Razif Sidek
| Razif Sidek | ||
|---|---|---|
| Maklumat peribadi | ||
| Nama singkatan(s) | Ajib | |
| Nama penuh | Mohamed Razif Mohamad Sidek | |
| Tarikh lahir | 29 Mei 1962 (51 tahun) | |
| Tempat lahir | Banting, Selangor | |
| Beregu lelaki | ||
| Negara | ||
| Rekod pingat Olimpik | |||
| Badminton - lelaki | |||
|---|---|---|---|
| Gangsa | Barcelona 1992 | Beregu | |
Mohamed Razif Mohamad Sidek (nama singkatan: Ajib) (lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia.
Beliau merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.
Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Nasional pada 1992. Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992. Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.
Semasa perjalanan kariernya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.
Isi kandungan |
Pencapaian[sunting]
Pencapaian (dengan Jalani)[sunting]
- Juara Seluruh England 1982
- Juara Terbuka Kanada 1983, 1984, 1991
- Naib juara Terbuka Thailand 1984
- Juara Terbuka Malaysia 1985, 1987
- Juara Grand Prix Dunia 1986, 1988, 1989, 1991
- Juara Terbuka Jepun 1986
- Juara Terbuka Taiwan 1986, 1989, 1991
- Naib juara Seluruh England 1986, 1988
- Naib juara Terbuka Malaysia 1991
- Juara Terbuka Indonesia 1988, 1990
- Juara Terbuka China 1989
- Juara Terbuka Hong Kong 1989
- Naib juara Piala Thomas 1988, 1990 (berpasukan lelaki)
- Juara Sukan Asia 1989, 1991 (berpasukan lelaki)
- Juara Sukan Komanwel 1990
- Juara Terbuka Jerman 1990
- Juara Piala Dunia 1989, 1990, 1991
- Juara Terbuka A.S 1991
- Juara Kejohanan Badminton Asia 1990, 1991, 1992
- Juara Piala Thomas 1992 (berpasukan lelaki)
- Sukan Olimpik 1992 (pingat gangsa)
Pencapaian (dengan Ong Beng Teong)[sunting]
- Juara Sukan Komanwel 1982
Pencapaian sebagai pemain perseorangan[sunting]
- Sukan Komanwel 1982 (pingat gangsa)