Rampasan kapal terbang Rusia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rampasan kapal terbang Rusia 2010 berlaku pada 30 Julai 2010 di Lapangan Terbang Domodedovo, Rusia. Pesawat domestik itu dalam perjalanan dari bandar Utara Caucasus di Mineralnye Vody ke Moscow ketika dirampas. 105 orang termasuk tujuh krew dan lima kanak-kanak dijadikan tebusan selama 2 jam . Perampas itu menyerahkan mesej rampasan melalui telefon bimbit kepada krew dan memaklumkan ada maklumat penting kepada polis.

Sebagai syarat pembebasan tebusan, perampas menuntut bercakap dengan Perdana Menteri Russia Vladimir Putin. Rampasan itu berjaya ditumpaskan dan lelaki tersebut ditahan.[1] Rampasan itu ditamatkan jam 6.30 pm oleh pasukan gerak khas FSB Russia yang menyamar sebagai doktor untuk merawat penumpang yang sakit.

Pelaku[sunting | sunting sumber]

Perampas itu dikenali sebagai Magomet Bakiyev (40) dari Krasnodarsky Krai atau dari Kazakhstan. Akhbar Interfax melaporkan Magomet Bakiyev adalah ketua syarikat barangan perumahan. Tiada sebarang senjata ditubuhnya.[2]

Wilayah Caucasus tidak stabil selepas pihak keselamatan Moscow menentang pejuang Chechen pada 1990-an.

Rujukan[sunting | sunting sumber]