Rawalpindi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rawalpindi
راولپنڈی
Rawalpindi-yahoo.jpg
Maklumat Umum
Negara Pakistan
Wilayah Punjab
Koordinat 33|36|00|N|73|02|00|E|region:PK_type:city|display=inline,title}}
Ketinggian 500 m (1,640 ka) AMSL
Luas 5,286 km2 (2,041 sq mi)
Kod Dail 051
Zon waktu PST (UTC+5)
Bil bandar 8
Populasi 2,300,000 (1998)
Anggaran 3,039,550 (2006)
Kerajaan
Nazim (Datuk bandar) Raja Javed Akhlas
Bil. Majlis Kesatuan 170
Lokasi
Location of Rawalpindi.png
Lokasi di dalam Pakistan
Laman
Laman web Kerajaan Rawalpindi

Mengenai bunyi ini Rawalpindi  (Urdu: راولپنڈی) adalah merupakan sebuah bandar di dalam Dataran Potwar berdekatan ibu negara Pakistan, Islamabad, di dalam wilayah Punjab. Ia juga merupakan ibu pejabat Angkatan Tentera Pakistan dan juga berkhidmat sebagai ibu negara semasa Islamabad dibina dalam 1960-an. Bandar ini memiliki banyak industri dan perkilangan. Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad sebenarnya terletak di Rawalpindi, dan ia memberi perkhidmatan selari dengan ibu negara berkenaan. Rawalpindi terletak di dalam wilayah Punjab, 275 km (171 batu) ke barat laut Lahore. Ia juga menjadi pusat petadbiran kepada Daerah Rawalpindi. Populasi Rawalpindi dianggarkan 3,039,550 penduduk.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rawalpindi, juga dikenali sebagai Pindi, mempunyai satu sejarah panjang sehingga beberapa milennium. Ahli arkaeologi percaya bahawa satu kebudayaan berlainan berkembang di dataran ini sejauh 3000 tahun ke belakang. Bahan peninggalan arkeologi yang ditemui membuktikan kewujudan penempatan Buddha sezaman dengan Taxila dan Kebudayaan Vedic (budaya Hindu). Taxila juga mempunyai kepentingan lain; berdasarkan Buku Rekod Dunia Guinness ia mempunyai universiti tertua di dunia - Universiti Takshashila.

Alam sekitar dan masyarakat[sunting | sunting sumber]

Rawalpindi memang kelam-kabut tetapi secara relatifnya bersih daripada habuk. Kadar celik huruf adalah 70.5% (Januari 2006).Populasinya mengikut etnik dan bahasa adalah majmuk, yang mana terdiri dari kaum Pothohari, Punjab, Muhajir dan Pakhtun. Keadaan cuaca memang sangat tidak dapat diduga. Purata hujan tahunan adalah 36 inci. Dalam musim panas, suhu maksimum kadang kala boleh mencecah 52 °C, manakala ia boleh jatuh kepada -5 °C dalam musim sejuk.

Rawalpindi kini berkembang pesat ke arah sebuah bandar raya. Ia menawarkan pelbagai hotel, restoran, kelab, muzium dan taman yang menarik, salah satunya yang terbesar ialah Taman Negara Ayub. Selain itu ia menjadi pusat para pelancong melawat tempat-tempat percutian dan stesyen-stesyen bukit di kawasan sekitar Galiyat, seperti Murree, Nathia Gali, Ayubia, Abbottabad, Swat, Kaghan, Gilgit, Hunza, Skardu dan Chitral.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah dan kolej[sunting | sunting sumber]

Universiti[sunting | sunting sumber]

Taman-taman di Rawalpindi[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Rawalpindi dilengkapi dengan jaringan jalan raya yang baik.

Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Chaklala sebenarnya terletak di Rawalpindi dan bukannya Islamabad. Ia menempatkan 25 syarikat penerbangan antarabangsa dan tempatan. Pakistan International Airlines (PIA), syarikat penerbangan utama Pakistan mempunyai banyak laluan dengan banyak penerbangan di dalam dan luar negara. Pembinaan lapangan terbang antarabangsa ini sudahpun bermula berhampiran bandar Tarnaul, sekitar 10 batu (16 km) daripada Rawalpindi dan Islamabad.

Lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Laluan utama melalui Rawalpindi adalah Jalan Murree. Laluan ini merentasi Rawalpindi dari Barat-Timur lalu menuju ke arah stesyen bukit Murree, yang menjadi tarikan utuma penduduk Rawalpindi sewaktu musim panas. Jalan Murree merupakan di antara jalan raya yang tersibuk di wilayah Punjab, Pakistan.

Daya Tarikan di Rawalpindi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]