Ratko Mladić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ratko Mladić
Ратко Младић
Lahir 12 Mac 1942 (72 tahun)
Evstafiev-ratko-mladic-1993-w.jpg
Mladić at Sarajevo airport in 1993
Tempat lahir Božanovići, Kalinovik, Independent State of Croatia,
(today's Bosnia and Herzegovina)
Kesetiaan Socialist Federal Republic of Yugoslavia
Republic of Serbian Krajina
Republika Srpska
Jumlah tahun berkhidmat 1965–1995
Pangkat Colonel General
Arahan 9th Corps, Yugoslav People's Army (JNA)
2nd Military District Headquarters, JNA
Army of Republika Srpska
Pertempuran Croatian War of Independence

Bosnian War

Anugerah Order of Brotherhood and Unity
Order of Military Merits
Order of the People's Army

Ratko Mladic lahir pada 12 Mac 1942 adalah etnik Serbia, pemimpin tentera dan didakwa sebagai penjenayah perang selama Perang Yugoslavia .Awalnya sebagai tentersa pangkat tinggi dalam Tentera Rakyat Yugoslavia. Dia menjadi Ketua Staf Tentera Republika Srpska (Tentera Bosnia Serbia) selama Perang Bosnia 1992-1995. Pada tahun 1995, beliau didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana dituduh melakukan pembunuhan , jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan . Sebagai jeneral tentera dan komando , Mladic dituduh oleh ICTY kerana bertanggung jawab terhadap Pengepungan Sarajevo 1992-1995 dan pembunuhan beramai-ramai Srebrenica - pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II . Dia diburu hampir 16 tahun sehingga dia ditangkap oleh pasukan keselamatan Serbia pada 26 Mei 2011 di Lazarevo , Serbia .

Surat perintah penangkapan antarabangsa dikeluarkan terhadap Mladic selepas Peraturan 61 dari ICTY. Negara Serbia dan Amerika Syarikat menawarkan € 5 juta jika Mladic berjaya ditangkap. Pada bulan Oktober 2010, Serbia meningkatkan hadiah dari € 5 juta kepada € 10 juta. Serbia meminta bantuan Interpol untuk memburu Mladic.Jika tertangkap barulah Serbia boleh menyertai dengan Kesatuan Eropah .

Mladic merupakan ahli Parti Komunis Yugoslavia . Kerjaya awalnya sebagai Tentera Rakyat Yugoslavia pada tahun 1965.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

General Ratko Mladić (centre) arrives for UN-mediated talks at Sarajevo airport, June 1993. Photo by Mikhail Evstafiev

Ratko Mladic lahir di desa Božanovići , Bosnia terletak berhampiran Gunung Treskavica , sebelah tenggara Sarajevo , di Kalinovik barat Goražde ( 43 ° 37'55 " Utara 18 ° 42'50" Timur . Ayah Mladic, seorang Bosnia Serbia , ahli parti komunis, telah dibunuh pada tahun 1945 ketika memimpin serangan di Ante Pavelić .

Kerjaya awal sebagai tentera[sunting | sunting sumber]

Mladic memasuki Sekolah Industri Tentera di Zemun pada tahun 1961, kemudian melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Kov. Kemudian dia menyertai Parti Komunis Yugoslavia sehingga 1990. Dia menjadi pegawai tentera di Skopje , di mana beliau adalah askar termuda .Kemudian dilantik sebagai leftenan dua dan memerintah satu platun, kemudian batalion, dan kemudian brigade. Pada tahun 1989 dia dilantik sebagai ketua Jabatan Pendidikan Tentera Ketiga Skopje.

Peranan dalam perang Yugoslavia[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 1991, Mladic dilantik sebagai Naib Commander Kor Pristina di Kosovo ketika ketegangan antara majoriti orang Serbia Kosovo Albania. Tahun itu, Mladic diberi dilantik sebagai komando Kor 9 dari Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA) dan memimpin pasukan melawan pasukan Croatia di Knin.Pada 4 Oktober 1991, dia dilantik menjadi Major Jeneral. Pasukan JNA di bawahnya menyertai dalam Perang Croatia , terutama Operasi Coastline 91 dalam usaha untuk memisahkan Dalmatia dari Croatia.Antara lain, Mladic membantu tentera Milan Martić menuju ke desa Kijevo .

Pada 24 April 1992, Mladic menjadi Leftenan Kolonel Jeneral . Pada 2 Mei 1992, sebulan selepas diumumkan kemerdekaan Republik Bosnia, Mladic dan jendralnya mengepung bandar Sarajevo. Pasukan tentera mereka menutup semua lalu lintas masuk dan keluar dari bandar, serta bekalan air dan elektrik. Maka bermulalah empat tahun Pengepungan Sarajevo , pengepungan terpanjang dalam sejarah perang moden. Bandar ini dibom dan tembakan rawak dari penembak tepat .

Pada tarikh 9 Mei 1992, dia menjadi Ketua Staf / Timbalan Panglima Tentera Kedua Markas JNA di Sarajevo .

Pada 12 Mei 1992, Parlimen Serbia Bosnia membentuk Tentera Republika Srpska sebagai respon menentang kemerdekaan Bosnia . Pada masa yang sama, Mladic dilantik Kommander Staf Utama. Pada 24 Jun 1994, dia dinaikkan pangkat Kolonel Jeneral bagi mengetuai 80.000 tentera di sana.

Pada bulan Julai 1995, tentera Mladic menyerbu Srebrenica dan Žepa Lebih 40.000 Bosnia melarikan diri atau diusir.Seramai 8.300 dibunuh atas perintah Mladic. Pada November 1995, Hakim Fuad Riad mendakwa Mladic atas tuduhan membunuh di Srebrenica di mahkamah perang di Den Haag, beliau menyatakan bahawa kejadian tersebut sebagai "Adegan dari neraka, dalam sejarah manusia ".

Pada 4 Ogos 1995, tentera Croatia menyerang Krajina yang dikuasai Serbia di Croatia. Radovan Karadzic mengumumkan ia mengugurkan Mladic dari pos komander. Karadzic menyalahkan Mladic atas kehilangan dua bandar utama Serbia di Bosnia barat yang baru saja jatuh kepada Croatia. Mladic diturunkan sebagai " penasihat " sahaja.

Pada 8 November 1996, Presiden Republik Serbia Bosnia, Biljana Plavšić mengumumkan bahawa Mladic dipecat dari jawatannya. Dia terus menerima pencen hingga November 2005.

Dakwaan oleh ICTY[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Julai 1995, Mladic didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana melakukan pembunuhan , jenayah terhadap kemanusiaan , dan pelbagai jenayah perang termasuk pembunuhan di Sarajevo.Pada 16 November 1995 , tuduhan diperluaskan kepada tuduhan pembunuhan, jenayah terhadap kemanusiaan , dan jenayah perang atas serangan terhadap PBB di Srebrenica pada bulan Julai 1995.

Mladic dipercayai bersembunyi di Serbia , di Bosnia atau di Republika Srpska . Mladic pernah dilaporkan menghadiri perlawanan bola sepak antara China dan Yugoslavia di Belgrade pada Mac 2000. Dia masuk ke stadium melalui pintu masuk VIP dan dikawal 8 orang pengawal bersenjata. Dia juga pernah dilihat di Moscow, di Tesalonika dan Athens untuk menutup jejaknya.

Laporan lain menyatakan Mladik berlindung di bunker perang di Han Pijesak, tidak jauh dari Sarajevo, atau di Montenegro. Pada Februari 2006, laporan perisikan tentera Serbia telah bocor dan disiarkan oleh akhbar Serbia Politika. Kononnya dia disembunyikan oleh Tentera Republika Srpska dan Tentera Rakyat Yugoslavia sehingga 1 tahun 2002. Pada Jun , Perhimpunan Kebangsaan Serbia meluluskan undang-undang bekerjasama dengan ICTY di Den Haag. Maka Tentera Darat Yugoslavia ,Nebojša Pavković meminta Mladic meninggalkan Gunung Povlen, dekat Valjevo , selepas mereka kehilangan jejak.

Mladic pergi bersembunyi selepas penangkapan Slobodan Milošević pada tahun 2001, setelah hidup bebas di Serbia.

Pada bulan November 2004, Britain mengakui bahawa Mladic gagal ditangkap dan didakwa di mahkamah .Ketika berada di Sukan Olimpik di resort ski Sarajevo ,Mladic dikawal oleh empat pengawal. Walaupun ada surat perintah Den Haag, Mladic terus bermain ski. Kemudian NATO menghantar pasukan komando untuk menangkap Mladic tetapi Mladic bergerak di bawah tanah.

Sehingga musim panas 2004 tentera rakyat telah menyembunyikan dan melindungi Ratko Mladic.

Pada bulan Jun 2005 akhbar The Times menuduh Mladic telah menuntut $ 5 juta (£ 2750000) "pampasan" untuk diberikan kepada keluarganya dan pengawalnya jika ia menyerahkan diri ke ICTY di Den Haag.

Kononnya pada 21 Februari 2006 , Mladic telah ditangkap di Belgrade dan sedang dipindahkan ke Tuzla dan ke mahkamah jenayah perang PBB di Den Haag. Penangkapan ditolak oleh kerajaan Serbia . Kerajaan Brazil dan sumber-sumber Serbia mendakwa pada 22 Februari 2006 bahawa Mladic ditangkap di Romania , dekat Drobeta-Turnu Severin. Namun, Jaksa ICTY Carla Del Ponte menyangkal rumor bahwa Mladic telah ditangkap.

Pada 16 Jun 2010, keluarga Ratko Mladic memohon agar Mladic diisytiharkan mati dan bolehlah isterinya menjual semua harta peninggalan.Permintaan itu ditolak oleh pihak berkuasa Serbia.

Video Mladic[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Jun 2009, sebuah stesen televisyen metayangkan video Bosnia Ratko Mladic, difilemkan selama 10 tahun terakhir. Video selama menunjukkan Mladic dengan dua wanita, dipercayai dirakam pada musim sejuk 2008.

Berjaya ditangkap[sunting | sunting sumber]

Ratko Mladic ditangkap pada 26 Mei 2011 di [[Lazarevo] , dekat Zrenjanin , utara wilayah Vojvodina. Seramai 24 pegawai polis Serbia berpakaian seragam hitam dan topeng, dan sukan tidak lencana menangkapnya. Sebahagian besar penduduk masih tidur, 4 kereta polis berhenti di rumah kerabat Mladic. Mladic menyerah dua pistol.Dia kemudian dibawa ke Belgrade . Mladic ditangkap di rumah sepupunya Branislav Mladic, di Ul. Vuka Karadžića 2.

Penangkapan Mladic menjadi syarat untuk kemasukan Serbia ke dalam Kesatuan Eropah. Presiden Serbia Boris Tadic menegaskan bahawa Mladic diekstradisi ke ICTY.Mladic telah menggunakan nama samaran Milorad Komadić semasa bersembunyi. Mladic tidak mengenakan janggut atau menyamar. Penampilannya menunjukkan dia "cukup tua", dan salah satu tangannya lumpuh kerana penyakit stroke.

Setelah penangkapannya, Mladic muncul di hadapan Mahkamah Tinggi Belgrade. Hakim Milan Dilparić menangguhkan soal siasat kerana kesihatannya yang buruk dan tak boleh berkomunikasi. Mladic turut dikunjungi di penjara oleh Menteri Kesihatan Zoran Stankovic , bekas seorang teman baiknya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]