Ramzi bin al-Shibh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ramzi bin al-Shibh
Fail:Ramzibinalshibh2.jpg
Lahir 01 Mei 1972 (41 tahun)[1]
Ghayl Bawazir, Yaman Utara
Ditahan di tapak rahsia CIA, Guantanamo
ISN 10013
Tuduhan Didakwa di hadaan suruhanjaya tentera pada 2008

Ramzi bin al-Shibh (Bahasa Arab: رمزي بن الشيبة‎, Ramzī bin ash-Shībah; juga dialih huruf sebagai bin al-Shaibah) (lahir 1 Mei 1972)[2] ialah seorang banduan di Teluk Guantanamo yang dituduh menjadi "pemudah kerja utama serangan 11 September 2001."[3]

Pada pertengahan 1990-an, bin al-Shibh berpindah ke Hamburg sebagai mahasiswa, di mana beliau berkawan akrab dengan Mohamed Atta, Ziad Jarrah dan Marwan al-Shehhi. Mereka bersama-sama membentuk sarang Hamburg untuk mendalangi serangan 11 September. Hanya beliau di kalangan mereka berempat yang gagal memperoleh visa AS, oleh itu hanya bertindak selaku pengantara untuk para perampas di AS dengan menyalurkan wang dan maklumat daripada tokoh-tokoh utama al-Qaeda. Selepas serangan itu, bin al-Shibh merupakan orang pertama yang dikenal pasti sebagai "perampas ke-20", iaitu seseorang yang dipercayai sepatutnya mengisi kekosongan dalam pasukan perampas United 93.

Bin al-Shibh ditangkap di Karachi pada 11 September 2002, dan sehingga kini masih menunggu perbicaraan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]