Rani Lakshmibai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rani Lakshmibai

Lakshmi Bai, Rani dari Jhansi (kira-kira 19 November 1827 – 17 Jun 1858) (Marathi- झाशीची राणी, Hindi- झाँसी की रानी ), dikenali sebagai Jhansi Ki Rani, atau permaisuri Jhansi, adalah salah seorang tokoh utama Pemberontakan India 1857, dan simbol penentangan terhadap pemerintahan British di India. Beliau adalah permaisuri untuk negeri Jhansi yang terletak di bahagian utara India.