Rasukan Ablasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rasukan Ablasa
Poster Filem Rasukan Ablasa
PengarahProf Madya A.Razak Mohaideen
Dihasilkan olehLatif Mohaideen
Ahmad Puad Onah
DibintangiGambit Saifullah
Fauziah Ghous
Almy Nadia
Mohd Hafiz
Izzaq
Piee
Rozita Che Wan
SinematografiMohd Erman
Muzik olehBrian Ng
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
26 Februari 2009
Masa tayangan
80 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Rasukan Ablasa ialah sebuah filem hantu thriller Malaysia 2009 arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Februari 2009. Filem ini dibintangi oleh Gambit Saifullah, Fauziah Ghous dan Almy Nadia. Filem ini juga turut bertanding dalam Festival Filem Malaysia Ke-22.[1][2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Kisah ini menceritakan kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun, pemujaannya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Suatu hari, Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya. 50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf dan kawan-kawannya iaitu Jimmy, Kim, Elly Ad dan GG. Mereka telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan.[3]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menerima dua buah pencalonan di Festival Filem Malaysia Ke-22, iaitu:

  • Penataan Bunyi Terbaik
  • Poster Terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]