Ranma ½

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ranma ½
Ranma ½
らんま½ (Ranma nibun no ichi)
Genre Aksi, Pencak, Harem, Komedi


Manga: Ranma ½
Pengarang Rumiko Takahashi
Penerbit Jepun Shogakukan
TV anime: Ranma ½ (TV)/Ranma ½ Nettōhen
Pengarah Tomomitsu Mochizuki (musim pertama)
Tsutomu Shibayama (musim pertama)
Koji Sawai (musim ke-2 - ke-5)
Junji Nishimura (musim ke-6 - ke-7)
Studio Kitty Films, Studio Deen
Penyiaran Jepun Fuji Television, Animax
OVA: Ranma ½ OVA
Pengarah Junji Nishimura
Studio Fuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions, Pony Canyon
No. episod 11
Dikeluarkan 19931996
Filem: Ranma ½: Big Trouble in Nekonron, China
Pengarah Shuji Inai
Studio Fuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Tarikh dikeluarkan Japan 1991-11-02
United States April 1994 (theatrical), 1998-06-09 (DVD)
Germany 2003-04-20 (DVD)
United Kingdom 2005-07-11 (DVD)
Tempoh filem 81 minit
Filem: Ranma ½: Nihao My Concubine
Pengarah Akira Suzuki
Studio Fuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions, Pony Canyon (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Tarikh dikeluarkan Japan 1992-08-01
United States November 1994 (theatrical), 1998-10-16 (DVD)
United Kingdom 2005-12-05 (DVD)
Tempoh filem 59 minit
Filem: Ranma ½: Team Ranma vs. the Legendary Phoenix
Pengarah Junji Nishimura
Studio Fuji Television, Kitty Films (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Tarikh dikeluarkan Japan 1994-08-20
United States 2003-01-28 (DVD)
Tempoh filem 31 minit
Portal Anime dan Manga

Ranma ½ (らんま½ Ranma nibun-no-ichi?, "Ranma setengah") ialah sebuah siri manga dan anime karya Rumiko Takahashi, yang menceritakan seorang lelaki berusia 16 tahun bernama Ranma Saotome yang berlatih seni mempertahankan diri sejak kecil. Akibat terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan sambil berlatih, dia disumpah menjadi seorang gadis apabila terkena air sejuk, tetapi dia boleh berubah kembali manjadi lelaki apabila mengena air panas.

Di Jepun, manga ini disirikan dalam Shōnen Sunday terbitan Shogakukan dari tahun 1987–1996. Takahashi pernah berkata dalam beberapa temubual bahawa beliau hendak mereka satu cerita yang bakal laris di kalangan kanak-kanak. Pembaca utama Ranma ialah kanak-kanak lelaki dari usia sekolah rendah hingga sekolah menengah rendah.

Ranma ½ amat popular di kalangan peminat anime Barat pada 1990-an dan mempopularkan kebanyakan jenaka visual anime ini. Lambang plot 'Jusenkyo' ("mata air sumpahan") pernah juga ditampilkan dalam permainan peranan yang diubahsuai bertemakan anime sebagai lambang plot tukar jantina segera. Sifat logistik anatomi bagi keadaan disumpah sengaja dilitup oleh Takahashi bagi mengelakkan kerumitan atau pengurangan kesan jenakanya.

Pada bulan November 2006, New York Comic Con mengumumkan bahawa Anugerah Anime Amerika bakal diadakan buat julung kalinya. Peminat anime berpeluang untuk mengundi kegemaran mereka melalui Internet sepanjang bulan Januari 2007. Hanya lima calon yang meraih undian terbanyak diumumkan pada 5 Februari untuk setiap kategori. Antara 12 kategori ini, Ranma ½ dimasukkan dalam kategori "Anime Komedi Terbaik", manakala siri OVA Ranma ½ dimasukkan dalam kategori "Siri Pendek Terbaik".[1]

Rujukan [sunting]

  1. "New York Comic Con AAA Finalists", American Anime Awards, retrieved May 19, 2007. 

Pautan luar [sunting]