RapidKL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
(RapidKL)
Jenis Sendirian berhad
Industri Pengendalian pengangkutan awam
Ditubuhkan Julai 2004
Ibu pejabat Kuala Lumpur,
Malaysia Malaysia
Tempat dibekalkan Lembah Klang, Malaysia
Perancang utama Rein Westra, CEO
Produk Transit aliran ringan, pengangkutan bas awam
Pemilik Kementerian Kewangan, Malaysia
Laman web http://www.rapidkl.com.my

RapidKL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd merupakan syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

RapidKL yang 100% milik kerajaan, merupakan pengendali ketiga-tiga aliran LRT di Kuala Lumpur, serta merupakan pengendali bas pengantara di ibu kota dan kawasan-kawasan berdekatan.

Segala aset perkhidmatan LRT dan bas dimiliki sebuah lagi syarikat milikan kerajaan, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) yang turut ditubuhkan untuk tujuan penstrukturan semula.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Rel[sunting | sunting sumber]

Laluan Kelana Jaya, dahulunya Putra-LRT.

RapidKL mengendali tiga laluan LRT, iaitu:

Keseluruhan rangkaian LRT yang dikendali oleh RapidKL berukuran 56km dan merangkumi 49 stesen. Pada tahun 2005, kedua-dua aliran tersebut menampung lebih 300,000 orang penumpang setiap hari.

Bas[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Perkhidmatan bas RapidKL

RapidKL merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali RapidKL, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006. Bas-bas RapidKL terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara pada tahun 2003 dan dialihkan oeprasinya ke RapidKL tahun berikutnya.

Penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Keperluan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dirombak semula menjadi nyata semenjak laluan LRT memulakan operasi komersialnya apabila bilangan penumpang didapati kurang daripada yang dijangkakan, mengakibatkan hasil jualan yang kurang memuaskan menyebabkan kedua-dua pemilik konsesi LRT , Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star-LRT) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra-LRT), tidak mempu membayar balik pinjaman komersial mereka. Krisis kewangan 1997/98 memburukkan lagi keadaan. Kedua-dua syarikat ini berhutang sebanyak RM5.7bil pada November 2001 apabila Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) anjuran kerajaan menstrukturkan semula hutang kedua-dua syarikat tersebut.

Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur juga dibelenggui masalah kekurangan penumpang akibat kenaikan penggunaan pengangkutan persendirian serta kekurangan pelaburan modal. Dua konsortium bas yang ditubuhakn pada pertengahan 1990-an untuk mengambil alih kesemua perkhidmatan bas di Kuala Lumpur - Intrakota Komposit dan Cityliner - mula menghadapi masalah kewangan. Intrakota dilaporkan mengumpul kerugian berjumlah RM450j kesan krisi kewangan 1997/98 sehingga pengambilalihan oleh SPNB pada 2003.

Akibat hasil yang rendah ini, pengendali bas tersebut tidak mampu menjaga kenderaan sedia ada atau melabur untuk memperoleh bas baru. Kekerapan tejejas dan perkhidmatan merosot akibat kerosakan bas.

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Kelang menjunam sampai 16% daripada keseluruhan perjalanan, menjadikannya antara kadar penggunaan yang terendah di rantau Asia.

Pada tahun 2001, CDRC berjaya menstrukturkan semula hutang bernilai RM5.7bil kedua-dua syarikat LRT melalui penghasilan bon jaminan kerajaan oleh SPNB. SPNB secara rasminya mengambil alih pengendalian LRT daripada Star-LRT dan Putra-LRT pada 1 September 2002.

Pada bulan Oktober 2003, SPNB membayar RM177j mengambil alih Intrakota Komposit dan anak syarikatnya dari DRB-Hicom, dan juga membayar RM14j untuk 364 buah bas milik Cityliner. Syarikat-syarikat asal tersebut dinamakan sebagai pengendali sementara.

Pda bulan November 2004, SPNB memberi hak pengendalian perkhidmatan LRT dan bas kepada RapidKL.

Pada bulan Januari 2006, RapidKL memulakan rombakan semula rangkaian bas Lembah Kelang secara besar-besaran.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Bas-bas baru RapidKL di Stesen Bas Cheras, Kuala Lumpur.
  • Ketua pegawai eksekutif: Suffian Baharuddin
  • Ketua pegawai operasi (rel): Nor Hassan Ismail
  • Ketua pagawai operasi (bas): Mohd Ali Mohd Nor

RapidPenang[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rapid Penang

RapidKL membuka sebuah anak syarikat di Pulau Pinang, dinamakan RapidPenang, juga dengan tujuan memperbaiki mutu pengangkutan awam di pulau tersebut. Perkhidmatan bermula pada 31 Julai 2007

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]