga mantan Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan. Beliau kini merupakan:

Terdapat sebuah legenda di Bandar Sunway yang dikatakan berkata: "Matahari Bersinar di Bandar Sunway hanya kerana Akal Ramon Bersinar".

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kuala Lumpur kepada K.R. Navaratnam dan Ruth Lee, Ramon berketurunan Tamil Sri Lanka. Beliau berkata bahawa empatinya terhadap orang yang kurang bernasib tercetus pada 1945 apabila beliau mula bertugas sebagai budak pejabat untuk Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Jepun di Ipoh ketika hanya berumur 8 tahun.

"Aku membuat kerja suruhan, membersihkan meja, menyapu lantai, dan menghantar surat kepada jabatan kerajaan lain. Kerana hanya berumur lapan tahun dan diperlukan mencari rezeki, kamu pasti akan mengembangkan kepekaan terhadap penderitaan, kebuluran, dan juga kepada mereka yang hidup dengan susah payah. Kamu akan mengembangkan belas kasihan terhadap orang yang miskin dan terpinggir," katanya dalam sebuah wawancara.

Ramon tamat pendidikan sekolah menengahnya di Victoria Institution, Kuala Lumpur lalu bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan biasiswa separa supaya dapat menyertai kursus ekonomi di University of Malaya, Singapura pada 1959. Selepas memperoleh ijazahnya, beliau menyertai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat sebagai Penolong Setiausaha.

Pada 1969, Ramon memperoleh biasiswa penuh ke Harvard University untuk menyertai kursus ijazah Sarjana Pentadbiran Awam, ketika masih digaji oleh Bahagian Ekonomi Perbendaharaan. Sepulangnya ke Malaysia, beliau menyertai semula Jabatan Perbendaharaan dan tidak lama kemudian, menjadi Timbalan Ketuanya.

Pada tahun 1971 dan 1972, Ramon dipilih untuk mewakili Malaysia sebagai pengarah eksekutif ganti di Bank Dunia yang terletak di Washington, D.C. Jawatan itu memerlukan beliau membuat perjalanan ke negara-negara di Asia Tenggara untuk membantu memberikan taklimat kepada para pegawai pemerintahan tentang pembangunan dasar Bank Dunia serta juga kemajuan terhadap permohonan pinjaman mereka.

Ramon naik pangkat dari bawah sehingga menjadi Penolong Setiausaha Agung Kementerian Kewangan pada tahun 1979, dan kemudiannya menjadi Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan, jawatan perkhidmatan awamnya yang terakhir, pada tahun 1986. Pada tahun 1989, Ramon bersara daripada perkhidmatan awam.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Ramon telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Kerjayanya selama 30 tahun dalam sektor awam dan 15 tahun dalam perbankan dan perniagaan membolehkannya memberikan kedua-dua sudut pandangan yang luas serta juga pandangan orang dalam terhadap amalan pengurusan bagi sektor-sektor tersebut.

Kerja Ramon dalam kerajaan telah menyebabkan beliau terlibat dalam pembangunan awal kerjasama Commonwealth Consultative Group for Technology Management (CCGTM: Kumpulan Perundingan Komanwel untuk Pengurusan Teknologi) di Malaysia. Salah satu pencapaian kerjasama tersebut ialah pengasasan Malaysian Industry – Government Group for High Technology (MIGHT: Kumpulan Industri Malaysia - Kerajaan untuk Teknologi Tinggi), berdasarkan "proses tinjauan", dengan Ramon masih merupakan pengarahnya.

Ramon juga memainkan peranan yang bernilai dan dihargai kerana menyumbangkan banyak langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik. Beliau juga membuat sumbangan yang penting dalam pemulihan ekonomi Malaysia daripada krisis kewangan pada 1997.

Pada 12 November 2008, Ramon memberi ucapan dalam The OXCEL Business Conference: Success During Crisis (Persidangan Perniagaan OXCEL: Kejayaan Semasa Dalam Krisis) tentang pandangannya terhadap Economic Outlook: What it means for you and me (Pandangan Ekonomi: Apakah ia bererti kepada anda dan saya) di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara. Persidangan itu dianjurkan bersama-sama oleh The Oxford Centre for Leadership (OXCEL: Pusat Oxford untuk Kepimpinan) dan Institut Bank-Bank Malaysia dengan tujuan untuk mengatasi isu politik, ekonomi, dan kewangan yang menimpa ekonomi Malaysia. Selain itu, Ramon juga merupakan penyumbang tetap kepada media.

Karya[sunting | sunting sumber]

Ramon juga penulis kepada sebilangan buku tentang pembangunan ekonomi Malaysia, termasuk:

  • Managing the Malaysian Economy (Mengurus Ekonomi Malaysia)
  • Strengthening the Malaysian Economy (Mengukuhkan Ekonomi Malaysia)
  • Healing the Wounded Tiger: How the Turmoil is Reshaping Malaysia (Mengubati Harimau Cedera: Bagaimana Keadaan Huru-hara Sedang Membentukkan Semula Malaysia)
  • Malaysia's Economic Recovery (Pemulihan Ekonomi Malaysia)
  • Malaysia's Economic Sustainability (Kebolehkekalan Ekonomi Malaysia)
  • Malaysia's Socioeconomic Challenges - Winds of Change (Cabaran Sosioekonomi Malaysia: Pengaruh Perubahan);
  • My Life & Times: A Memoir (Kehidupan & Zamanku: Memoir).

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]