Razali Ismail (PBB)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Dato'

Razali Ismail

PSM; DSDK (Kedah)
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Dalam jawatan
21 Jun 2016 – 16 April 2019
Didahului olehHasmy Agam
Digantikan olehOthman Hashim
Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Dalam jawatan
1996 – 1997
Didahului olehDiogo Freitas do Amaral
Digantikan olehHennadiy Udovenko
Duta Besar Malaysia Ke Poland
Dalam jawatan
1978 – 1982
RajaSultan Ahmad Shah
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke India
Dalam jawatan
1982 – 1985
RajaSultan Ahmad Shah
Sultan Iskandar
Butiran peribadi
LahirRazali bin Ismail
(1939-04-14) 14 April 1939 (umur 84)
Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
KerakyatanMalaysia
Parti politikUMNO
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanDiplomat

Tan Sri Razali Ismail disanjung rakyat Malaysia kerana menjadi anak Malaysia yang pertama memegang jawatan yang tertinggi dalam PBB. Beliau pernah dilantik menjadi Penasihat Khas Perdana Menteri Malaysia (1998) Tun Dr Mahathir Mohamad; Wakil Tetap Malaysia ke PBB, New York dan Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989 - 1990) .

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Razali Ismail dilahirkan pada 14 April 1939 di Alor Star, Kedah. Beliau pernah bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (1956) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) selama 2 tahun. Selepas itu, mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Antara kerjaya awal selepas tamat universiti ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Luar Negeri (14 Sept. 1962) ; Setiausaha Kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India (1963) ; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Madras, India (1964) ; Ketua Penolong Setiausaha (Hal-Ehwal Politik), Kementerian Luar Negeri (1968) ; Kaunselor Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London (1970) ; Berkhidmat di bawah Setiausaha 1 (Hal-Ehwal Politik), Kementerian Luar Negeri (1976) ;Duta Besar Malaysia ke Poland, Czechoslovakia, Republik Demokratik Jerman dan Hungary (1978) ; Pesuruhjaya Tinggi ke India (1982) ; Timbalan Setiausaha Agung (Hal-Ehwal Politik), Kementerian Luar Negeri (1985) ; Duta Besar Malaysia ke Cuba, Jamaica, Saint Lucia, Barbados,Trinidad dan Tobago (1988).

Seterusnya beliau dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (1998) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bertugas di PBB[sunting | sunting sumber]

Pengalaman dan peranan beliau di pelbagai negara dan pelbagai krisis dunia, membolehkan beliau dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke PBB, New York ; Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989 - 1990) ; Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung Sekatan Senjata di Afrika Selatan (1990) ; Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial (1991) ; Koordinator Sidang Kemuncak Rio dan penubuhan Suruhanjaya Pembangunan Berterusan (1992) ; Ketua delegasi Malaysia ke Persidangan PBB tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro (1992) ; Koordinator Mesyuarat Persediaan tentang Institutional Issues UNCED ke-4 dalam Sidang Kemuncak Rio (1992) ; Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan Berterusan di New York (1993) ; Koordinator Isu Kewangan dalam Persidangan Pembangunan Sosial PBB di Copenhagen (1995) ; Naib Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Sambutan Ulang Tahun ke-50 PBB (1995) ; Wakil Khas PBB ke Myanmar.


Beliau juga diberi kepercayaan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Keamanan Antarabangsa (1989 - 1990) ; Profesor Anjung, Pengajian Antarabangsa Michigan State University (1993 - 1995) ; Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Just World Trust ; Fellow Persatuan Dasar Luar ; Ahli Lembaga Penasihat Wetlands International Asia Pasific ; Pengerusi Yayasan Salam ; Pemegang Amanah Saham Wetlands Sanctuary ; Pengerusi Amanah Saham Wetlands Sanctuary (1999) ; Ahli Majlis Southeast Asia Constituency to the Global Environmental Facility (1994 - 1996) ; Koordinator isu hak asasi manusia, NAM ; Ahli Organization of Islamic Countries Contact Group, Bosnia-Herzegovina .


Menjadi Ahli Consultative Group on International Agricultural Research (CGIAR) Bank Dunia; Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) II ; Profesor Anjung Universiti Kebangsaan Malaysia ; Profesor Anjung Universiti Putra Malaysia.

Sektor swasta[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Pengerusi Transwater Corporation Bhd ; Pengerusi IRIS Technologies Sdn. Bhd ; Pengerusi International Bank Malaysia Bhd; Pengerusi Malaysian Education Promotion Council Sdn. Bhd dan Konsultan MIMOS Bhd.

Isu[sunting | sunting sumber]

Berunding dengan Myanmar[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2005, beliau dilantik sebagai Wakil khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar. Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan menggesa Yangon tidak lagi melengah-lengahkan pembaharuan demokrasi menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11. Junta tentera Myanmar hendaklah membebaskan tahanan politik tanpa syarat dan impian itu tercapai apabila Aung San Suu Kyi dibebaskan dan menang Pilihan raya Myanmar 2012.[1]

Gerakan Kesederhanaan Global[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Penasihat Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) pada 17-19 Januari 2012. Persidangan itu anjuran Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berjaya menarik penyertaan 300 delegasi dari 60 negara. antara tokoh yang hadir ialah bekas penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat, Dr. Robert Farooq Dickson; Pengerusi Cordoba Initiative, Imam Faisal Abdul Rauf serta Ahli Keluarga Diraja Fujairah dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mejren Sultan Al-Murray ; bekas Naib Presiden Indonesia, Drs. Jusuf Kalla; bekas Presiden Singapura, S. Jayakumar; Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.[2]

Tuntutan bertindih Pulau Batu Putih[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, Malaysia telah bawa isu Pulau Batu Putih ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ .Razali Ismail yang pernah menjadi Presiden PBB menggesa setiap keputusan akan diterima oleh kerajaan Malaysia dan negeri Johor khasnya serta Singapura. Malaysia diwakili oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Sir Elihu Lauterpacht ; James Crawford (Universiti Cambridge); profesor Undang-undang Awam Antarabangsa di Universiti Leiden, Nicolass Jan Schrijver; profesor Undang-undang Antarabangsa di Graduate Institute of International Studies, Geneva; Marcelo G. Kohen dan pensyarah kolej, Downing College, Universiti Cambridge, Penelope Nevill; Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin. [3] Ternyata rakyat Malaysia 'berputih mata'.

Persidangan Antarabangsa Dunia Islam 2008[sunting | sunting sumber]

Persidangan Antarabangsa Dunia Islam 2008 bertemakan 'Rapatkan Jurang Dunia Islam dan Barat' telah diadakan Hotel Shangri La, Kuala Lumpur pada 9 Jun 2008. Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz; Duta Khas Sepanyol bagi Hubungan Dunia Islam, Jose Maria Ferre de La Pena; Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu; Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Kajian Islam Raja Faisal, Putera Turki Al-Faisal; Timbalan Speaker Dewan Rakyat Perancis, Jean Marie Le Guen; ahli Dewan Rakyat Palestin, Dr. Sahar Al-Quassma dan Setiausaha Parlimen Hubungan Antara Budaya Australia, Laurie Ferguson. Bekas Duta Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail bertindak sebagai moderator.[4]

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau diberi pingat J.S.M oleh Kerajaan Persekutuan (1978); D.S.D.K oleh Kerajaan Negeri Kedah yang membawa gelaran Dato' (1985); P.S.M oleh Kerajaan Persekutuan yang membawa gelaran Tan Sri (1991).

Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (1993) ; Fellow Kehormat Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, UKM 1996; Anugerah Penaung daripada Tabung Alam Sekitar Sedunia,Malaysia (1997) ; Anugerah US National Wildlife Federation International (1998) dan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang Universiti Sains Malaysia (1998).


Beliau juga dianugerahkan hadiah pertama iaitu 'Elizabeth Haub Prize' untuk Diplomasi Alam Sekitar daripada Pace Universiti, New York (1999) ; Fellow Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (Mei 1999) dan anugerah 'Orde Nation al du Merite' (National Order of Merit) daripada Kerajaan Perancis (Nov 2000).[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]