Rancangan Malaysia Kelima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Kawasan luar bandar[sunting | sunting sumber]

Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangan digalakkan. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluaskan, misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalam negara dan antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]