Rang Jaminan MSC Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) adalah jaminan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat berstatus MSC di Malaysia juga pertumbuhan industri teknologi maklumat.

Sepuluh kandungan Rang Jaminan itu adalah:

  1. Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia
  2. Membenarkan pengambilan pekerja maklumat tanpa had
  3. Memastikan hakmilik bebas kepada syarikat berstatus MSC dengan pengecualian syarat pemilikan tempatan
  4. Memberi kebebasan untuk mencari pembiayaan di luar dan hak untuk meminjam dari luar
  5. Menyediakan cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan dan tarif telekomunikasi yang menarik termasuk tiada cukai selama 10 tahun dan tiada import duti untuk peralatan multimedia
  6. Menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik intelektual dan undang-undang siber
  7. Tiada penapisan Internet
  8. Menyediakan tarif komunikasi yang kompetitif pada peringkat global
  9. Tawaran tender untuk kontrak infrastruktur utama kepada syarikat terkemuka yang sanggup menggunakan MSC Malaysia sebagai hab serantau
  10. Menyediakan satu agensi yang berkesan iaitu Multimedia Development.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]