Rasuah di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menurut tinjauan awam 2013 di Malaysia oleh Transparency International, majoriti isi rumah yang ditinjau menanggap bahawa parti-parti politik Malaysia amat korup.[1] Satu suku daripada isi rumah yang ditinjau menganggap bahawa usaha kerajaan untuk menentang rasuah tidak berkesan.

Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2016 menarafkan Malaysia di tangga ke-55 daripada 176 negara.

Para eksekutif niaga yang ditinjau dalam Global Competitiveness Report 2013-2014 oleh World Forum Ekonomi Dunia mendapati bahawa kelakuan luar etika syarikat merupakan kepincangan bagi berniaga di Malaysia.[2] Ada kalanya kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pertalian rapat, malah dasar-dasar menganugerahkan projek infrastruktur besar-besaran kepada syarikat Bumiputera terpilih tanpa tender terbuka masih wujud.[3]

Pada 28 Julai 2020, bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).[4] Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.[5] Hakim Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat itu memutuskan bahawa Najib tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sepanjang perbicaraan kes penyelewengan dana SRC.[6]

Indeks Persepsi Rasuah[sunting | sunting sumber]

Malaysia mencatat markah 52/100 (makin tinggi makin kurang rasuah); ini menjadikan Malaysia negara kedua "paling bersih" di Asia Tenggara, yang ke-9 daripada 28 negara APAC dan yang ke-50 daripada kesemua 175 negara yang dikaji.

Transparency International menyebut cabaran-cabaran utama bagi Malaysia seperti berikut:

  1. Pembiayaan politik dan kempen: Dermaan dari syarikat mahupun individu kepada parti dan calon politik tidak dihadkan di Malaysia. Parti-parti politik juga tidak diwajibkan untuk melaporkan mengenai dana-dana yang dibelanjakan sewaktu kempen pilihan raya. Oleh kerana itulah parti pemerintah Malaysia selama lebih 55 tahun mempunyai dana yang jauh lebih banyak daripada parti-parti lain. Ini secara tidak adilnya menjejaskan kempen di pilihan raya peringkat persekutuan dan negeri serta mampu mengganggu keseluruhan fungsi sistem politik demokrasi.
  2. “Pintu putar”: Individu sering berulang alik antara kerja sektor awam dan swasta di Malaysia. Keadaan sebegini yang diberi jolokan ‘pintu putar’ ini membolehkan kerajaan untuk berigat aktif dalam ekonomi serta hubungan sektor awam dengan swasta menjadi tidak jelas. Risiko rasuah tinggi dan memantau interaksi sektor awam dan swasta kian sukar, juga membolehkan rasuah berlaku bebas dari hukuman. Satu lagi faktor yang menekankan ketidakjelasan antara kepemilikan sektor awam dan korporat swasta ialah bahawa Malaysia juga merupakan contoh yang jarang ada mengenai negara di mana parti-parti politik tidak disekat daripada memiliki perusahaan korporat.
  3. Akses kepada maklumat: Setakat April 2013, tiadanya Akta Kebebasan Maklumat peringkat persekutuan. Namun begitu, hanya negeri Selangor dan Pulau Pinang yang telah meluluksan perundungan kebebasan maklumat, itu pun masih banyak halangan. Jika akta kebebasan maklumat persekutuan didrafkan ia akan bercanggah dengan Akta Rahsia Rasmi, yang mana sebarang dokumen boleh sahaja diklasifikasikan sebagai rahsia dan oleh itu terkecuali daripada akses awam dam bebas dari kajian semula kehakiman. Undang-undang tambahan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan 1948 (yang kemudian digantikan dengan Akta Keharmonian Negara), dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1969 juga mengharamkan penyebaran makumat rasmi dan pesalah boleh dikenakan denda atau hukuman penjara.[7] Malaysia mengalami penipuan korporat dalam bentuk kecurian harta intelek.[8] Meluasnya pengeluaran barang lancung seperti produk IT, alat-alat kereta dan sebagainya.

Pada 2013, Malaysia dinyatakan dalam tinjauan Ernst and Young sebagai antara negara paling korup di rantau menurut persepsi tokoh-tokoh perniagaan dari luar negara, di samping negara-negara jiran dan negara China. Tinjauan ini bertanya sama ada terdapat kemungkinan bahawa setiap negara akan mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran ekonomi.[9]

Badan anti-rasuah[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), merupakan agensi kerajaan Malaysia yang menyiasat dan mendakwa rasuah dalam sektor awam dan swasta. SPRM ditubuhkan mencontohi badan-badan antirasuah terkemuka dunia seperti yang terdapat di Hong Kong dan New South Wales, Australia.[10]

SPRM diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad yang dilantik pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.[11][12] Badan ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Skandal 1MDB[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Global Corruption Barometer 2013". Transparency International. Dicapai pada 25 February 2014.
  2. ^ "Global Competitiveness Report 2013-2014". The World Economic Forum. Dicapai pada 25 February 2014.
  3. ^ "Malaysia Country Profile". Business Anti-Corruption Portal. Dicapai pada 14 July 2015.
  4. ^ "Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta". Berita Harian. 2020-07-28.
  5. ^ SHAMSUDDIN, NUZULSHAM (2022-08-23). "Mahkamah: Najib gagal rayuan akhir, penjara 12 tahun, denda RM210 juta". Kosmo Digital.
  6. ^ Bernama (2022-08-23). "Najib tak pernah pertikai RM42 juta masuk ke akaun peribadi - Mahkamah persekutuan". Malaysiakini.
  7. ^ Darryl S. L. Jarvis (2003). International Business Risk: A Handbook for the Asia-Pacific Region. Cambridge University Press. m/s. 219. ISBN 0-521-82194-0.
  8. ^ Darryl S. L. Jarvis (2003). International Business Risk: A Handbook for the Asia-Pacific Region. Cambridge University Press. m/s. 220. ISBN 0-521-82194-0.
  9. ^ http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysia-one-of-the-most-corrupt-nations-survey-shows
  10. ^ "Government Directory: Prime Minister's Department". Office of the Prime Minister of Malaysia. 8 July 2011. Dicapai pada 28 July 2011.
  11. ^ "Siapa Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu". www.astroawani.com. 30 July 2016. Dicapai pada 30 November 2017.
  12. ^ "Ketua Pesuruhjaya SPRM". SPRM. Dicapai pada 30 November 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]