Rang undang-undang
Suatu rang undang-undang adalah cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan diraja. Selepas rang undang-undang diluluskan barulah ia menjadi Akta; tetapi dalam penggunaan popular kedua-dua istilah ini sering dikelirukan. Rang undang-undang mempunyai penaja dan kalangkala lebih dari satu orang menjadi penaja bersama.
Isi kandungan |
Jenis rang undang-undang [sunting]
Rang undang-undang boleh dibahagikan jenisnya kepada:
- rang undang-undang awam atau umum, yang beraplikasi kepada semua
- rang undang-undang persendirian, yang hanya beraplikasi kepada satu orang atau sekumpulan orang. Sekiranya rang undang-undang bersifat menghukum, ia dipanggil bill of attainder.
- rang undang-undang hibrid, yang menggabungkan elemen-elemen kedua-dua rang undang-undang awam dan persendirian. Notakan yang konsep rang undang-undang hibrid tidak dikenalpasti di luar United Kingdom (dan secara nyata tidak diiktiraf di Kanada).
- rang undang-undang tempatan, yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu, dan lazimnya dicadangkan oleh kerajaan tempatan.
Kadangkala klasifikasi lain digunakan. Sebagai contoh, dalam pelbagai perlembagaan peraturan-peraturan tertentu beraplikasi kepada rang undang-undang kewangan. Lazimya dalam sistem dwidewan, kamar yang lebih lemah tidak mempunyai kuasa yang sama dengan kamar yang satu lagi berkenaan hal ehwal kewangan.
Nombor rang undang-undang [sunting]
Malaysia [sunting]
Di Malaysia, semenjak tahun 1968 dengan pengenalan Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, kesemua Akta dan rang undang-undang diberikan nombor turutan dalam siri undang-undang Malaysia. Misalnya Akta Penyemakan itu sendiri diberikan nombor 1, dan begitulah seterusnya.
Amerika Syarikat [sunting]
Kesemua rang undang-undang yang berasal dari Dewan Perwakilan A.S. bermula dengan H.R. dan kesemua rang undang-undang yang berasal dari Senat bermula dengan S.
Di Amerika Syarikat, rang undang-undang boleh mempunyai nombor yang sama sebab setiap dua tahun, disebabkan setiap dua tahun, pada permulaan tahun nombor ganjil, Kongres Amerika Syarikat bermula semul[1]
Perkenan [sunting]
Dalam kebanyakan sistem perlembagaan, perundangan yang diluluskan dewan perlukan Perkenan Diraja cabang eksekutif untuk menjadi undang-undang (seperti Raja, Presiden atau Gabenor).
Dalam sistem berparlimen, ini lazimnya hanya satu formaliti (kerana eksekutif dikawal perundangan), meskipun dalam kes yang jarang perkenan boleh ditolak atau ditangguhkan.
Dalam sistem berpresiden, kuasa perkenan digunakan sebagai peralatan politik oleh eksekutif; kemudiannya dikenali sebagai veto. Dalam sistem begini, perundangan lazimnya mempunyai kuasa untuk menggulingkan veto itu dengan supermajoriti.
Dalam sistem raja berperlembagaan, sesetengah perihal dilindungi hak diraja dan barangkali perundangan mempunyai kuasa yang kurang untuk memperkenalkan rang undang-undang untuk mengubahnya, misalnya dalam perlembagaan Malaysia, sebarang rang undang-undang yang menyentuh institusi kesultanan mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
Hong Kong [sunting]
New Zealand [sunting]
- (Inggeris) Senarai rang undang-undang terkini
United Kingdom [sunting]
-
- (Inggeris) Membuat rang undang-undang baru
- (Inggeris) Jenis rang undang-undang
- (Inggeris) Prosidur rang undang-undang
- (Inggeris) Bacaan pertama
- (Inggeris) Bacaan kedua
- (Inggeris) Peringkat Jawatankuasa Commons
- (Inggeris) Peringkat Jawatankuasa Lords
- (Inggeris) Peringkat laporan
- (Inggeris) Bacaan ketiga
- (Inggeris) Kelulusan dewan yang satu lagi
- (Inggeris) Perkenan diraja
- (Inggeris) Perundangan bawahan
Amerika Syarikat [sunting]
- (Inggeris) Bagaimana undang-undang dibuat di Dewan Perundangan North Carolina
- (Inggeris) Bagaimana rang undang-undang menjadi Akta
- (Inggeris) Carian rang undang-undang