Rashid Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rashid Sidek
Maklumat peribadi
Nama singkatan(s) Adul
Nama penuh Abdul Rashid Mohamed Sidek
Tarikh lahir 8 Julai 1968 (44 tahun)
Tempat lahir Banting, Selangor
Perseorangan lelaki
Negara  Malaysia
BWF ID: 511
Rekod pingat Olimpik
Badminton - lelaki
Gangsa Atlanta 1996 Perseorangan

Abdul Rashid Mohamed Sidek (nama singkatan: Adul) (lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-an. Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu di kalangan lima Adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan. Abang beliau Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992. Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.

Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.

Pencapaian [sunting]

Pautan luar [sunting]