ReactOS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
ReactOS
ReactOS logo.svg
ReactOS-CurrentVersion.png
ReactOS 0.3.10
Syarikat / Pembangun ReactOS Foundation
Diaturcarakan dalam C, C++
Keluarga OS Mirip Microsoft Windows (Mirip Windows NT)
Keadaan Alpha
Model sumber Sumber terbuka
Keluaran asal 0.0.7 / Julai 20, 1998 (1998-07-20)
Versi stabil terkini 0.3.13 / Mac 22, 2011; 2 tahun yang dahulu (2011-03-22)
Versi tak stabil terkini (daily)
Sasaran pemasaran PC
Bahasa yang ada Pelbagai bahasa
Kaedah pengemaskinian Pemasangan semula
Pelantar disokong IA-32, x86-64
Jenis inti Hibrid
Antara muka pengguna lalai GUI (ReactOS Explorer)
Lesen GNU GPL, LGPL dan Lesen BSD[1]
Laman sesawang ReactOS

ReactOS ialah sebuah sistem pengendalian sumber terbuka yang dibangunkan oleh ReactOS Foundation. Tujuan ReactOS dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu alternatif lain untuk sistem pengendalian Windows yang percuma, yang menyokong semua perisian dan perkakasan yang disokong oleh Windows. ReactOS direka bentuk serupa dengan Windows 2000 dan XP.[2]

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Pada tahun 1996, sebelum ReactOS Foundation ditubuhkan, beberapa orang menubuhkan satu kumpulan bernama FreeWin95 yang bertujuan untuk menghasilkan sistem pengendalian yang serupa dengan Windows 95. Malangnya, usaha kumpulan ini tergendala kerana pelbagai perbincangan telah dijalankan tetapi tidak membawa sebarang hasil.

Pada hujung tahun 1997, projek tersebut tidak membuahkan sebarang hasil. Jason Filby, penyelaras projek tersebut, memanggil semua ahli asal FreeWin95 untuk memulakan semula projek itu. Kali ini, fokus diberikan kepada menghasilkan klon Windows NT. Kali ini, mereka menekankan kepada penulisan kod, bukan sekadar perbincangan panjang. Projek ini akhirnya dinamakan semula sebagai ReactOS dan dimulakan secara rasmi pada Februari 1998.[3]

Asal-usul nama [sunting]

Projek FreeWin95 dinamakan semula sebagai ReactOS, kerana projek ini dimulakan kerana rasa tidak puas hati kepada Microsoft yang memonopoli pasaran sistem pengendalian.[3]

Sejarah versi [sunting]

Warna Makna
Merah Versi tidak lagi disokong
Hijau Versi terkini
Biru Versi akan datang
Versi Tarikh pengeluaran Informasi pengeluaran
0.2.0 2004-01-25 Versi pertama dikeluarkan dengan GUI yang berfungsi
0.2.2
0.2.5
2004-04-27
2005-01-02
Membaiki pepijat sahaja
0.2.8 2005-10-29 Pengesanan VMWare, penulisan semula CSRSS
0.3.0 2006-08-27 Versi pertama yang menyokong rangkaian komputer
0.3.1 2007-03-10 Pengurus program disertakan, permulaan penulisan semula kernel
0.3.2 dilangkau Cabang dihasilkan tetapi tidak dikeluarkan
0.3.3 2007-09-12 Penambahbaikan kernel dan win32k
0.3.4 2008-01-22 Penulisan semula sokongan pendaftaran (registry support), klien remote desktop dan sokongan Plug 'N' Play
0.3.5 2008-06-30 Membaiki pepijat sahaja
0.3.6 2008-08-06 Sokongan RTL
0.3.7 2008-11-04 Penambahbaikan x86-64; MSVC, susunan (stacks) baru
0.3.8 2009-02-04 Pengenalan PSEH dan sokongan cakera keras dengan sekatan cakera pelbagai di dalam LiveCD
0.3.9 2009-04-26 Minimum 24MB RAM, pemetaan ruang hiper lebih pantas, sokongan awal bunyi
0.3.10 2009-07-05 Sokongan SATA awal, sokongan papan kekunci/tetikus USB, klon Paint, MSVC awal[4][5]
0.3.11 2009-12-16 Penulisan semula kdcom, tulisan Cina/Korea, pengemaskinian keserasian, penambahbaikan sistem bunyi
0.3.12 2010-10-20 Penulisan semula trap handler, penulisan semula pengurusan pemasa dan mesej, sokongan NMI, sokongan SxS, sokongan separa EMS
0.3.13 2011-03-22 Penulisan semula pengurus timbunan, sokongan SATA lebih baik, pembaikan isu-isu grafik [6]

Penggunaan [sunting]

Sehingga versi 0.3.13, pereka ReactOS mengatakan bahawa sistem pengendalian ini masih dalam peringkat alpha, bermaksud ia masih tidak boleh digunakan sebagai sistem pengendalian yang digunakan setiap hari. [7]

Rujukan [sunting]

  1. "General Presentation". OS Revolution. http://osrevolution.com/os-history/general-presentation-10. Capaian 2009-11-30. 
  2. "What is ReactOS?" [1] Diakses pada: 24 Oktober 2011
  3. 3.0 3.1 "ReactOS's History". ReactOS Web Team. http://www.reactos.org/en/about_history.html. Capaian 2011-10-24. 
  4. "ReactOS 0.3.10". OS Revolution. http://osrevolution.com/os-release/reactos-0-3-10. Capaian 2009-12-09. 
  5. Holwerda, Thom (2009-07-06). "ReactOS 0.3.10 Released". OSNews. http://www.osnews.com/story/21778/ReactOS_0_3_10_Released. Capaian 2009-12-09. 
  6. 0.3.13 - ReactOS, http://www.reactos.org/wiki/0.3.13 
  7. "About ReactOS". ReactOS Foundation. http://www.reactos.org/en/about.html. Capaian 2011-10-25.