Rancangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Senarai Rancangan Malaysia[sunting | sunting sumber]

  1. Buku Kuning: 1951 – 1955
  2. Rancangan Malaya Pertama: 1956 – 1960
  3. Rancangan Malaya Kedua: 1961 – 1965
  4. Rancangan Malaysia Pertama: 1966 – 1970
  5. Rancangan Malaysia Kedua: 1971 – 1975 (Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990)
  6. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 – 1980
  7. Rancangan Malaysia Keempat: 1981 – 1985
  8. Rancangan Malaysia Kelima: 1986 – 1990
  9. Rancangan Malaysia Keenam: 1991 – 1995
  10. Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 – 2000
  11. Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 – 2005
  12. Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 – 2010
  13. Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 – 2015
  14. Rancangan Malaysia Kesebelas: 2016 – 2020
  15. Rancangan Malaysia Kedua Belas: 2021 – 2025
  16. Borneo Maju Sejahtera 2030: 2025 – 2030 (merupakan pelan baharu pembangunan menyeluruh Sabah dan Sarawak untuk tempoh 2025 hingga 2030)
  17. Rancangan Malaysia Ketiga Belas: 2026 – 2030