Ratu Balqis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ratu Balqis (Bahasa Arab: ملكة بلقيس‎) adalah seorang ratu yang memerintah kerajaan kuno Saba' yang disebut dalam Bible Ibrani, Perjanjian Baru dan al-Quran. Ibu kota Saba' dipercayai ialah Ma'arib yang terletak berhampiran kota Sana'a, ibu negara Yaman sekarang.[1] Selain Yaman, daerah kekuasan Saba' mungkin meliputi Eritrea dan Habsyah juga.

Kisah menurut al-Quran[sunting | sunting sumber]

Al-Quran tidak menyebut nama Ratu Balqis secara khusus. Kisahnya diceritakan dalam Surah An-Naml.

Diceritakan Ratu Balqis dianugerahi Allah segala kekuasaaan dan kehebatan. Walau bagaimanapun, baginda dan kaumnya tidak beriman dengan Allah s.w.t. Mereka yang diperdaya oleh syaitan menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Kehebatan kerajaan Saba' Ratu Balqis ini diceritakan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman a.s. Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman a.s. supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Canadians uncover 'Queen of Sheba' temple CBC News
  2. Wanita Pilihan Institut Kefahaman Islam Malaysia

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

  • Joseph, Antiquitates iudaicae viii.6.2
  • Pliny the Elder, Naturalis historis vi.32.154

Sumber kedua[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]