Rancangan rampasan kuasa Turki 2003

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rancangan rampasan kuasa Turki 2003 ('Operasi Balyoz atau Operasi Sledgehammer') dirancang oleh bekas jeneral tertinggi Tentera Turki, Cetin Dogan selepas Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) mengambil alih kuasa pada November 2002. Ia disokong oleh Laksamana Tentera Laut, Ozden Ornek; bekas Komander Tentera Udara, Jeneral Halil Ibrahim Firtina; Jeneral Aytac Yalman; dan pemimpin kedua tertinggi kakitangan turus am, Jeneral bersara Ergin Saygun. Lebih 30 anggota tentera yang telah bersara dan sedang berkhidmat turut dinamakan sebagai suspek.[1]

Punca rancangan rampasan kuasa[sunting | sunting sumber]

Tentera Turki pimpinan Cetin Dogan bimbang 'Turki mula berada di bawah pengaruh anti-sekular dan unsur fahaman kolot' selepas AKP memerintah. Mereka merancang dan menamakan komplot itu sebagai 'Operasi Sledgehammer'.

Strategi yang dirancang digunakan bercorak ala tentera. Antaranya ialah pengeboman beberapa masjid di Istanbul dan pembunuhan pemimpin, ulama tertentu, wartawan dan pensyarah universiti. Kemudian mencetuskan ketegangan dengan negara jiran Greece melalui Laut Aegean. Seterusnya menggunakan media menghasut masyarakat supaya mempercayai kepentingan satu rampasan kuasa dilakukan. Tentera akan mengambil alih kuasa pentadbiran awam dan institusi-institusi negara. Apabila stabil, kerajaan akan dibentuk dan mengadakan pilihan raya.

Pendakwaan[sunting | sunting sumber]

Namun rancangan ini gagal apabila ramai pemimpinnya ditangkap pada Februari, dan kemudian April 2010.[2]

Pada 21 Julai 2010, akhbar Hurriyet bahasa Turki melaporkan 196 individu pegawai kanan tentera didakwa di mahkamah. Tuduhannya ialah cuba menggulingkan kerajaan Turki yang sah atau menghalangnya daripada melaksanakan tanggungjawab menggunakan paksaan dan keganasan, satu jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara antara 15 hingga 20 bulan.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Turki yang merupakan kedua terbesar di kalangan NATO telah melakukan 3 rampasan kuasa tentera sejak 1960.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]